Waznu menjadi Tawazun yang bermaksud seimbang. Tawazun dari segi istilah bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat. KEPERLUAN DUNIA DAN TUNTUTAN AKHIRAT Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". (Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)
Intisari ayat : memerintahkan umat Islam untuk memberi
perhatian yang sewajarnya kepada kedua-dua aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya. ASPEK TAWAZUN Islam memandang manusia yang terdiri daripada kesatuan rohani, akal dan jasmani yang saling berkait-rapat. Jasad ada keperluannya dan roh pula ada tuntutannya. Kedua-dua keperluan tersebut diberi pertimbangan di dalam Islam (Haron Din, 1992: 116).
Jasmani Akal Rohani
Seimbang Dari Sudut rohani
Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang
dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang ghaib, tetapi terhad kepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya sahaja. Ini berbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan dan yang tidak percaya kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuatan akal fikiran. Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan orang yang beribadat 24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan harian, juga dianggap keterlaluan. Islam menganjurkan supaya mengambil yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukan tugas-tugas seharian. Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan Manusia dijadikan daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh. Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan miuman yang dibenarkan. Seimbang Antara Individu dan Masyarakat Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa yang sama ia juga mesti memelihara kehormatan masyarakatnya. Ia tidak dibenarkan merosakkan masyarakat dengan tujuan membela dirinya. Demikian juga sebaliknya, seseorang itu tidak boleh merosakkan dirinya untuk menjaga nama baik masyarakat. Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Jika ada yang bertentangan maka hendaklah diutamakan kepentingan masyarakat. Misalnya, jika negara terancam, maka pengorbanan individu diperlukan, dan harta individu perlu dikeluarkan jika masyarakat sangat memerlukannya.