(Penerokaan) (Membuat) (Pengalaman) Memberi peluang kanak-kanak memanipulasi bahan dan melibatkan penyiasatan yang lebih mendalam tentang objek, bahan, fenomena, idea dan mentafsir makna dan memperoleh kefahaman daripada semua pengalaman tersebut.
Kanak-kanak dapat menyiasat terus
perkara yang mereka ingin tahu dan memanipulasi bahan yang mereka ingin terokai seperti tumbuhan, batu, serangga, air dan magnet.
Kanak-kanak dapat membuat
pemerhatian terus, mengeksperimen dan seterusnya memahami dunia persekitarannya. Kanak-kanak akan membentuk kaedah pembelajaran yang berkesan, memperhatikan dan cuba menggunakan persekitaran mereka secara optimum
Kanak-kanak mempelajari apa,
bagaimana, bila dan kenapa sesuatu objek/bahan yang diterokai oleh mereka.
Semasa penyiasatan, kanak-kanak
dapat belajar mengendali dan menggunakan peralatan sains seperti kanta pembesar dan perangkap serangga melalui aktiviti nature walk dan lawatan Pendekatan pembelajaran 3E memerlukan: persekitaran yang dilengkapi dengan bahan, peralatan dan ruang yang kanak-kanak terlibat sesuai untuk penerokaan secara aktif dan eksperimen yang melibatkan aktiviti di dalam dan di luar kelas.
ruang dan bahan perlu
disediakan tanpa had dan kanak-kanak diberi kebebasan memilihnya sendiri dengan bimbingan pendidik/pengasuh. Lawatan Bermain doh Memasak