Servis
Jualan
Sepotong kisah abdurrahman bin Auf
Tatkala Rasulullah SAW dan para sahabat diizinkan Allah hijrah ke Madinah, Abdurrahman menjadi pelopor kaum
Muslimin. Di kota yang dulu bernama Yatsrib ini, Rasulullah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan
Anshar. Abdurrahman bin Auf dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi Al-Anshari.
Sa'ad termasuk orang kaya diantara penduduk Madinah, ia berniat membantu saudaranya dengan sepenuh hati,
namun Abdurrahman menolak. Ia hanya berkata, "Tunjukkanlah padaku di mana letak pasar di kota ini!"
Sa'ad kemudian menunjukkan padanya di mana letak pasar. Maka mulailah Abdurrahman berniaga di sana.
Belum lama menjalankan bisnisnya, ia berhasil mengumpulkan uang yang cukup untuk mahar nikah. Ia pun
mendatangi Rasulullah seraya berkata, "Saya ingin menikah, ya Rasulullah," katanya.
perasan tak? perkara pertama yang aburrahman tanya ialah di mana pasar? dia tidak terus pergi membeli bahan
dan menjualnya di pasar. tetapi apa yang abdurrahman buat adalah pergi ke pasar, membuat pemerhatian, pilih
produk yang sesuai, lalu baru mula berniaga. Abdurrahman bin Auf telah melakukan market analisis dahulu, di
mana beliau meninjau produk apakah yang pembeli perlukan tetapi tiada penawaran. Perniagaan itu sendiri
bermaksud menyelesaikan masalah. Mungkin masalah di tempat anda ada ramai pelajar kolej yang memerlukan
perkhidmatan photostat tetapi tiada kedai yang menawarkan perkhidmatan itu. Jangan tunggu lagi. Terus buat,
cari mesin photostat dan selesaikan masalah mereka! jadikan masalah itu sebagai peluang untuk anda, buat
perancangan masa panjang. paling afdal belajar pasal Business Model Canvas. buat perancangan untuk 2 tahun
atau mungkin 5 tahun. mungkin anda boleh jadi macam BORMAS...betul tak??
Biar kecil asal berterusan. Jangan gelojoh, untung belum dapat dah nak ada kedai, nak beli aksesori mesin
photostat dan lain-lain. pastikan mulakan perniagaan tanpa meminjam. biar sikit untungnya, lama-lama jadi
bukit. latih diri untuk belajar mengumpul modal. mungkin photostat 1 page 10sen harini. bila dah cukup modal,
fikir pulak apa barang yang boleh jual dapat untung 20 sen, lepas tu untung 40 sen, 80sen, 1.60, sampai la untung
sejuta. kan senang tu?
Berniaga Tanpa Modal