Anda di halaman 1dari 14

7.

5 Kuasa

Disediakan oleh:
Cikgu Ong
SMK Rantau
Kuasa

1. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan.


2. Dalam unit S.I., kuasa disukat dalam unit joule sesaat
(J/s atau J s1) atau watt (W).
3. Satu watt ialah satu joule kerja yang dilakukan dalam
satu saat.

1 joule sesaat (J/s) = 1 watt (W)


1 kilo watt (kW) = 1000 watt (W)
4. Kuasa menunjukkan tahap kecepatan kerja dilakukan.
5. Oleh itu, kuasa dapat dikira daripada formula.

Kerja yang dilakukan (J)


Kuasa (W) =
Masa (s)

6. Formula ini menunjukkan bahawa semakin cepat sesuatu


kerja dilakukan, semakin besar kuasanya.
Contoh:
1. Kerja = 200J 2. Kerja = 200J
Masa = 10s Masa = 20s
200J 200J
Kuasa (W) = Kuasa (W) =
10s 20s
= 20W = 10W
Ujidiri

1. Kirakan kuasa yang dilakukan oleh kipas sekiranya ia


melakukan kerja 5000 J dalam masa 25 saat.

5000J Kerja = 5000 J


Kuasa (W) =
25s Masa = 25 saat
= 200 W

2. Berapakan kuasa yang dilakukan oleh mesin basuh jika ia


berupaya melakukan kerja 120 KJ dalam masa 2 minit.

120 000J Kerja = 120 KJ = 120 000J


Kuasa (W) =
120s Masa = 2 minit = 120 saat
= 1000 W
3. Apakah perbezaan antara kerja dengan kuasa?
Kerja ialah hasil darab daya dengan jarak objek yang
bergerak mengikut arah daya
Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan

4. Rajah 1 menunjukkan suatu situasi di tempat pembinaan.


(a) Hitungkan kerja yang
dilakukan oleh kren
untuk mengangkat
beban itu.
(b) Hitungkan kuasa
jentera kren yang
mengambil masa 2
minit untuk mengangkat
beban ke atas lori.
(a) Daya = 8000 N
Jarak = 3 m

Kerja = Daya  Jarak


= 8000 N  3 m
= 24 000 Nm
(atau 24 000 J)
= 24 KJ

(b) Kerja = 24 000J


Masa = 2 minit = 120 saat

24 000J
Kuasa (W) =
120s
= 200 W
Kepentingan Daya dalam Kehidupan

Berikut merupakan masalah yang akan dihadapi dalam


kehidupan harian sekiranya daya tidak wujud.

1. Buah kelapa tidak akan 2. Pintu tidak dapat dibuka


jatuh tanpa daya graviti. tanpa daya tarikan.
3. Kereta dapat bergerak
tanpa tergelincir dengan
adanya daya geseran.

4. Air tidak dapat dialirkan


tanpa daya untuk
memusingkan pili.
5. Kilat tidak akan terhasil
tanpa daya elektrostatik.

6. Kompas tidak dapat


berfungsi tanpa daya
magnet.
Ingat Semula
1. Daya ialah tolakan atau tarikan.
2. Daya boleh menyebabkan perubahan:
(a) bentuk.
(b) kedudukan.
(c) kelajuan.
(d) arah gerakan.
3. Jenis daya termasuk:
(a) daya geseran.
(b) daya graviti.
(c) daya elektrostatik.
(d) daya magnet.
4. Daya geseran menentang pergerakan.
5. Daya graviti menyebabkan semua jasad jatuh dan
mempunyai berat.
6. Daya elektrostatik wujud apabila cas-cas pada objek
yang berlainan saling menarik atau menolak.
7. Daya magnet wujud sebagai daya tarikan atau tolakan
antara kutub-kutub magnet yang berlainan atau sama.
8. Unit S.I. bagi daya ialah newton (N).
9. Daya boleh diukur dengan menggunakan neraca spring.
10. Neraca spring beroperasi dengan menggunakan
pemanjangan spring.
11. Pemanjangan dan pemampatan spring berkadar terus
dengan magnitud daya.
12. Geseran bertindak ke arah yang bertentangan dengan
arah daya tindakan.
13. Daya geseran terhasil apabila dua permukaan
bersentuhan.
14. Magnitud daya geseran bergantung pada jenis
permukaan.
15. Semakin kasar permukaan yang bersentuhan, semakin
besar daya geseran.
16. Kebaikan dan keburukan geseran termasuk
(a) melambatkan, memulakan, atau menghentikan
pergerakan.
(b) menghauskan permukaan-permukaan yang
bersentuhan.
(c) membolehkan pergerakan supaya tidak tergelincir.
17. Geseran dapat dikurangkan dengan
(a) melicinkan permukaan yang bersentuhan dengan
minyak.
(b) menggunakan bebola, roda, rod guling, dan lapisan
udara.
18. Daya membolehkan kerja dilakukan.
19. Kerja dilakukan apabila sesuatu objek dipindahkan dari
satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut arah daya
itu.
20. Unit S.I. bagi kerja ialah joule (J).
21. Formula kerja:
Kerja (J) = Daya (N)  Jarak (m)
22. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan.
23. Unit S.I. kuasa ialah watt (W).
24. Formula kuasa:
Kerja yang dilakukan (J)
Kuasa (W) =
Masa (s)

Anda mungkin juga menyukai