Anda di halaman 1dari 10

https://www.youtube.com/watch?

v=dNm8hEqzwiM
ASAL USUL BAHASA MELAYU

- Berasal daripada rumpun Austronesia.


- 1 dari 200 bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan
Melayu.
- Bersifat sederhana dan mudah menerima unsur luar
menjadikannya sebagai satu bahasa yang terkenal
di dunia.
PENGARUH BAHASA LAIN DALAM BAHASA MELAYU

- Berkembang sebagai bahasa lingua franca semasa


Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Kedatangan Islam yang memperkenalkan tulisan
Jawi telah memperkasakan bahasa Melayu dengan
perbendaharaan bahasa Arab.
- Kedatangan pengaruh dari Eropah pula turut
memperkayakan bahasa Melayu.
- Hari ini, bahasa Melayu mempunyai kosa kata dari
pelbagai bahasa termasuklah Sanskrit, Arab,
Portugis, Belanda, Inggeris, Cina dan Tamil.
BAHASA MELAYU SEBAGAI Lingua Franca

- Berperanan sebagai bahasa perdagangan,


perhubungan, pentadbiran, perundangan, ilmu dan
persuratan.
- Sehingga hari ini, bahasa Melayu menjadi salah satu
warisan kebanggaan negara.
BAHASA PERDAGANGAN

- Memudahkan pedagang dalam urusan jual beli


memandangkan semasa Zaman Kesultanan Melayu
Melaka, terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di
Pelabuhan Melaka.
BAHASA PERHUBUNGAN

- Digunakan dalam perhubungan antara Kerajaan


Melayu dengan kerajaan luar. Contohnya, surat dari
Sultan Kelantan kepada Wright William Duff pada
tahun 1900-1901.
BAHASA PENTADBIRAN

- Digunakan dalam sistem pentadbiran dan


pemerintahan pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
BAHASA PERUDANGAN

- Bahasa Melayu digunakan dalam Hukum Kanun


Melaka yang menjadi panduan penting dalam
sistem pentadbiran dan pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka.
BAHASA ILMU

- Golongan ulama menyampaikan imlu agama


kepada Raja-raja Melayu di istana dengan
menggunakan Bahasa Melayu.
BAHASA PERSURATAN

- Ia jelas dilihat pada karya-karya yang dihasilkan


seperti Tuhfat Al-Nafis oleh Raja Ali Haji pada 1885
tentang Kesultanan Johor Riau.

Anda mungkin juga menyukai