Anda di halaman 1dari 24

RANCANGAN TAHUNAN/ SEMESTER/MINGGUAN

KOMPONEN DALAM RPH


PENDAHULUAN
 Guru perlu membuat perancangan utk sesi
pengajarannya.
 Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kpd
keputusan yg dibuat mengenai mengelola, melaksana
& menilai pengajaran. Burden & Byrd (1999),
 Proses guru membuat keputusan tentang cara
memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran
yang dapat memaksimumkan pencapaian serta
kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995).
 Perancangan pengajaran merupakan keputusan yang
harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang
hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya
dapat difahami pelajar. (Esah Sulaiman, 2004),.
 Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai
rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal
dalam satu jangka masa tertentu.

 Kepentingan Perancangan Pengajaran

 Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi


kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar.
 Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat
menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap
pelajaran. Topik – topik yang penting dalam peperiksaan akan
diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan
dengan lebih teliti.

 Memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru
sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada
guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru
agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan
lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat
memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang
telah ditetapkan mengikut perancangan.
 Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan –
bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran
mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan
bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan
menepati kehendak kurikulum yan g telah ditetapkan

 Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan,


pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem.
Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat
dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam
setiap subjek yang ingin diajar.
Jenis Perancangan Pengajaran
 Perancangan pengajaran terbahagi kepada
 perancangan pengajaran tahunan
 perancangan pengajaran mingguan dan
 perancangan pengajaran harian....

• Bagi menyediakan rancangan pengajaran ini, guru


perlu membuat persiapan yang sepatutnya .
Langkah Penyediaan Perancangan Pengajaran
 Langkah pertama setelah mengetahui subjek yang
perlu diajar, guru perlu menyenaraikan minggu
persekolahan mahupun minggu pengajian selama
setahun.
 Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh guru
ialah guru perlu mengenalpasti hari cuti awam dan
cuti persekolahan. Ini adalah bertujuan bagi
memastikan pengajaran tidak terganggu dengan
kehadiran cuti awam dan cuti persekolahan serta guru
dapat mencapai objektif pengajaran tepat pada masa
yang ditentukan.
 Guru juga perlu menyemak jadual pengajaran dan
membuat pengiraan waktu mengajar bersih
dalam tempoh setahun waktu persekolahan.

 Langkah terakhir perlu dilakukan oleh guru


dalam menyediakan perancangan pengajaran
adalah merancang aktiviti yang ingin dijalankan
dan mengenalpasti waktu yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti tersebut.
ASPEK –ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM
PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN
 Meneliti Sukatan Pelajaran /Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Sukatan pelajaran terdiri daripada matlamat, objektif


organisasi dan kandungan kurikulum mata pelajaran
berkenaan. Huraian sukatan pelajaran haruslah dinilai dan
dijadikan sebagai rujukan oleh guru bagi menerangkan dan
memperjelaskan perkara-perkara yang terkandung dalam
sukatan pelajaran.


Mentafsir DSKP / Sukatan Pelajaran
 Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang

mengandungi susunan topik-topik yang disediakan untuk sesuatu

mata pelajaran.

 Ia mempunyai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK).

 Terdapat kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-

kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap mata

pelajaran.

 Guru perlu merancang strategi PdP utk dptkan HP yg opuimam


 Guru seharusnya dapat menguasai kemahiran merancang
rancangan kerja berdasarkan penelitian dan pentafsiran
sukatan pelajaran yang telah diluluskan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran seperti unit-
unit pembelajaran, objektif-objektif pengajaran dan
kemahiran-kemahiran yang ingin dicapai. Strategi dan
aktiviti pengajaran pembelajaran yang akan digunakan
haruslah bersesuaian dengan minat dan tahap keupayaan
pelajar.
 Selain itu, penggunaan sumber serta bahan pengajaran
haruslah juga dirancang dan disediakan memandangkan ia
yang merupakan alat bantu mengajar yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Menyediakan Rancangan Kerja

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk


menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, alat
bahan bantu mengajar (ABBM) agar pengajaran
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Menyediakan Rancangan Mengajar
Bagi memulakan sesuatu pengajaran, guru harus menyedia
dan merancang persediaan mengajar sebelum sesi
pengajaran bermula. Persediaan mengajar haruslah dibuat
lebih kurang sehari sebelum pengajaran supaya guru lebih
bersedia dan yakin dengan pendekatan, kaedah, teknik
serta bahan dan alat yang digunakan.
KESIMPULAN

Oleh itu, perancangan tahunan/mingguan


/RPH merupakan satu kaedah yang sistematik
dan berkesan bagi melahirkan guru yang
cemerlang selaras dengan profesion keguruan
yang mana dokumen rasmi tersebut akan
dirujuk dan disemak oleh pihak pengurusan
sekolah dan pegawai Jabatan Pendidikan.
Komponen dalam RPH
 - Tema/Tajuk
 - Kemahiran/Fokus
 - Pengetahuan sedia ada
 - Standard kandungan
 - Standard pembelajaran
 - Objektif pembelajaran
 - Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
 - KBAT
 o I think
 o HOM
 o KBKK
TEMA/ TAJUK
 Tajuk atau tema merupakan topik yang akan diajar
pada hari berkenaan

 Tema dan tajuk dapat dikenal pasti berasaskan


rancangan pengajaran tahunan dan rancangan
mingguan.

 Perlu ditulis secara spesifik


KEMAHIRAN / FOKUS
 Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah
Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan
asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan
tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini.
 Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina
kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu
peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid
dapat membuat perbandingan tentang pengalaman
manusia dan seterusnya berupaya memahami diri
mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah
masyarakat.
 Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan
perasaan cinta akan negara dan perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia.
 Untuk bahagian ini boleh dimasukkan
penyataan tentang fokus bagi setiap tajuk seperti
mana yang terdapat dalam DSKP.

 Setiap tajuk mengandungi fokus yang berkaitan


dengan standard kandungan dan standard
pembelajaran
 Sebagai contoh untuk tajuk Warisan Negara kita,
fokus untuk topik ini ialah :
- institusi Raja
- Agama Islam
-Bahasa Melayu
KEMAHIRAN
 Kemahiran yang boleh dikuasai pelajar meliputi
kemahiran isi kandungan
kemahiran pemikiran sejarah
Keusahawanan
KBAT
Standard Kandungan
 Standard Kandungan - Pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
 standard ini berkaitan dengan tajuk dan sub
tajuk atau isi kandungan tajuk tersebut.
Standard pembelajaran
 Standard Pembelajaran pula merujuk pada suatu
penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan
 Standard ini adalah berkaitan dengan hasil
pembelajaran bagi setiap tajuk / topik yang
terdapat dalam DSKP mengikut tahun
persekolahan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
 Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada
pelajar bagi memudahkan perancangan dan
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran .
 Guru boleh mengemukakan soalan untuk mengetahui
sejauh mana pengetahuan murid tentang tajuk yang
akan diajar.
 Pembelajaran yang lepas juga boleh menjadi bukti tahap
pengetahuan yang ada pada pelajar.
Objektif pembelajaran
 Ini merupakan penyataan tentang hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh
pelajar pada akhir pengajaran
PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
 Proses mendapatkan maklumat tentang sejauhmana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
• Pentaksiran berasaskan sekolah juga boleh
dilaksanakan sepertimana yang ditetapkan oleh
Lembaga
Peperiksaan
KBAT
 Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin
tahu,berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan.
 Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai
 kemahiran memimpin,
 kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti
 sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir
 Guru perlu memasukkan elemen KBAT di
dalam rancangan pengajarannya

 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan


untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

 KBAT adalah merujuk kepada kemahiran


mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
 Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap
kurikulum mata pelajaran.