Anda di halaman 1dari 9

Nama Ahli Kumpulan

1. MUHAMMAD ISKANDAR ZULKARNAIN BIN KHALID


2. MOHAMMAD ZAKI BIN M. SAINI
3. AZIMAN BIN ZULKIFLI
SOALAN
Penduduk bersatu negara berdaulat.
Kepentingan bersatu antara kaum dapat
menjamin keharmonian negara. Pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan oleh
masyarakat kearah membentuk
perpaduan kaum. Jelaskan.
PENDAHULUAN
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Perpaduan merupakan perkara penting
dalam sesebuah negara kerana tanpa perpaduan,
tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati.
ISI PERTAMA

Dapat hidup dengan aman dan tenteram.

Kesannya kita dapat belajar dengan


tenang dan selesa di sekolah tanpa rasa
bimbang akan keselamatan diri. Hal
sebegini tidak dapat dinikmati oleh anak-
anak di sesetengah negara. Ramai antara
mereka tidak dapat ke sekolah kerana
bimbang akan keselamatan diri.
ISI KEDUA
Dapat menarik pelabur asing

Dapat menarik minat para pelabur asing


melabur dalam pelbagai sektor di negara kita.
Para pelabur tidak perlu risau akan mengalami
kerugian dalam pelaburan kerana perpaduan
yang wujud menjamin keamanan. Pelaburan ini
akan membantu meningkatkan ekonomi
negara kita.
ISI KETIGA
Dapat memajukan sektor pelancongan

Para pelancong tidak risau akan keselamatan


diri mereka sepanjang berada di negara kita.
Mereka juga dapat menikmati pelbagai budaya
yang ada di negara kita. Kedatangan
pelancong asing ini memberi banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat negara kita seperti
dalam sektor perhotelan, pengangkutan dan
bidang kraftangan.
ISI KEEMPAT

Dapat mengadakan aktiviti kemasyarakatan

Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar


untuk bekerjasama membersihkan taman-
taman perumahan. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih
mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi.
ISI KELIMA
Melalui aktiviti sukan

Rakyat Malaysia menyokong perlawanan


sukan tanpa mengira kaum.
Tanggungjawab bersama untuk menang.
Dapat melepas tekanan dan merasai
keseronokan.
PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding
bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan
kaum.

Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan


nilai hormat-menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira kaum dan agama agar
negara kita kekal aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai