2. MOHAMMAD ZAKI BIN M. SAINI 3. AZIMAN BIN ZULKIFLI SOALAN Penduduk bersatu negara berdaulat. Kepentingan bersatu antara kaum dapat menjamin keharmonian negara. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh masyarakat kearah membentuk perpaduan kaum. Jelaskan. PENDAHULUAN Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan merupakan perkara penting dalam sesebuah negara kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. ISI PERTAMA
Dapat hidup dengan aman dan tenteram.
Kesannya kita dapat belajar dengan
tenang dan selesa di sekolah tanpa rasa bimbang akan keselamatan diri. Hal sebegini tidak dapat dinikmati oleh anak- anak di sesetengah negara. Ramai antara mereka tidak dapat ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan diri. ISI KEDUA Dapat menarik pelabur asing
Dapat menarik minat para pelabur asing
melabur dalam pelbagai sektor di negara kita. Para pelabur tidak perlu risau akan mengalami kerugian dalam pelaburan kerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan. Pelaburan ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita. ISI KETIGA Dapat memajukan sektor pelancongan
Para pelancong tidak risau akan keselamatan
diri mereka sepanjang berada di negara kita. Mereka juga dapat menikmati pelbagai budaya yang ada di negara kita. Kedatangan pelancong asing ini memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara kita seperti dalam sektor perhotelan, pengangkutan dan bidang kraftangan. ISI KEEMPAT
Dapat mengadakan aktiviti kemasyarakatan
Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar
untuk bekerjasama membersihkan taman- taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. ISI KELIMA Melalui aktiviti sukan
Rakyat Malaysia menyokong perlawanan
sukan tanpa mengira kaum. Tanggungjawab bersama untuk menang. Dapat melepas tekanan dan merasai keseronokan. PENUTUP Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan
nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama agar negara kita kekal aman dan damai.