Anda di halaman 1dari 15

PENGUJIAN YANG DILAKUKAN

TERHADAP MOTOR
Antara pengujian yang sering dilakukan kepada motor adalah:

1. Mengukur rintangan penebat motor


2. Pengujian pada gelung yang berlitar pintas
3. Pengujian imbangan arus
4. Pengujian mengukur kelajuan motor
MENGUKUR RINTANGAN PENEBAT MOTOR
• Ujian ini bertujuan untuk :

1. Memastikan tiada arus bocor di antara pengalir bertebat


2. Tiada kebocoran berlaku ke bumi
3. Tiada kebocoran pada mana-mana bahagian logam motor

• Alat yang digunakan adalah Insulation Tester Meter

• Jangkaan perlaksanaan : 1 tahun


Voltan litar terendah Voltan ujian Rintangan penebatan
(volt) (volt) minimum
(megaohm)
Kurang 500 V 500 0.5
Melepasi 500 V 1000 1.0

Insulation Tester Meter


• Pengalir yang perlu di uji :

1. Antara fasa merah dan kuning


2. Antara fasa kuning dan biru
3. Antara fasa biru dan merah
4. Antara fasa merah dan neutral
5. Antara fasa kuning dan neutral
6. Antara fasa biru dan neutral
7. Antara fasa merah dan bumi
8. Antara fasa kuning dan bumi
9. Antara fasa biru dan bumi
10. Antara neutral dan bumi
UJIAN UNTUK GELUNG YANG BERLITAR PINTAS

• Ujian ini bertujuan untuk menguji gelung atau belitan pada stator dan
rotor sama ada terdapat litar pintas pintas ataupun tidak.

• Gelung-gelung yang berlintar pintas atau terbuka pada rotor dan


stator boleh dikesan dengan cara keterusan (continuity).

• Jangkaan perlaksanaan : 1 tahun


• 1. MENGUJI DENGAN MENGGUNAKAN GROWLER MACHINE

Alat Growler mengandungi yoke dan lilitan gelung yang diuji melalui
bekalan luar AC.

Yoke Growler tadi diletakkan melintang pada lurah Stator atau Rotor
yang mengandungi gelung yang sedang diuji.

Gelung yang ada pada Growler bertindak sebagai gelung prima seperti
di dalam alat ubah dan gelung yang sedang diuji bertindak sebagai
gelung Sekunder.
Growler
Machine

Jika arus tersebut dibiarkan mengalir seketika, gelung yang rosak akan
dikesan dengan mudah,iaitu hanya membuat sentuhan pada bahagian
yang panas, kerana ianya mengeluarkan haba
• 2. MENGUJI TANPA MEMISAHKAN ROTOR DAN STATOR

Sambungkan rotor pada stator secara siri.

Bekalkan voltan yang rendah (25% dari kadar voltan sebenar) kepada rotor

Putarkan rotor perlahan-lahan menggunakan tangan

Perhatikan bacaan pada ammeter sekiranya terdapat perbezaan arus di


dalam gelung stator.

Jika terdapat perbezaan arus sebanyak 3%, ini menunjukkan bilah-bilah


pengalir atau gelung dalam rotor putus.
UJIAN IMBANGAN ARUS
• Ujian imbangan arus bertujuan untuk memastikan arus pada setiap
fasa motor adalah sama atau seimbang.

• Peralatan utama yang digunakan adalah ammeter jenis kepit (clamp


on meter).

• Jangkaan perlaksanaan : 6 bulan


• Setiap fasa akan diambil bacaan arusnya.

• Jika terdapat satu fasa yang tinggi arusnya, ini bermakna lilitan dalam
fasa tersebut berlitar pintas.

• Jika ketiga-tiga Ammeter tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi


pada ketiga-tiga fasa tetapi bacaan sama, ini menunjukkan motor
tersebut berfungsi pada beban yang berlebihan
UJIAN MENGUKUR KELAJUAN
• Ujian ini bertujuan untuk menguji kelajuan motor.

• Sekiranya terdapat perbezaan di antara kelajuan motor yang di catat


dengan kadar kelajuan yang sepatutnya, ini menunjukkan motor
berfungsi pada beban yang tidak sepatutnya (beban berlebihan) atau
terdapat kerosakan pada motor.

• Jangkaan perlaksanaan : 3 minggu dan 6 bulan


• Alat penguji kelajuan motor adalah Tachometer yang menggunakan
unit rpm (rotation per minute)

• Kelajuan motor boleh diuji menggunakan laser ataupun menyentuh


Tachometer pada motor.
SEKIAN