Anda di halaman 1dari 9

PAKK3303

PROFESIONALISME DALAM PAKK


TAJUK 2
Huraikan peranan pendidik
PAKK sebagai
- Penyedia Permainan
PERANAN PENDIDIK PAKK
• Sebagai seorang guru khususnya guru PAKK adalah
menjadi satu tanggungjawab dalam memberikan
ransangan kepada pembelajaran kanak-kanak
• Jika aktiviti yang dirancang dengan baik dan teliti
oleh guru, kesannya kanak-kanak akan mendapat
berbagai-bagai pengalaman melalui aktiviti tersebut
dan ini juga akan menarik minat mereka
KONSEP BERMAIN
• Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-
kanak
• Menurut Froebel, kerja, bermain dan belajar
adalah satu unit dalam pendidikan awal kanak-
kanak.
• Vygotsky menjelaskan bahawa bermain adalah
kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan
interaksi sosial dan sangat penting untuk proses
belajar.
Peranan pendidik PAKK sebagai
Penyedia Permainan
• Melalui permainan adalah cara kanak-kanak belajar
• Guru PAKK haruslah menyediakan pelbagai permainan
yang menarik dan menyeronokkan kanak-kanak agar
mereka melibatkan aktiviti secara aktif.
• Guru prasekolah memainkan peranan sebagai penyedia
permainan adalah sangat penting untuk memberi
rangsangan bagi aktiviti kanak-kanak di kelas prasekolah.
• kanak-kanak akan mendapat berbagai-bagai
pengalaman melalui permainan dan aktiviti-aktiviti
yang menarik yang disediakan dan diwujudkan oleh
guru.
• Semasa kanak-kanak bermain, mereka digalakkan
untuk meneroka dan menggunakan segala derianya
untuk menyedari dan memahami perkara-perkara
yang berlaku di persekitarannya.
Persekitaran yang pelbagai
permainan
• Guru boleh menyediakan sudut-sudut yang berbeza.
• Setiap sudut mempunyai keunikan permainan dan alat yang
bersesuaian dengan kanak-kanak untuk menggalakkan sesuatu
kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut.
• Berikut adalah sudut-sudut yang dicadangkan :
 Sudut Matematik
 Sudut Bahasa
 Sudut Sains
 Sudut Kreatif
 Sudut Bacaan
Kepentingan Bermain dalam
Prasekolah
• Aktiviti bermain dapat menyumbang kepada
perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial,
kognitif, afektif dan motor
• Peluang bermain yang disediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dikatakan mampu
merangsang motivasi dan minda kanak-kanak ke
tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri,
pembinaan dan penemuan secara semula jadi.
Kesimpulan
• Oleh yang demikian, permainan-permainan perlu
disediakan oleh guru prasekolah dengan terbaik dalam
memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut standard
kandungan yang telah ditetapkan dalam setiap tunjang
prasekolah.
• Peranan guru prasekolah perlu diperhebat dengan
memberi ruang atau stimulus kepada kanak-kanak supaya
dapat bermain, menyediakan bahan dan material kepada
kanak-kanak untuk membentuk pengetahuan melalui
bermain dan juga menjadi pemerhati yang cekap kepada
kanak-kanak ketika bermain.
Disediakan Oleh :
LOW FANG JIN
PISMP AMB. JUN 2016
UNIT PAKK (SEM 5)