Anda di halaman 1dari 31

SMK CONVENT TAIPING

Sekolah Kluster Kecemerlangan

SEMINAR STRATEGI
BELAJAR CEMERLANG
TINGKATAN 1/2014
DISAMPAIKAN OLEH
PN. NURUL HUDA BT YAHAYA
KAUNSELOR PELAJAR
TEKNIK MENJADI
PELAJAR
CEMERLANG
HALANGAN
KEPADA
KECEMERLANGAN
1. MATLAMAT YANG TIDAK JELAS
Menyebabkan pelajar tidak tahu apa yang mahu dicapai
dalam hidup mereka.
Menyukarkan seseorang itu bergerak dan bertindak
Bagi pelajar yang mempunyai matlamat, segala gerak kerja
dan usaha diatur. Ini kerana, mereka tahu apa yang
diinginkan.
Matlamat sama ada matlamat jangka pendek ataupun
matlamat jangka panjang, kedua-duanya berupaya
mengubah hidup seseorang.
Kehidupan seseorang pelajar yang bosan dengan rutin
hariannya berubah menjadi gaya hidup yang lebih bertenaga
apabila dia meletakkan satu-satu matlamat dalam hidupnya!
2. TIADA CITA-CITA
Menyukarkan pelajar menentukan masa hadapannya
sendiri.
Diri terumbang-ambing kerana tidak tahu apa yang
perlu dilakukan.
Tidak mempunyai sebarang bentuk ransangan dan
dorongan dalam dirinya.
Perlu bijak membezakan di antara CITA-CITA dan
ANGAN-ANGAN.
Berangan-angan tanpa usaha bersungguh-sungguh
adalah satu perbuatan yang membuang masa.
3. TIDAK PANDAI MENGURUS DIRI
Melibatkan pengurusan pakaian, perkataan dan
perbuatan.
Mesti belajar mengemas bilik sendiri, biliknya perlu
bersih kerana ia tempat belajar dan berehat.
Menjaga kesihatan diri supaya sentiasa bersih. Mesti
tahu menjaga penampilan diri kerana penampilan diri
yang tidak kemas akan menyebabkan rasa rendah diri
yang tinggi.
Pelajar yang tidak mampu mengurus diri dengan baik
mengalami kesukaran bergaul dengan orang sekeliling.
4. TIDAK PANDAI MENGURUS MASA
Mengakibatkan pelajar berada dalam kesukaran dan
tidak dapat melakukan satu-satu perkara dengan
sempurna.
Pelajar yang tidak mempunyai jadual harian sering
mendapati mereka terperangkap dalam kesibukan.
Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar sukar
mendisiplinkan diri.
Pelajar tidak dapat meletakkan keutamaan perkara
yang perlu dilakukan kerana mereka tidak mempunyai
perkara-perkara yang dilakukan pada satu-satu masa.
5. MALAS BELAJAR!
Penyakit MALAS meletakkan kegagalan lebih dekat
menghampiri pelajar.
Mengakibatkan pelajar ketinggalan dalam pelbagai
aspek yang diceburinya.
Sikap MALAS berpunca daripada pelbagai faktor.
Antaranya;
 Kesukaran menerima dan mengikuti pelajaran, benci
ataupun bosan bersekolah
 Belajar dalam keadaan terpaksa (ibu bapa dan guru)
 Tiada motivasi
6. KURANG BERMOTIVASI
Ketiadaan ataupun kurangnya motivasi dalam diri pelajar
memberikan impak yang besar kepada pembelajaran
mereka.
Pelajar yang tidak bermotivasi biasanya;
 Tidak minat ke sekolah
 Malas belajar
 Tidak bersemangat dalam menimba ilmu
 Melakukan tugasan hanya apabila disuruh dan dimarahi
 Tidak bersemangat mahu belajar kerana tiada sebarang
dorongan wujud dalam diri mereka.
 Sentiasa leka, hanyut tanpa arah tujuan, tenggelam punca dan
tidak sedar tanggungjawab yang patut dilaksanakan.
7. LEMAH KEMAHIRAN BELAJAR
Pelajar menghabiskan masa yang lama bagi
mengulangkaji tetapi masih tidak cemerlang kerana
kelemahan ilmu pembelajaran yang berkesan.
Cara pembelajaran yang kurang berkesan
menyebabkan masa yang lama dihabiskan untuk
belajar tidak memulangkan hasil yang berbaloi
Penguasaan dan amalan pembelajaran bestari
membantu menghasilkan keputusan yang lebih
cemerlang dengan mudah dan tidak membebankan
pelajar.
8. PENGARUH RAKAN SEBAYA
Mempunyai pertalian yang kuat ke atas pembentukan
minda, sikap dan sahsiah pelajar.
Pengaruh rakan sebaya dilihat lebih mudah meresap
dengan cepat kepada remaja.
Remaja sering hanyut, terjerumus dan mempunyai
kecenderungan melakukan perbuatan negatif kerana
terdorong dan terpengaruh oleh rakan sebaya.
Rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar pada
jatuh bangunnya seorang pelajar. Pilihan terletak di
tangan pelajar untuk memilih jenis rakan sebaya yang
tepat dan sesuai.
9. SERING MENONTON TV/INTERNET
Pelajar menghabiskan masa yang banyak bagi menonton
tv /internet tanpa mengira waktu.
Kegemaran menonton tv/internet sepanjang masa
menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran yang lebih
penting.
Fenomena ini mengakibatkan waktu tidur pelajar
semakin kurang dan mengantuk keesokkan harinya
sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian di
dalam kelas.
Ia kesan daripada otak yang tidak cukup rehat
sepenuhnya.
10. TIADA INISIATIF
Kebiasaannya, pelajar sering meletakkan kesalahan
kepada orang lain sebagai punca kegagalan mereka.
Golongan pelajar seumpama ini tidak mempunyai
sebarang inisiatif mahu menjadikan proses
pembelajarannya menjadi lebih mudah dan berkesan.
Pelajar hanya berharap kepada bantuan individu lain
bagi belajar.
Kekurangan nota, bahan ulangkaji dijadikan sebab
pelajar tidak dapat belajar dengan sempurna sedangkan
mereka boleh mencari inisiatif lain seperti meminjam
dari perpustakaan, sekolah ataupun rakan-rakan.
11. BERPANDANGAN NEGATIF DAN
BERFIKIRAN SEMPIT
Pelajar ini sukar maju dan mudah terkongkong dalam
situasi yang pasif. Ini kerana, sikap negatif itu menjadi
penghalang utama bagi menjana kejayaan.
Perasaan rendah diri dan tidak yakin ataupun tidak
percaya dengan kemampuan diri sendiri sering
menyebabkan pelajar ketinggalan dalam semua bidang
yang diceburi.
Berpandangan negatif menjadikan pelajar menyerah
kalah sebelum berusaha.
Takut gagal, takut tidak mampu, tidak pandai seperti
rakan lain menyebabkan pelajar berasa rendah diri.
12. JARANG/KURANG BERDOA
Pelajar jauh daripada amalan-amalan ibadat.
Tidak mempunyai rasa bergantung kepada Tuhan.
Menyebabkan pelajar menjadi mudah kecewa apabila
ditimpa kegagalan.
Amalan berdoa seperti bermunajat, solat hajat, solat
sunat istikharah, membaca Surah Yassin dan
sebagainya adalah penting dalam dunia pendidikan
pelajar Islam.
13. TIDAK KENAL KEHEBATAN DAN
POTENSI DIRI
Pelajar sering berasa yang diri mereka penuh dengan
kelemahan berbanding rakan-rakan lain.
Berasa kurang pandai, kurang bijak dan rendah diri
menjadi pelajar tidak mahu berusaha dan hanya
bergantung kepada takdir dan nasib sahaja.
Kegagalan pelajar mengenal pasti kehebatan dan
potensi diri menyukarkan pelajar berjaya dengan
cemerlang.
Pelajar sepatutnya sedar betapa setiap insan yang
diciptakan tidak lari daripada mempunyai kelebihan
dan kelemahan dalam pelbagai perkara.
14. TIDAK MINAT MENBACA
Apabila seseorang pelajar itu tidak gemar membaca
dan gagal menanamkan budaya itu dalam hidupnya,
maka sebuah jambatan ke arah ilmu pengetahuan
sudah pun musnah dengan sendirinya
Tabiat tidak gemar membaca meletakkan pelajar
dalam situasi yang sukar bagi menyuburkan
pembudayaan ilmu.
Kebanyakan pelajar mudah menganggap membaca
adalah satu perbuatan yang sungguh membebankan
dan membosankan.
SIFAT DAN SIKAP
PELAJAR CEMERLANG
1. BERMATLAMAT DAN
BERCITA-CITA TINGGI
Memudahkan pelajar mengatur gerak kerja selari
dengan matlamat dan cita-citanya.
Pelajar perlu mempunyai cita-cita yang tinggi bagi
melakukan satu-satu perkara supaya ia dilakukan
dengan penuh kesungguhan bagi mencapai keinginan
itu.
Sejauh mana kuatnya hasrat pelajar itu bagi mencapai
cita-citanya, memangkinkan pelajar supaya mampu
menggembleng sepenuh usaha bagi tujuan itu.
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
2. BIJAK MENGURUS MASA
Pelajar yang bijak mengurus masa adalah pelajar yang
mengisi masanya dengan perkara yang bermafaat dan
berkualiti.
Masanya diisi dengan perkara-perkara berfaedah
sahaja.
Paling utama adalah peranan dirinya sebagai seorang
pelajar dan diikuti dengan aktiviti lain yang tidak
kurang keutamaanya.
Pengurusan masa yang bijak menjamin pelajar
menjalani kehidupan hariannya dengan lebih yakin
dan teratur disebabkan setiap saat yang dimilikinya
dimanfaatkan sebaik-baiknya.
3. BELAJAR MENGIKUT JADUAL
Pelajar berjiwa cemerlang sentiasa mempunyai
perancangan serta waktu yang tetap supaya belajar bagi
menyenangkan dan mendisiplinkan dirinya.
Pelajar digalakkan merangka satu jadual belajar yang
teratur dan seimbang bagi setiap tanggungjawabnya.
Jadual yang dirangka pula perlu realistik, relevan dan
sejajar dengan kesesuaian dan kemampuan seseorang
pelajar.
Elakkan daripada menangguh tugas dan
tanggungjawab. Gunakan masa yang diperuntukkan
bagi melakukan kerja UTAMA sehingga kepada kerja
KURANG UTAMA yang lain.
4. BELAJAR SECARA KONSISTEN
Pembelajaran sempurna dan berterusan yang bermula
sejak dari awal, pastinya mampu menjamin
kecemerlangan dalam bidang akademik.
Proses mengulang kaji pelajaran sebaik-baiknya perlu
dimulakan oleh pelajar sejurus selepas guru
memulakan pengajaran daripada topik yang pertama
sehinggalah bab yang terakhir.
Mengulang kaji pelajaran dan membuat nota dengan
lebih awal adalah penting dan perlu. Ini
memandangkan pada saat inilah ingatan dan
kefahaman seseorang pelajar masih kuat dan segar
pada pelajaran yang baru.
5. TINGGI KEYAKINAN DIRI
Keyakinan meraih keputusan yang cemerlang
mendorong pelajar bagi terus berusaha dengan lebih
kuat, cekal dan penuh berdedikasi.
Keyakinan diri memperlihat semangat tidak mudah
menyerah kalah dengan setiap rintangan yang
dihadapi pelajar. Begitu juga dengan sebarang bentuk
kegagalan yang diterimanya dalam perjuangannya
sebagai pelajar.
Pelajar perlu menanamkan rasa yakin dalam dirinya
bahawa dia mampu menjadi pelajar cemerlang
sebagaimana rakan-rakan yang lain.
6. KESEIMBANGAN PERIBADI
Seorang pelajar cemerlang mempunyai keperibadian
yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupannya
termasuklah keperibadian diri yang tinggi, hubungan
dengan Tuhan ataupun hubungan sesama insan yang
erat dan sebagainya.
Pelajar yang cemerlang juga mampu memberikan
komitmen yang tinggi pada bidang akademik serta
bersemangat melaksanakan tugas-tugas lain dengan
penuh iltizam dan bertanggungjawab.
7. RAJIN BERUSAHA
Sikap rajin berusaha yang terdapat dalam diri
seseorang dapat dizahirkan melalui gerak kerja mereka
dalam setiap usaha yang dilakukan.
Pelajar yang rajin berusaha tidak hanya bergantung
harap hanya semata-mata kepada apa yang diajar guru.
Bahkan mereka mempunyai inisiatif mencari nota dan
bahan bacaan ataupun rujukan tambahan, selain
daripada yang didapati di dalam kelas.
Pelajar yang rajin berusaha tidak mudah berputus asa
dan kecewa walaupun menghadapi pelbagai halangan
dan kegagalan dalam usahanya itu.
8. MINAT YANG TINGGI DAN
MENDALAM
Memungkinkan sesuatu kerja itu dilakukan dengan
sempurna dan bersungguh-sungguh.
Minat bermaksud tertarik ataupun suka kepada
sesuatu perkara. Seseorang itu mampu melakukan apa
sahaja usaha tanpa sebarang bentuk tekanan dan
paksaan daripada pihak lain kerana didorong perasaan
minat yang mendalam.
Pelajar yang memiliki minat mendalam kepada
sesuatu perkara/pelajaran boleh dikatakan sebagai
sudah mencapai satu kemenangan pada tahap terawal.
Pelajar sanggup berkorban dengan tidak menonton
tv/internet, bersukaria bersama dengan rakan semata-
mata kerana minat yang tinggi bagi menuntut ilmu.
9. PERASAAN INGIN TAHU YANG TINGGI
Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
mampu menguasai sesuatu perkara dengan cepat dan
mudah kerana sifat ini mendorong mereka mencari
banyak maklumat mengenai sesuatu perkara itu.
Pelajar sebegini biasanya kerap mengajukan soalan
kepada guru supaya mereka lebih jelas dan memahami
mengenai teori, konsep, formula ataupun aplikasi bagi
sesuatu subjek.
Pelajar ini sentiasa berada ke hadapan berbanding
dengan pelajar yang tidak gemar bertanya ataupun
tiada inisiatif mendapatkan maklumat. Ini disebabkan
mereka mempunyai kefahaman yang tinggi pada
sesuatu perkara hasil sifat ingin tahu dalam dirinya.
10. DAYA JUANG YANG TINGGI
Daya juang yang tinggi bermakna berusaha sedaya
upaya dengan penuh keazaman dan tanpa mengenal
erti putus asa dalam menempuhi pelbagai halangan
bagi berjaya.
Ia juga bermaksud tidak mudah tunduk dengan segala
kegagalan meskipun sudah berusaha.
Pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi tidak
pernah jemu berusaha demi mencapai kejayaannya.
Bagi memastikan segala hasrat yang dicita-citakan
menjadi kenyataan dan bukan sekadar angan-angan,
beliau mengatur gerak kerja yang lebih berkesan.
11. HORMAT KEPADA GURU
Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mampu
menjalinkan hubungan baik dengan guru-guru
mereka. Hubungan baik ini mampu memberikan
manfaat kepada kedua-duanya.
Pelajar mendapat penerangan dan kefahaman yang
lebih mengenai pelajaran sementara guru pula dapat
memperbaiki teknik dan meningkatkan cara
penyampaian mereka supaya menjadi lebih baik.
Pelajar yang cemerlang juga sentiasa mengenang budi
dan jasa guru-gurunya.
Guru umpama lilin yang membakar diri menerangi
orang lain, sanggup berkorban demi menerangi
pelajar-pelajarnya dengan ilmu pengetahuan.
12. MENERIMA & MENDENGAR NASIHAT
Pelajar yang mudah dan suka mendengar nasihat akan
menjalani kehidupan yang lebih mudah dan berkesan.
Sifat terbuka dalam menerima nasihat dan teguran
sering mengingatkannya supaya lebih berhati-hati
dalam setiap perbuatan dan tindak tanduknya.
Pelajar seumpama ini biasanya sedikit melakukan
kesilapan lantaran sudah mendapat gambaran awal
mengenai sesuatu tindakan.
Nasihat & tunjuk ajar daripada orang yang lebih
berpengalaman menjadi faktor penting bagi menjana
penghasilan pelajar cemerlang.
Bentuk nasihat yang diberikan tidak semestinya
berkaitan dengan soal akademik semata-mata.
13. MENDAMPINGI ORANG YANG BERJAYA
Pelajar perlu menteladani dan mendampingi orang-orang
yang berjaya bagi mengetahui cara ataupun rahsia kejayaan
mereka.
Pelajar perlu mencontohi semangat mereka dalam usaha
menjadi seorang individu yang cemerlang.
Lazimnya mereka yang berjaya mempunyai strategi atau
teknik tertentu bagi memperoleh kejayaan.
Tidak ada ruginya kita berdampingan dengan golongan
yang berjaya ini. Bahkan kita lebih beroleh manfaat yang
berguna buat diri kita.
Sikap segan dan malu bertanya kepada orang yang sudah
berjaya hanya membuatkan kita rasa lebih menyesal
selepas kesempatan itu gagal direbut dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai