Anda di halaman 1dari 13

Kemahiran insaniah

Chapter 2
Kemahiran berkomunikasi
• Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain
• Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan
nada suara

• Kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau
membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya

• Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain

• Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang

• Kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran
menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara
berkesan
• Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah
pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar)
kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana- sarjana ini,
dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:

pengirim membentuk idea

pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej

mesej akan melalui saluran komunikasi

penerima mendekodkan mesej tersebut

maklum balas dihantar kepada pengirim


Kepentingan kemahiran berkomunikasi
• Kepentingan dari segi hubungan insan (kemasyarakatan)

Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki
tingkah laku tertentu.

Pemahaman dan pengetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami
tingkah laku orang lain.

Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan
tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secara lebih terperinci.

Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek
budaya.

Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara
dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza.
• Kepentingan dari segi akademik

Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik


Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila
berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.

Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif


terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa,tanda hormat anda kepada pensyarah
dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswa yang tinggi.

Kemahiran dari segi ini meliputi pengusaan dari segi penulisan dan lisan
Mahasiswa tidak boleh,contohnya,berinteraksi dengan menggunakan bahasa slanga
atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka
melalui khidmat pesanan ringkas (sms).
Jenis- jenis komunikasi
• Komunikasi lisan

Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Berbahasa dengan baik dan
efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan
dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.

Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek, iaitu:

– perbendaharaan kata
– kelajuan
– intonasi
– singkat dan jelas
Komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan sering berlaku secara serentak. Harrison (1974) telah
mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi
lisan dan bukan lisan

Aspek-aspek komunikasi bukan lisan dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:

• Ekspresi wajah:
– menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya. contoh: ekspresi muka

• Pandangan mata:
– melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut terlibat dan enghargai teman bicaranya dengan
kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.

• Sentuhan:
– proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.

• Gaya tubuh dan gaya berjalan:


– kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang

• Isyarat:
– isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara,sebagai keseluruhan komunikasi
merupakan ekspresi keadaan seseorang
• Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk
lambang-lambang bertulis atau grafik. Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej,berhubung
atau berkongsi maklumat. Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan
boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

• Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:

– fakta
– gaya
– laras
– pengolahan
– Bahasa

• Terdapat beberapa bentuk atau jenis jenis teks komunikasi bertulis, seperti:

– surat rasmi
– memo
– emel
– tulisan ilmiah
Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah
• Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

• Pemikiran kritis juga merupakan:

– proses pemerhatian pemerhatian yang aktif bagi mengumpul mengumpul


maklumat maklumat untuk menilai dan bertindak
– pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru
– pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian
– proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan
– suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya
• Kelebihan penggunaan pemikiran kritis:

– Untuk mengumpul seberapa banyak maklumat


– Menilai betul atau salah sesuatu idea
– Meningkatkan pemahaman dan keupayaan menggunakan
maklumat dengan lebih berkesan
– Membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat
– Membuat pertimbangan yang lebih rasional
Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki idea yang sudah sedia
ada.

Melalui pengurusan lisan individu berfikiran kritis mampu mencari:

– Di mana silapnya?
– Di mana salahnya ?
– Di mana kelemahannya?
– Di mana kebaikkannya ?
– Di mana kekuatannya ?
– Di mana yang tidak selaras ?
– Di mana yang bertentangan ?
– Adakah alasannya betul ?
– Adakah analisisnya tepat ?
– Adakah kesimpulannya memadai ?
• Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif,
analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan

• Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi
berdasarkan tujuan tertentu

• Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan
masalah akan menimbulkan keseronokan

• Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang
tidak menyenangkan

• Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya.
• Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak
• Ciri- ciri penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif:

– Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur,
serta membuat penilaian berjustifikasi.

– Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan,


menganalisis dan menilai perbincangan.

– Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif


– Kebolehan berfikir melangkaui batas.

– Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.

– Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap


tanggungjawab yang diberikan.

– Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran
kerja yang baru.

Anda mungkin juga menyukai