Anda di halaman 1dari 45

ZAMAN DAULAH

ABBASIYAH
TERTEGAKNYA PEMERINTAHAN
& KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

Berketurunan daripada Al-Abbas iaitu


bapa saudara nabi Muhammad s.a.w

Pengasas kerajaan keturunan ialah


Abdullah as-Saffah bin Muhammad bin
Ali bin Abdullah bin al-Abbas.
Kerajaan Abbasiyyah bertempat di Kota
Baghdad.

Terdapat 37 orang raja yang memerintah.

Masyarkat terdiri daripada gabungan di


antara golongan Arab dengan bukan Arab,
terutama golongan Parsi.

Pada zaman itu, Islam telah mencapai


kejayaan yang memuncak dalam pelbagai
bidang kehidupan.
Pemerintahan Abbasiyyah bermula dari
tahun 132H hingga tahun 656H.
Tempohnya ialah selama 524 tahun.

Berakhirnya pemerintahan ini disebabkan


berlakunya pembunuhan khalifah
Abbasiyyah serta kaum keluarganya oleh
kaum Tatar yang melanggar dunia Islam.
Fasa Daulah Pertama (132H – 232H)

Kekuasaan pada period ini berada di tangan


para khalifah.

Para Khalifah di zaman tersebut merupakan


pahlawan-pahlawan yang memimpin angkatan
tentera dan terlibat di dalam peperangan.

Kebanyakan mereka memiliki ilmu-ilmu Islam,


cintakan ilmu pengetahuan dan dapat
menyampaikan pidato yang berapi-api.
Fasa Daulah Kedua (232H-590H)

Kekuasaan hilang dari tangan para khalifah &


politik berpindah dari tangan para khalifah
kepada golongan berikut:

Kaum Turki (232H – 334H) kecuali semasa


timbul kesedaran di tangan beberapa
khalifah.

Golongan Bani Buwaih (334H – 447H).

Golongan Bani Saljuk (447H – 590H).


Fasa Daulah Ketiga (590H-656H)

Kekuasaan kembali semula ke tangan para


Khalifah, tetapi hanya di Baghdad dan
kawasan-kawasan sekitarnya sahaja.

Apabila sultan-sultan Bani Saljuk menjadi


lemah, urusan pentadbiran diuruskan oleh
sekumpulan yang ramai, di antaranya
dikenali dengan gelaran SYAH .
Setiap pemerintahan itu menguasai daerah
masing-masing di dalam sempadan kerajaan
Bani Saljuk.

Hulagu, memimpin kaum Tatar menyerang dan


menakluk dunia Islam serta memusnahkan
kota Baghdad, membunuh Khalifah dan
menamatkan pemerintahan Abbasiyyah pada
tahun 656H.
ANTARA KHALIFAH ABBASIYYAH YANG
TERSOHOR

• Abu Abbas as-Saffah 132H.


• Abu Ja’far al-Mansur 136H.
• Al-Mahdi ibn al-Mansur 158H.
• Harun ar-Rashid 170H.
• Al-Amin 193H.
• Al-Ma’mun 198H.
Sistem & Perkembangan Pendidikan
Kerajaan Abbasiyyah :

1.Institusi Pembelajaran

2.Kurikulum

3.Bahan Pembelajaran

4.Sistem Pengajaran

5.Pencapaian
752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah
Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di
Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes
dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi
khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin
terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan
Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258
apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana
tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh
semua penduduknya.
1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang
Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada
tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad.
Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya
pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
INSTITUSI
PEMBELAJARAN &
PENDIDIKAN ISLAM
1. RUMAH PERSENDIRIAN

Ahli sejarah banyak merekodkan bahawa


Ibn Sina telah menjadikan rumahnya
sebagai pusat pendidikan intelektual Islam.

Demikian juga rumah para ulama dan


intelektual Islam lain, turut berfungsi
sebagai institusi pendidikan sejak awal
kebangkitan Islam.
2. MASJID SEBAGAI PUSAT ILMU

Menurut Munir Al-Din, kebanyakkan


masjid di Baghdad menjadi pusat
pengajian dan madrasah.

Masjid Basrah – bukan setakat ada


halaqah pengajian ilmu-ilmu wahyu, tetapi
juga pengajian dan perdebatan ilmu
kalam, falsafah dan kesusasteraan Arab.
3. KUTTAB

Di dalam Lisanul Arab, Kuttab


ialah tempat memberi pelajaran
membaca dan menulis. Dan
merupakan salah satu pusat
pendidikan permulaan untuk
kanak-kanak.

Pada era awal Abbasiyah, kuttab


didirikan di seluruh wilayah Islam.
Struktur dan metod pengajaran di
kuttab banyak dipengaruhi oleh
sekolah-sekolah rendah Byzantium
dan Parsi, akan tetapi kurikulumnya
bercorak Islam dan Arab tulen.

Peranan utama kuttab pada era


Abbasiyyah ialah menyatupadukan
seluruh masyarakat majmuk Neo-
Muslim Abbasiyyah ke dalam
kepercayaan dan cara hidup Islam.
4. BAYT AL-HIKMAH

Bayt Al-Hikmah merupakan akademi atau


institusi penyelidikan, perpustakaan dan
pusat pengajian yang dimajukan,
diperkembangkan dan dikemaskinikan oleh
Khalifah Al-Ma’mun.

Pada asalnya ia merupakan perpustakaan


diraja atau istana Abbasiyah yang bertukar
dan meningkat status serta fungsinya
menjadi kolej dan pusat penyelidikan.
Dr. Ahmad Shalaby
berpendapat bahwa Bayt Al-
Hikmah di Baghdad sebagai
bukan hanya universiti pertama
di dunia Islam pada abad
pertengahan, bahkan ianya juga
merupakan universiti pertama di
dunia. Ini juga dipersetujui oleh
beberapa tokoh sarjana yang
lain.
5. MADRASAH NIZAMIYAH

Sekolah yang pertama didirikan di kota


Baghdad pada pertengahan akhir abad ke
5H / 11M yang didirikan oleh Nizam al-
Mulk (485H/1092M), Perdana Menteri
Saljuk
merupakan julung-julung kalinya suatu
sistem pendidikan yang tersusun rapi dan
menjadi petanda tercapainya tahap
kematangan dalam institusi pengajian
tinggi di dunia Islam.
Nizam al-Mulk sebagai penaung ilmu
& pendiri sistem madrasah.
Kedudukan sebagai Perdana Menteri
membolehkan beliau menumpukan
usaha pembangunan dan
perkembangan kegiatan keilmuan.
Bermula dari tarikh tersebut, sekolah-
sekolah dibina di setiap pelusuk
hingga kawasan kecil.
Menjadi contoh kepada raja &
pembesar.
Nizam al-Mulk suka berganding
rapat dengan para ulama. Antaranya
ialah Imam Al-Haramain, Imam Al-
Ghazali dan Abu Qasim al-Qusyairi.
Beliau juga mendokong
perkembangan sains dengan
mendirikan balai kajian yang
menjadi tumpuan para ahli
astronomi seperti Umar Khayyam
(1123M).
INSTITUSI PEMBELAJARAN
& PENDIDIKAN TIDAK RASMI

Istana Khalifah, Wazir atau


Gabenor
Majlis Munazarah
Kedai Buku
Pasar
Balai Cerap
Hospital
Perpustakaan
KURIKULUM ZAMAN ABBASIYYAH

• Kurikulum pendidikan zaman


Abbasiyah bukan hanya berkisar
kepada pelajaran membaca, menulis,
hafalan Al-Quran dan al-Hadith, dan
sastera Arab tetapi juga meliputi ilmu
matematik, fizik, kimia, astronomi,
mantik, falsafah, kesusasteraan,
muzik dan seni bina.
Aktiviti penterjemahan

Era awal Abbasiyah dari Al-


Mansur hingga Al-Wathiq
dikatakan sebagai era kegiatan
penterjemahan dan pemindahan
budaya asing ke dalam budaya
ilmu Islam.
Ini adalah kesan daripada
pertembungan di antara tamadun
Islam dengan tamadun-tamadun
asing, terutama melalui perluasan
wilayah Islam yang meliputi
wilayah-wilayah yang dahulunya di
bawah Empayar Romawi, Roman,
Parsi, India dan lain-lain.
BAHAN PEMBELAJARAN

Peringkat rendah (pendidikan kanak-


kanak) : Al-Quran, kitab asas pelajaran
nahu & sastera, hasil penulisan syair dalam
bahasa mudah.

Peringkat tinggi (pendidikan dewasa) :


bidang yang sangat luas. Al-Quran & tafsir,
kitab fiqh, tasawwuf, usul, kesusasteraan,
falsafah, matematik, kimia, astronomi.
SISTEM PEMBELAJARAN

Sistem rasmi : sekolah hingga


peringkat universiti. Diadakan secara
kuliah.
Sekolah al-Nuriyyah al-Kubra, Bait
al-Hikmah, Universiti Darul Hikmah

Sistem tidak rasmi : rumah guru,


masjid & institusi tidak rasmi. Contoh
Ibnu Battutah, Ibnu Zubair, Imam Al-
Ghazali.
PENCAPAIAN

Pada zaman Harun ar-Rashid dan al-


Ma’mun, Baghdad menjadi terkenal
dalam budaya ilmu pengetahuan.

Perkembangan ilmu pengetahuan


telah mencapai tahap kemuncaknya.

Penerokaan ilmu baru, penterjemahan


dan pengubahsuaian ilmu asing.
• Lahir ulama dalam pelbagai bidang ilmu.
Contoh :

ilmu mustholah hadith

tokoh fuqaha & mujtahid yang bukan


sahaja menyebarkan ilmu secara lisan
tetapi juga secara tulisan buku-buku. Abu
Hanifah (150H), Malik Bin Anas (179H),
Shafie (204H) & Ahmad Bin Hanbal
(241H).
Imam Abu Hanifah tidak mengarang buku
tetapi fikirannya telah disebarkan melalui
murid-muridnya.

Imam Malik terkenal dengan kitabnya ‘al-


Mutawwa’.

Imam Syafie pula memperkenalkan ilmu usul


fiqh melalui kitabnya al-Risalah & al-Umm
beserta musnadnya.
FAKTOR-FAKTOR
KEMAJUAN DALAM
BIDANG ILMU
PENGETAHUAN
1. Layanan Yang Istimewa Terhadap Para
Bijak-pandai

• Pemikiran Khalifah tidak


berpusatkan kepada politik sahaja
• Cenderung terhadap ilmu
pengetahuan. Khalifah sentiasa
menggalakkan usaha:
penyelidikan, penterjemahan
serta penulisan
Penulis & Penterjemah diberikan
sokongan moral, bayaran &
penghormatan istimewa

Layanan ini tidak memandang


agama, bangsa & warna kulit. Apa
tujuannya?
2. Kebebasan Berfikir dan Berdebat
Kebebasan berfikir yang dinikmati oleh
para ulama’ dalam mencari ilmu
merupakan satu faktor yang penting
pada zaman tersebut. Hasilnya dari
kebebasan berfikir :
• Ulama berijtihad dan mengeluarkan
pendapat mengikut apa yang dikaji
berpandukan Al-Quran & Hadith.
• Berlakunya perdebatan antara ulama’ dan
cerdik pandai. Perdebatan amat
digalakkan bertujuan :
Mengembangkan ilmu pengetahuan
Hilang kekeliruan yang timbul terutama
tentang hukum agama &
permasalahan masyarakat tersebut.
• Perdebatan berlaku melalui cara :
 Lisan – majlis ilmu di rumah, masjid atau
musim haji
 Pengutusan surat - memberi kesan dalam
penulisan buku ilmu pengetahuan (contoh
kitab Al-Umm oleh Imam Syafie)
• Kematang berfikir & kekuatan daya menganalisa
masalah Islam
• Sumbangan besar kepada para penyelidik untuk
mengetahui cara-cara menyelesaikan masalah.
3. Terpengaruh dengan kemajuan bangsa
asing

• Pelbagai bangsa, agama, latarbelakang


kebudayaan & ilmu pengetahuan
• Hubungan kemasyarakatan pada zaman
tersebut dipengaruhi perbezaan tersebut.
• Akhirnya melahirkan kematangan berfikir
dan kekuatan untuk mencapai ilmu
pengetahuan.
• Berlakunya dengan pesat
perkembangan penterjemahan ilmu
pengetahuan dari bahasa asing
kepada bahasa Arab.
• Terjemahan ilmu perubatan, kimia,
falsafah, mantiq, sastera dan lain-
lain.
• Ulama Kalam begitu terpengaruh
dengan ilmu mantiq dan falsafah.
• Cuba mengaplikasikan kedua-dua ilmu
bagi kepentingan & kebenaran Aqidah
Islam.
• Menjalar ke bidang Fiqeh juga, untuk
menetapkan hukum ijtihad.
4. Tertubuhnya pusat-pusat pengajian tinggi
& sekolah-sekolah

• Memainkan peranan penting dalam


penyebaran ilmu pengetahuan.
• Masyarakat pada zaman tersebut
menumpukan pada pembangunan
sekolah, maktab dan universiti.
• Kampung & bandar terdapat sekolah
rendah & menengah.
• Tokoh, pemerintah & hartawan
menganggap diri mereka
bertanggungjawab menjadi penaung
perkembangan ilmu pengetahuan.
5. Wujudnya perpustakaan

• Penyebaran ilmu pengetahuan menjadi


lebih mudah pada zaman tersebut.
• Kilang kertas sebagai ganti kulit kambing
yang digunakan sebelum ini.
• Masyarakat berminat untuk
mengumpulkan buku sehingga wujud
perpustakaan.
• Perpustakaan Mosul menjadi tumpuan
para ilmuwan.
• Keperluan pen & kertas – percuma
• Diberikan elaun kepada pengkaji
perpustakaan.
• Dibenarkan pinjam buku dengan syarat-
syarat tertentu.