Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang
sangat kuat. Kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu.
Pengimejan dan menggambaran berkait rapat antara satu sama lain untuk
menghasilkan sesuatu imaginasi.Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan
perkara yang kita lihat atau dengar. Kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk
membantu proses pembesaran mereka.Imaginasi memberi impak yang besar
kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan, Kanak-kanak
kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.
IMAGINASI
Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti
seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi,
membentuk arca dan sebagainya. Beri galakan dan sokongan kepada kanak-kanak
disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandaskan
budaya setempat dan tidak bertentangan dengan agama. Kanak-kanak yang
berfokus akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang baik.
MENINGKATKAN DAYA IMAGINASI KANAK-KANAK
Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya
imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk
meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah
menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik
rangsangan yang dapat melipat gandakan daya imaginasi kanak-kanak
agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula
akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
kreatif, mencipta serta mereka cipta sesuatu benda yang baru ataupun
media-media yang baru sesuai dengan keperluan mereka.
MENINGKATKAN DAYA IMAGINASI KANAK-KANAK
Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan
imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna
mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana
serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini,
kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu
yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan
sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu
bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu
meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih
dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat
dilakukan kepada hasil seni mereka.
MENINGKATKAN DAYA IMAGINASI KANAK-KANAK
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsangdaya imaginasi mereka.
Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual?
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong
dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di
kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula
menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima
bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan
pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan
data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran
yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen
(divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan
bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi
sesuatu tindakan.
Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah
pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah
penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif
murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.
PENGERTIAN KREATIVITI
Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini, berikan takrifan anda sendiri tentang kreativiti.
Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativiti seseorang individu?
Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca
daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh
akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare”
yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud
“memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta
daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir.
Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji
mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran
menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan ‘kreatif’ biasanya
mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap
mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim
Hassan, 2003).