Anda di halaman 1dari 35

Bab 8 : Pembaharuan dan pengaruh

islam di Malaysia sebelum


kedatangan barat
1.Sejak sekitar abad ke – 13 dan abad ke – 14 M
islam telah bertapak di Tanah Melayu.
Namun,pengaruhnya dalam politik, sosial dan
ekonomi menjadi ketara dan mantap hanya pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada
abad ke – 15.
2.Melaka ketika itu merupakan pusat penyebaran
Islam. Agama islam disebarkan melalui proses
perdagangan , perkahwinan, pembinaan empayar,
pendidikan dan kegiatan intelektual.
Pengaruh Islam
Terhadap Politik
 Sebelum kedatangan islam, sistem
pemerintahan yang diamalkan di Tanah
Melayu ialah institusi pemerintahan
beraja.Tradisi Hindu – Buddha ,iaitu konsep
dewa – raja mempengaruhi institusi beraja.
 Kedatangan islam telah membawa
perubahan dalam kedudukan dan corak
institusi raja di Tanah Melayu.
 Golongan raja telah mula menitikberatkan
konsep – konsep islam dalam institusi
pemerintahannya.
(a) istilah raja telah digantikan dengan
istilah sultan.
(b)Sultan dianggap kuasa tertinggi dlm
 Sultan kini dianggap sebagai zillulllah fil – alam dan zilullah
fil – ardh yg bermaksud “ bayangan/wakil Allah di muka
bumi” .kuasa dan kewibawaan raja datang daripada konsep ini.
 Gelaran ini adalah lanjutan amalan pemerintahan kerajaan
Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah
di Turki dan Khilji serta Moghul di India.
 Gelaran seperti khalifatul Mukminin yang bermakna pemimpin
orang mukmin digunakan oleh pemerintah seperti Sultan
Mahmud Shah(Melaka) dan Sultan Abdul Ghaffur
Muhyidin(Pahang).
 Untuk meninggikan kedudukan seseorang sultan, tokoh –
tokoh islam seperti Iskandar Zulkarnain dijadikan asas nasab
keturunan sultan. Sebelum itu, nasab keturunan sseseorang
raja dirujukkan kepada dewa atau tuhan.
 Golongan ulama mempunyai hubungan yang erat dengan
sultan. Mereka merupakan penasihat kepada sultan bukan
sahaja dalam hal keaagamaan, tetapi juga dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
(a) antara ulama yang berpengaruh di Melaka ialah
Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar
Jahan, Maulana Jalaludin dan Qadi yusuf.
(b)Di Kelantan dan Terengganu muncul pula ulama terbilang
seperti Tuk Pulau Manis, Tuk Pulan Condong dan Tuan Tabal.
 Di kebanyakkan negeri Melayu, sultan
merupakan orang yang paling berkuasa dan
baginda dibantu boleh pembesar berempat
yang terdiri daripada bendahara, laksamana,
bendahari dan temenggung. Selain itu,terdapat
pembesar berlapan, pembesar enam belas dan
pembesar tiga puluh dua.
 Di negeri sembilan, yang mengamalkan Adat
Perpatih, pemerintahnya ialah Yang Dipertuan
Besar.
 Dalam masyarakar melayu, kekukuhan institusi
kesultanan berkait rapat dengan konsep daulat.
 Keengganan mengakui kedaulatan sultan dia
dianggap menderhaka dan mereka yang
menderhaka boleh ditimpa tulah sultan.
 Daulat berasal daripada perkataan Arab, daulah
 Konsep ini walaupun tidak wujud secara
bertulis, namun ia dipegang sebagai sesuatu
yang dipercayai kebenarannya dan ia
menjadi pengikat antara golongan rakyat
dengan pemerintah.
 Konsep ini berjaya mengangkat kedudukan
seseorang raja atau sultan ke tahap yang
begitu tinggi dan ia berjaya menimbulkan
penghormatan rakyat terhadap institusi
kesultanan.
 Untuk mengukuhkan konsep tersebut,
pelbagai adat istiadat diwujudkan dan ia
melibatkan cara berpakaian dan jenis
pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah
PERUNDANGAN
 Untuk menjamin keharmonian, sistem perundangan adalah
penting. Masyarakat melayu mempunyai peraturan tingkah
laku yang tersendiri. Peraturan tersebut kemudiannya digubal
menjadi undang – undang.
 Undang – undang masyarakat melayu tradisional boleh
dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu undang – undang bertulis dan
undang – undang tidak bertulis.
 undang – undang tidak bertulis dikenal sebagai sadat, iaitu
Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Adat Perpatih. Adat Temenggung
Diasakan oleh Datuk Perpatih Nan Diasakan oleh Datuk
Sebatang Ketemenggungan
Diamalkan di Negeri Sembilan dan Berasal dari Palembang
Naning ( utara Melaka )
Disesuaikan dengan hukum syarak Pada mulanya, adat ini dipengaruhi
selepas kedatangan islam oleh ajaran Hindu,kemudiannya
disesuaikan dengan ajaran Islam oleh
mazhab Shafie.
Bersifat matrilineal,iaitu nasab Bersifat patrilineal,iaitu
keturunan mengutamakan jurai mementingkan jurai keturunan bapa.
keturunan ibu.
Hak mewarisi harta diberikan kepada Hak mewarisi harta diutamakan kpd
perempuan. anak lelaki, bertepatan dengan hukum
faraid dalam islam.
Perkahwinan sesama suku ada Bebas berkahwin dengan sesiapa
dilarang. sahaja (termasuk sepupu) asalkan
tidak melanggar ketetapan hukum
Islam.
• Musyawarah (sistem politik • Sultan berkuasa mutlak
demokratik) merupakan asas bagi • Maka, tidak wujud konsep
pentadbiran dan penyelesaian demokrasi.
masalah.
- Ia dihadiri oleh perwakilan oleh
setiap suku
- Setiap suku mempunyai ketua adat
yang dikenali sebagai Lembaga.

• Ketua di pelbagai peringkat dilantik • Sultan berkuasa melantik


oleh kumpulan ketua daripada pembesar.
peringkat bawah.
4.Undang–undang bertulis ialah peraturan-peraturan atau
hukuman dalam sesebuah masyarakat seperti Hukum Kanun
Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan lain-lain.
5.Sebelum kedatangan islam, orang melayu berpegang
pada undang-undang yang dibentuk dalam tradisi Hindu
yang disesuaikan dengan adat resam tempatan.
6. Aspek undang-undang tradisi Hindu berpegang kepada
Hukum Kanun Manu yang membezakan jenis hukuman
berdasarkan kelas seseorang.
7.Setelah kedatangan Islam, Hukum Kanun dijadikan asas
undang-undang yang dikuatkuasakan.
8.Undang-undang bertulis telah berkembang setelah
kedatangan Islam seperti yang terdapat dalam Undang-
undang Kedah,Undang –undang Laut Melaka, Hukum
kanun melaka, undang-undang Perak, Undang-undang
Johor dan Undang-undang Pahang.
9.Corak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan berasaskan kitab
perundangan tersebut.Contohnya, Hukum Kanun Melaka
menjelaskan:
(a) Tanggungjawab raja dan pembesar
(b) Pantang larang di kalangan rakyat
(c) Hukuman terhadap kesalahan jenayah
(d) Undang-undang keluarga
(e) Permasalahan ibadah
(f) Jenis-jenis hukuman
10.Oleh sebab kerajaan melayu aktif dalam aktiviti maritim,
peraturan khas disediakan berkaitan dengannya, seperti Undang-
undang Laut Melaka danUndang-undang Pelabuhan di negeri
Kedah.
11.Pengaruh islam dipaparkan melalui fasal-fasal
dalam undang-undang tersebut.Contohnya, undang-
undang Laut Melaka menyatakan seorang nakhoda
kapal diertikan sebagai imam dan anak kapal sebagai
makmum.
12.Melalui undang-undang bertulis, kehidupan
masyarakat adalah tersusun kerana setiap perlakuan,
tanggungjawab dan hukuman relah ditentukan.
13.Namun, sultan dikecualikan daripada sebarang
tindakan kerana melambangkan kedudukannya yang
tertinggi dalam kerajaan.
KESAN KEDATANGAN
ISLAM
TERHADAP
SOSIOBUDAYA
Pengaruh Islam terhadap
pendidikan
 i. 2 jenis pendidikan – formal /tak formal
ii. Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam
keluarga
iii. Peringkat keluarga tekankan nilai moral,
pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
iv. Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan
latihan
v. Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat,
sikap, cara berkawan dan jaga maruah
vi. Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur
pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
vii. Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui
pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan
orang dewasa.
viii. Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar
kelaluan baik
Sistem Pedidikan Agama
 i. Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada
golongan atasan
ii. Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah
dan pondok
iii. Pendidikan di rumah:
 Bentuk pendidikan tak formal
 Pendidikan Al-Quran
 Di rumah Tok Guru
 Umur 7 hingga 15 tahun
 Selepas waktu Zohor atau Maghrib
 Kitab, Muqadam & Al-Quran
 Bayaran percuma
 Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara
bacaan dalam solat dan perkara wajid
Sistem Pendidikan Pondok
 Bentuk pendidikan – formal
 Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
 Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
 Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok
Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu,
Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
 Penekanan Ilmu Agama
 Guru daripada para pelajar yang lulus
 Masa panjang hingga 10 tahun
 Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab,
Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
 Sistem tersusun
 Pakaian tutup aurat
 Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal
Sistem Pendidikan Madrasah
 Berdasarkan sukatan pelajaran
 Secara bilik darjah
 Ada jadual waktu
 Ikut tahap – permulaan, pertengahan
dan pengkhususan
 Diawasi oleh mudir, guru besar
 Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa
kewangan
Peranan Istana – Pusat
Intelektual
 i. Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
ii. Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu
Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan
Maulana Sadar Jahan
iii. Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di
Melaka – kembangkan Islam
iv. Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu
– ramai tinggal di Melaka
v. Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur
Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
vi. Mansur Shah berminat tasauf
vii. Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat
pengajian
viii. Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
ix. Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal
pentadbiran dan politik
Bahasa dan Kesusasteraan
 Pengaruh Islam Dalam Bahasa
i. Perkenal tulisan jawi
ii. Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan –
milik melayu
iii. Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
iv. Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan,
syaitan dll
v. Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah,
tauhid & tafsir
vi. Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa
pertuturan harian
vii. Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa
Ilmu
.Pengaruh Islam Dalam Sastera
i. Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam
Bahasa Melayu
ii. Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam
seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
iii. Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
iv. Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa
perantaraan
v. Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur
Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
vi. Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan
disimpan di istana Melaka
vii. Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas &
Hikayat Hassan Damsyik
viii. Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan
.
Mariam – Terengganu
.KesenianPengaruh kesenian Islam
i. Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab,
mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut, Kelantan,
Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
ii. Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat
– cth Istana Melaka.
iii. Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
iv. Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
v. Seni khat atau kaligrafi.
vi. Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
vii. Tarian Mak Inang – di istana Melaka
viii. Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
ix. Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
x. Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.

Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan.


.Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
i. Tersebar secara lisan
ii. Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat,
tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
iii. Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
iv. Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang
Merah.
v. Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.
1. Kemunculan Islam juga membawa kesan besar
kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.
2. Kedatangan Islam telah melibatkan kerajaan-
kerajaan Islam seperti Melaka, Acheh, Brunei, Sulu,
Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam arus
perdagangan utara-selantan ini.
3. Aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang Melayu
telah merangsang perkembangan yang berkaitan
dengannya seperti penggunaan mata wang,
percukaian, dan sebagainya.
Perdagangan
 Sejak abad ke-12 hingga abad ke-18, aktiviti
perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan
Lautan China Selatan dimonopoli oleh perdagang Islam.
 Keadaan tersebut telah mempengaruhi perkembangan
perdagangan di Alam Melayu.
 Pedagang Melayu juga terlibat secara aktif dalam
rangkaian perdagangan Timur dan Barat ini.
 Perkembangan pesat sector perdagangan dalam
kalangan orang Melayu ini sangat berkait rapat dengan
saranan Islam sendiri yang menekankan bahawa aktiviti
ini merupakan sumber rezeki yang besar.
 Nabi Muhammad s.a.w sendiri terbabit secara langsung
dalam aktiviti ini.
 Aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang
memesatkan proses pengislaman di Alam Melayu.
 Menjelang abad ke 15, Melaka menjadi pusat perdagangan
yang penting.
 Walaupun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang seperti
rempah ratus yang mendapat permintaan yang tinggi dalam
kalangan pedagangan, tetapi kedudukannya yang sangat
strategic membantu perkembangan Melaka.
 Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan
kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang
teratur supaya aktiviti perdagangan berjalan dengan licin.
 Jawatan laksamana telah diwujudkan oleh kerajaan Melaka bagi
menjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua
pelabuhan.
 Undang-Undang Laut Melaka telah digubal dan menjadi landasan
yang harus diikut oleh masyarakat.
 Perdagangan di Melaka telah berkembang dengan pesat. Lebih
kurang 84 Bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka.
 Dalam aktiviti perdagangan di Melaka, sistem timbang dan sukat
telah diperkenalkan. (system kati dan tahil)
 Hal-ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang
adalah tanggungjawab syahbandar.
 Antara barangan yang ditimbang dengan system ini termasuklah:
a) Emas
b) Perak
c) Batu permata
d) Bahan wangian
 Untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala,
bunga lawang dan sebagainya, sistem timbangan yang
digunakan ialah sistem bahara yang menggunakan dacing.
 Dalam urusan perdagangan,dua kaedah digunakan di Melaka
,iaitu :
-Kaedah pertukaran barang.
-Kaedah jual beli.
 Kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 tidak
meruntuhkan semangat pedagang Melayu.
 Aktiviti perdagangan telah diteruskan dengan menjadikan
kerajaan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan
Melayu.
 Negeri-negeri Melayu yang lain juga bergiat cergas dalam
bidang perdagangan.
 Negeri Kedah ,Kelantan ,dan Terengganu telah menjadi pusat
perdagangan yang penting sepanjang abad ke-17 dan ke-18.
Mata Wang
 Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan
memudahkan urusan perdagangan dan jual beli
 Sistem pengguna mata wang ini merupakan alternatif ke-
pada sistem pertukaran barang atau barter.
 Secara amnya ,negeri-negeri Melayu yang diperbuat
daripada timah.
 Mata wang timah pada zaman Melaka,misalnya ,berbentuk
bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil.
 Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada
mata wang tersebut.
 Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan
di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang
tempatan.
 Di Johor juga terdapat mata wang yang diperbuat daripada
timah dan dikenal sebagai wang katun (berbentuk bulat atau
segi enam ).
 Mata wang ini tidak mempunyai tarikh ,namun mempunyai
tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al- Adil .
 Kedah mengeluarkan mata wang timahnya sendiri sejak abad
ke-17 untuk kegunaan tempatan .
 Jenis mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan
yang hinggap di atas beberapa cincin. Ia boleh dipatahkan
dan digunakan secara berasingkan .
 Terdapat juga mata wang yang diperbuat daripada emas .
Mata wang emas ini digunakan secara meluas di Kedah dan
Johor yang digelar kupang.
 Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun
1527, iaitu pada zaman pemerintahan SultanAlauddin Riayat Syah.
 Mata wang emas Kelantan dikenal sebagai kijang kerana terdapat
gambar kijang pada muka wang emas tersebut.
 Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan
yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
 Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam
sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin dan sebagainya.
 Pada masa tersebut ,pedagang Eropah telah menggunakan wang
perak ,manakala pedagang India ,China ,dan Arab pula
menggunakan emas atau mata wang emas .
 Semasa pemerintahan Portugis di Melaka, mereka
memperkenalkan mata wang yang bernama bastardos, soldos, dan
dinheiros.
 Kemudian ,pihak Belanda di Melaka memperkenalkan mata wang
bernama ducats ,lion dollars ,rix dollars, dan syilling Belanda.
Percukaian
 Secara umum ,cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh
pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barang
tertentu .
 Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber
pendapatan kerajaan dan akan disalurkan kembali untuk
pembangunan negara.
 Perkembangan aktiviti perdagangan yang pesat di negeri-negeri
Melayu turut memperkembangkan bidang percukaian.
 Di Melaka ,misalnya ,para pedagang yang berniaga diwajibkan
membayar cukai terhadap barang daganganmereka sebelum
urusan perniagaan dapat dilakukan.
 Cuaki di Melaka pula terbahagi kepada beberapa jenis,
iaitu:
a) Cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah
ditetapkan oleh permerintah .
i. Para pedagang yang datang dari India ,Ceylon ,Tanah
Arab, Pegu dan Siam, dikenakan cukai sebanyak 6 %
daripada jumlah barangan yang dibawa.
ii. Pedagang dari Jepun dan China pula dihendaki
membayar cukai sebanyak 5 %.
b) Terdapat barang tertentu yang tidak dikenakan cukai
seperti beras dan makanan.
 Urusan jual beli boleh dilakukan di bazar-bazar yang
disediakan di sepanjang Sungai Melaka setelah semua
cukai dibayar.
 Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai .
a) Orang asing yang datng dari Kepulauan Melayu telah
dikenakan cukai diraja sebanyak 3 %.
b) Orang asing lain pula telah dikenakan cuaki diraja sebanyak 6
%.
 Pengaruh Islam yang mendalam di negeri Melaka serta di
negeri Melayu yang lain telah mempengaruhi perkembangan
ekonominya.
 Amaln riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan
dalam kalangan orang Islam. Hal ini ditekankandalam Hukum
Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
 Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang telah
dibenarkan menjalankan kegiatan mereka.
 Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan
berkemampuan membayar zakat harta.
 Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal
yang berfungsi untuk menyelenggarakan
herta kerajaan.
 Kegunaan harta kerajaan.
a) Digunakan untuk kepentingan dan
kemakmuran negara.
b) Sebagai sumber bantuan yang sewajarnya
kepada ahli masyarakat yang memelurkan
bantuan.

Anda mungkin juga menyukai