Anda di halaman 1dari 32

PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL

SECARA TERPIMPIN
PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL
• Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai sifat – sifat moral. Sehubungan
dengan itu, berikut adalah pendapat beberapa tokoh tentang insan yang bermoral
• Komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral dikategorikan
sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu perlu digunakan dalam
tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa
sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam hal ini, seseorang itu perlu
mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, berupaya untuk
berinteraksi dengan orang disekelilingnya, dan bertindak mengikut keputusan yang
telah dibuat. ( John Wilson, 1973).
• Individu yang mempunyai perasaan moral akan bersifat altruistik, bertimbang rasa,
belas kasihan, murah hati, dan juga mempunyai sifat – sifat yang berkaitan dengan
sifat kepedulian. (Ewing, 1990).
• .
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PERWATAKAN POSITIF
YANG DIMILIKI OLEH SESEORANG INSAN YANG
BERMORAL PERLU TERDIRI DARIPADA TIGA DIMENSI
MORAL, IAITU:
KESABARAN

• Tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa


• Kuat menghadapi sesuatu kesakitan dan lain-lain.
• Dia telah menerima segala seksaan itu
• Tidak terburu-buru atau tidak terkejar-kejar; tidak mudah berasa risau.
• Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi sebarang kesulitan..
CIRI-CIRI ORANG BERSABAR

• Kurang kesabaran selalunya akan membuat anda cepat marah dan tidak
orang yang sangat bagus untuk berada di sekitar.

• Mempunyai kesabaran bermakna bahawa anda akan belajar untuk


menerima pelbagai rintangan dan masalah harian tanpa mendapat marah
dan membuat diri anda dan orang lain sengsara.

• Anda akan mendapati bahawa apabila anda menjadi orang yang lebih
sabar bahawa anda akan menikmati kehidupan banyak, banyak lagi.
PENERIMAAN

• sanggup dan sedia memberi serta menerima pandangan dan kritikan orang
lain.
• Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini tidak akan berasa marah
apabila menerima kritikan orang lain terhadap kelemahan dirinya
• tetapi seseorang itu akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan
berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya. Dalam aspek ini, seseorang
insan yang bermoral juga akan mengakui kesilapannya.
INTEGRITI
• Integriti sebenarnya berasal dari istilah BAHASA INGGERIS yang membawa
erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam BAHASA MELAYU, ia biasanya menjurus
kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985,
ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
• Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya
• Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan
etika dalam tindakan sehari-hari
SASARAN INTEGRITI

Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara


menyeluruh dan berkesan.
Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi kerenah birokrasi
Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial
korporat
Memantapkan institusi keluarga dan komuniti
Meningkatkan kualiti hidup dan masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH
MENJEJASKAN INTEGRITI
 Individu
 Kepimpinan
 Sistem dan Prosedur
 Struktur dan Institusi
 Budaya
INDIVIDU
• Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-
nilai murni , lemah disiplin diri dan etika akan
mengakibatkan diri dalam pelbagai salah bentuk tinglah
laku.
• Kemerosotan intergriti juga boleh berlaku sekiranya individu
hanya melihat kelemahan orang lain.
• Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terlibat
dalam kegiatan rasuah , penyalahgunaan kuasa,
penyelewangan dan gejala tidak bermoral.
KEPIMPINAN
• Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mampunyai azam
dan iltizam yang teguh untuk mamberikan pedoman serta
tunjuk ajar dan melakukan perubahan untuk kebaikan.
• Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak
berwawasan akan menyebabkan integrity sesebuah
organisasi di bawah kepimpinannya merosot.
• Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang
bercanggah dengan undang-undang , prosedur dan
peraturan yang ditetapkan akan menjejaskan intergriti.
SISTEM DAN PROSEDUR
• Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam,
misalnya dalam urusan tender.
• Penguatkuasaan secara terpilih dan tidak berkesan.
• Kelemahan system, prosedur serta garis panduan dalam pelaksanakan
tugas.
• Kurangnya pemantauan dan penilaian mengenai keberkesanan sesuatu
program.
• Keupayaan sumber yang terhad.
• Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas, bercanggah dengan
sesetengah undang-undang.
• Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidak cekapan, kecelaruan dan
perselisihan pendapat di kalangan pekerja.
STRUKTUR DAN INSTITUT
• Struktur organisasi tidak berubah dan dikemaskinikan dari
semasa ke semasa.
• Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang
bertentangan antara satu sama lain menjejaskan intergriti.
• Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara
berterusan boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai .
• Skop , tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu
diperincikan dan dikoordinasi dengan baik.
• Kurang koordinasi akan menyebabkan pembakiran dan tugas
yang dilaksanakan tidak sempurna.
• Pertindihan dalam tugas boleh mengakibatkan persaingan yang
tidak sihat serta pengaibaian tanggungjawab.
BUDAYA

• Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan


nilai dan tingkah laku.
• Budaya yang menjunjung tinggi intergriti akan memberi persekitaran yang sesuai
untuk individu tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
• Budaya yang sebaliknya akan mempangaruhi merka untuk tidak ambil peduli, tidak
bertanggungjawab dan melepaskan tenggungjawab kepada orang lain.
MERITOKRASI
• Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan aristokrat atau oligarki atau organisasi lain yang mana
perlantikan yang dibuat terhadap individu berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan
kecerdasan dan merit yang ditunjukkan seseorang itu menerusi penggunaan peperiksaan keinstitusian.
• Oleh kerana sistem-sistem aristokrat dan oligarki menakrifkan jenis-jenis asas kerajaan yang mana
meritokrasi menjadi sebahagian daripadanya, meritokrasi sendiri bukan satu jenis kerajaan, tetapi lebih
kepada suatu ideologi.

• Individu-individu yang dilantik kepada suatu meritokrasi adalah dinilai berdasarkan kepada merit
yang mana seperti yang dibahaskan oleh Michael Young adalah pada asasnya adalah kecerdasan dan
bakat.
• Ia selalu menjadi kes yang mana meritokrasi itu sendiri dikelirukan sebagai sejenis kerajaan lebih
daripada sebetulnya ia adalah kaedah atau faktor yang digunakan di dalam atau untuk kerajaan,
terutamanya perlantikan individu ke dalam kerajaan.
MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

• Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi penghargaan yang baik kepada seseorang
dengan penuh kesopanan. Setiap individu diberikan hak dan kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka
mengikut peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan.
• Terdapat tiga perkara utama yang perlu diamalkan oleh anggota masyarakat iaitu menghormati perbezaan
individu, menghormati kebolehan dan bakat orang lain serta menghormati pendapat orang lain. Setiap
anggota masyarakat perlu menyedari bahawa setiap individu berbeza baik dari segi kebolehan, pemikiran, agama
dan kepercayaan. Perbezaan ini berpunca daripada faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka,
persekitaran tempat tinggal, agama dan didikan yang diperoleh daripada keluarga.
• Bakat dan kebolehan individu lain juga perlu dihormati ke arah pengekalan keharmonian masyarakat.
• Setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni jika mereka mengamalkan sikap saling
menghormati. Sikap menghormati hak orang lain membolehkan kita menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta
manusia berpuak-puak dan berbeza-beza. Kita mungkin tidak memahami cara hidup orang lain yang berbeza
dengan cara hidup yang kita amalkan, namun melalui amalan sikap toleransi dan menghormati hak orang lain kita
akan menerima perbezaan tersebut dan memahami cara hidup orang lain. Sikap ini membuatkan kita lebih empati
terhadap kesukaran yang ditempuh oleh orang lain dan menjadikan kita lebih fleksibel untuk hidup bersama dalam
pelbagai situasi.
RENDAH DIRI

• Salah satu sikap yang menunjukan sifat positif seseorang adalah rendah hati.
• menunjukan bahwa kita puas dengan diri kita, percaya dengan diri kita
tetapi tidak menunjukan semua yang kita miliki, melihat semuanya sama.
CIRI-CIRI SIFAT MERENDAH DIRI

• 1. Tidak merasa perlu untuk menyombongkan diri.


• 2. Bisa menunjukan empati.
• 3. Senang membuat orang lain bahagia.
• 4. Percaya bahwa ‘Dunia tidak pernah berhutang pada diri kita’
• 5. Melihat semua orang sama.
BERSYUKUR

• Kata syukur bahasa berasal dari kata”syakara”yang bererti membuka, sebagai lawan dari
kata kafara (kufur) yang bererti menutup. Sedangkan menurut istilah syara’ syukur adalah
pengakuan terhadap nikmat yang dikurniakan tuhan yang disertai dengan ketundukan
kepadanya dan mempergunakan nikmat tersebut sesuai dengan kehendak tuhan.
• Sikap syukur perlu menjadi kepribadian setiap orang , sikap ini mengingatkan kita untuk
berterimakasih kepada pemberi nikmat (tuhan) dan perantara nikmat yang diperolehnya
(manusia). Dengan bersyukur ia akan rela dan puas atas nikmat tuhan yang diperolehnya
dengan tetap meningkatkan usaha guna mendapat nikmat yang lebih baik.
CARA-CARA BERSYUKUR

• a. Syukur dengan hati, iaitu kepuasan batin atas anugerah.

• b. Syukur dengan lidah, dengan mengakui anugerah dan memuji pemberinya.

• c. Syukur dengan perbuatan, dengan memanfaatkan anugerah yang


diperoleh sesuai dengan tujuan penganugerahannya.
KESETIAAN KEPADA NEGARA

• bermaksud setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,


jujur dan ikhlas kepada Negara tercinta dan juga kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
CARA MENUNJUKKAN KESETIAAN KEPADA NEGARA

• Menghayati prinsip rukun Negara.


• Bersatu padu.
• Mengharumkan nama Negara.
• Mengundi dalam pilihan raya.
• Mempunyai kesedaran sivik.
• Menghormati bendera dan berdiri tegak ketika lagu “negaraku” dinyanyikan.
BERBUDAYA CEMERLANG
berani mencuba
• “suatu kehidupan yang penuh kesalahan tidak hanya lebih berharga namun juga lebih berguna dibandingkan hidup
tanpa melakukan apa pun.”-George Bernard Shaw
• Kita haruslah berani terutamanya dalam mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara yang ingin kita lakukan
mungkin salah. Sekiranya kita tidak mencuba, kita tidak akan mengetahui bahawa perkara tersebut adalah salah
seteruanya kita tidak akan pernah belajar.

mempunyai matlamat
• “ Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan, dan kebahagian yang anda capai, tetapi ke
arah mana akan anda bawa semua itu.”
• Matlamat ialah perkara yang sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Dengan menentukan matlamat,
kita dapat menetapkan usaha ke arah yang kita mahukan.

Jangan bertangguh
• “ Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.”
• Dengan menyiapkan kerja secepatnya, masa lain yang terluang dapat dimanfaatkan dengan perkara yang
berfaedah dandapat meningkatkan kecemerlangan diri.
• Contoh: Seseorang pelajar yang menyiapkan kerja sekolahnya lebih awal dapat melakukan ulang kaji pada masa
lain yang terluang.
tekun berusaha

• “ Genius adalah 1% inspirasi dan 99% keringat. Tidak ada yang dapat menggantikan kerja keras. Keberuntungan
adalah sesuatu yang terjadi ketika kesempatan bertemu dengan kesiapan.”-Thomas A. Edison

• “ Modal paling baik daripada seseorang ialah kerajinannya.”

sentiasa berfikiran positif

• “ Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang
tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemunduran.”

belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya


KEPENTINGAN BERBUDAYA CEMERLANG
• Dalam melakukan kerja/ belajar
kerja dapat disiapkan lebih awal
• dengan mengamalkan budaya menepati masa dan tidak bertangguh, kerja-kerja dapat dilakukan lebih
cepat.

kejayaan dapat dicapai


• · usaha keras yang dilakukan tanpa putus asa dapat membantu seseorang mencapai kejayaan lebih-
lebih lagi jika usaha yang dilakukan itu berpandukan matlamat yang telah ditetapkan.

ilmu pengetahuan lebih luas


• · jika lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih banyak perkara yang dapat kita ketahui terutamanya
sekiranya kita rajin bertanya.

menghasilkan kerja yang berkualiti.


• Dalam pergaulan

disenangi masyrakat sekeliling


• sekiranya kita sentiasa berbudi bahasa dan menjaga tutur kata serta kelakuan, perasaan
orang di sekeliling kita dapat dijaga.

mendapat kepercayaan orang lain

• mudah mendapatkan bantuan ketika kesusahan


• Apabila kita disenangi oleh masyarakat sekeliling terutama kaum kerabat dan jiran
tetangga, mereka juga akan menjadi lebih prihatin terhadap kebajikan kita.

perpaduan dapat diperkukuh


• Dengan adanya amalan permuafakatan, perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dapat diperkukuh.
MEMAHAMI PERSONALITI

• salah satu faktor untuk seseorang mendapatkan kejayaan dalam pelbagai


bidang yang diceburi ialah dengan mengenal dan memahami personaliti diri.
Personaliti individu berbeza dengan individu yang lain. Perbezaan ini juga
adalah satu sifat variasi yang ada pada manusia. Manusia bukan hanya
berbeza daripada segi fizikal seperti bentuk tubuh badan, perbezaan muka,
warna kulit dan seumpamanya, akan tetapi personaliti juga berbeza.
KEPENTINGAN MEMAHAMI PERSONALITI

• Teori-teori
teori psikoanalitik, behavioristik, dan humanistik.

Teori yang pelbagai ini memberi perspektif tersendiri mengenai perkembangan


personaliti dalam diri seseorang.
PSIKOANALITIK

• Aliran psikoanalitik mempelajari perkembangan kepribadian dan perilaku


abnormal daripada aliran psikologi. Aliran ini di kembangkan oleh Dr.
Sigmund Freud sehingga lebih dikenal dengan nama Aliran Freud. Proses
pengobatan gejala-gejala hysteria mulai dari pembiusan kemudian beralih
ke hipnotis dan terapi bicara atau psikoanalisa yang mengutamakan
pentingnya proses ketaksadaran.
BEHAVIORISTIK

• Teori belajar behavioristik adalah teori belajar yang menekankan pada


tingkah laku manusia sebagai akibat dari interaksi antara stimulus dan
respon. Teori Behavioristik merupakan sebuah teori yang dicetuskan oleh
Gage dan Berliner. Kemudian teori ini berkembang menjadi aliran psikologi
belajar yang berpengaruh terhadap pengembangan teori pendidikan dan
pembelajaran yang dikenal dengan aliran behavioristik. Aliran ini
menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar.
HUMANISTIK

• Psikolog humanistik mencuba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana


manusia melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang
pada prespektif optimistik tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus
pada kemampuan manusia untuk berfikir secara sedar dan rasional dalam
mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih potensi maksimal
mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab
terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan
kemampuan untuk mengubah sikap dan perilaku mereka.