Anda di halaman 1dari 12

Model

Tyler

UP : DR AHMAD BIN ZAINAL

PEMBENTANGAN OLEH :

NADIRAH BINTI ROSLI


NOOR ATIKAH BINTI ALLIAS
Model Tyler (1949)

Menurut Tyler (1949), kurikulum ialah segala


pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai
matlamat pendidikan yang ditentukan.

Kurikulum merangkumi objektif pendidikan termasuk


segala pengalaman yang dirancang dan penilaian
pelajar.
Menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan
kurikulum

Menganggap pendidikan sebagai alat untuk mencapai suatu


tujuan.

Mengikut Tyler(1949), tujuan sebenar pendidikan ialah untuk


membawa perubahan dalam tingkah laku pelajar.
Ralph W. Tyler.
Tujuan pendidikan (hasil pembelajaran)
hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum
kaedah pengajaran.

Model ini semata-mata berfokuskan kepada


pencapaian tujuan pendidikan sahaja.
1902-1994
Komponen-komponen lain seperti kandungan, (Meninggal dunia
pengurusan dan penilaian dianggap sebagai akibat barah)
sekunder dalam proses pengajaran
1.Objektif
Apakah Objektif yg Dicapai

2. Pengalaman Pembelajaran 4. Penilaian


(Bagaimana memilih) (Bagaimana Keberkesanan
pengalaman dinilai)

Ralph Tyler
(1902-1994)

3. Menyusun Pengalaman
Pembelajaran untuk
Pengajaran
(Bagaimana menyusun
pengalaman untuk
pengajaran berkesan)

“kurikulum ialah segala pengalaman yang diarah, dirancang, dikelola dan


dilaksnakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang
ditentukan”.
• Menurut W.Tyler, sesuatu pengajaran atau pendidikan
diberikan perlu dimulakan dengan menetapkan objektif
pengajaran tersebut.

• Tujuannya adalah dapat merujuk kepada objektif atau hasil


pembelajaran dan berdasarkan keperluan murid.

• Kandungan yang terdapat dalam pengajaran mestilah


spesifik, bersifat eksplisit, berlandaskan falsafah pendidikan
serta berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

• Pengurusan pula membawa maksud kaedah pengajaran


dijalankan atau diberikan. Ini perlu mengadungi pemilihan
isi kandungan dan pengalaman pembelajaran yang sejajar
dengan tujuan pendidikan.
• Penilaian pula boleh menggunakan bentuk atau model
penilaian yang sesuai seperti CIPP (Content, Input,
Process, Product)

• Model Tyler lebih mementingkan kurikulum yang


berpusatkan kepada tujuan pendidikan yang ditentukan
oleh penggubal kurikulum.

• Oleh itu, guru dan murid tidak berpeluang untuk


mengesyorkan kandungan yang hendak dipelajari dan
bagaimana untuk dipelajarinya.
KELEBIHAN
Bersistematik : menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar
kandungan dan tatacara dapat di sepadukan serta dinilai

Logik dan diterima kerana kesesuaian dalam penyusunan aras


kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan
objektif pengajaran

Memberi penekanan kepada penglibatan pelajar dan akan


melahirkan pelajar yang berdikari.
KELEMAHAN
Terlalu tertakhluk kepada objektif (menghadkan objektif kurikulum). Kesannya,
menghalang guru untuk menyerlahkan kreativiti.

Terlalu linear yang mana tidak memberi kebebasan kepada guru untuk menyusun dan
mengolah bahan pengajaran

Terdedah dengan unsur luaran seperti pengaruh politik yang mudah memanipulasikan
Pendidikan. Impaknya, indidvidu yang bertanggungjawab dalam Pendidikan hilang kuasa
untuk membuat keputusan dalam menentukan hala tuju pembangunan Pendidikan
negara.

Terlalu terikat dengan mata pelajaran dan peperiksaan


PERBEZAAN ANTARA TYLER,
TABA & STENHOUSE
Model Tyler Taba Stenhouse
Ciri - Ciri

Merujuk kepada objektif

Berdasarkan keperluan murid

Pemilihan pengalaman pendidikan

Pemilihan strategi mengajar

Penilaian

Melibatkan interaksi antara guru,


murid dan ilmu yang disampaikan
KESIMPULAN

Setiap model mempunyai pandangan berbeza dalam


pembangunan kurikulum.

Secara ringkasnya model ini mudah, senang difahami,


diikuti,diimplementasikan dan menghasilkan maklumat
relevan yang diterima pihak tertinggi program.
RUJUKAN
Ralph W. Tyler, Basic Principles of Curriculum and Instruction,
University of Chicago Press, Chicago, 1949.

Crow, l. d. & Crow A. 1983. Psikologi pendidikan untuk


perguruan. (Terjemahan Habibah Elias) Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian


Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai