Anda di halaman 1dari 43

SAINS SUKAN

PENGKAEDAHAN SUKAN
(SPORT METHODOLOGY)
TEORI PEMBELAJARAN MOTOR
 PENGENALAN
 Jurulatih dikehendaki mengajar
kemahiran. Jika apa yg diajarnya
berasaskan konsep,prinsip atau fakta,
tentang bagaimana pembelajaran berlaku
(teori), pemain seharusnya belajar dengan
lebih berkesan dan cepat.
 Banyak teori pembelajaran kemahiran
sukan disesuaikan dari……
.
 1.Pembelajaran Kognitif
 2.Pembelajaran motor halus (pergerakan
otot kecil)
Ada beberapa teori pembelajaran motor
yg berasaskan pembelajaran motor
dinamik (pergerakan otot besar) yg lebih
relevan dengan pembelajaran kemahiran
sukan.
Teori Gentile telah dipilih sebagai panduan
kepada pengajaran kemahiran-kemahiran
sukan.
 OBJEKTIF:
Jurulatih akan memahami konsep-konsep
utama dalam Teori Pembelajaran Motor
Gentile, terutamanya Matlamat,
Rangsangan Regulatori & Bukan
Regulatori, Maklumbalas, Tumpuan dan
Kepelbagaian.
 TEORI GENTILE melibatkan 2 peringkat:-

 A. Dapatkan konsep/idea pergerakan


@ Semua pergerakan ada matlamat
@ Berbagai rangsangan dari persekitaran
@ Suasana boleh dikawal/diatur
@ Suasana TIDAK boleh dikawal/diatur
@ Memilih dan memproses maklumat
@ Membentuk pelan motor/tindakan

 B.Penentuan atau kepelbagaian


@ Penentuan untuk kemahiran tertutup
@ Kepelbagaian dalam kemahiran terbuka
TEORI GENTILE
KEADAAN TUMPUAN
MATLAMAT
PERSEKITARAN PEMILIHAN

RESPONS MERANGKA PELAN


SETERUSNYA TINDAKAN

PROSES
DAPATKAN LAKSANAKAN
MEMBUAT
MAKLUM BALAS RESPONS
KEPUTUSAN
MATLAMAT
 Semua pergerakan berorientasikan
matlamat.
 Manusia mengelolakan satu corak motor
dengan tujuan menyelesaikan masalah
atau untuk mendapatkan sesuatu.Ia itu
(kita merancang pergerakan untuk
berbuat sesuatu)
POPULASI RANGSANGAN
 Manusia menyesuaikan diri dengan
persekitarannya untuk mencapai
matlamatnya/ memenuhi kehendaknya
 Corak motor atau kemahiran akan
ditentukan/dikawal oleh persekitaran.
 Keadaan/suasana persekitaran ada DUA
jenis:-
1. suasana Regulatori
2. suasana Bukan Regulatori
#Suasana Rangsangan Regulatori
Suasana regulatori adalah yang berkait
terus dengan matlamat , contoh dalam
badminton, reket, bulu tangkis, net,
gelanggang dan ukurannya serta pemain
lawan.
#Suasana Rangsangan Bukan Regulatori
Semua yang lain adalah bukan
regulatori, contohnya cahaya, bunyi,
cuaca, penonton dan pengadil.
TUMPUAN PEMILIHAN
 Pemain/atlet hendaklah memilih dan
memproses maklumat mengenai
persekitaran sebelum dia merangka pelan
motor/kemahirannya.
 Pemain/atlet terpaksa menajamkan
fokusnya kepada suasana rangsangan
regulatori
KEMAHIRAN TERBUKA/TERTUTUP

 GENTILE mengklasifikasikan semua


kemahiran sukan sebagai:-
1. KEMAHIRAN TERTUTUP
- Suasananya tetap,tidak berubah-ubah &
pemain mudah meramal/mejangka
pergerakan/kemahirannya bagi mencapai
matlamat. Contoh; kemahiran-kemahiran
dalam gimnastik, terjun,menembak
memanah dan beberapa acara olahraga.
2. KEMAHIRAN TERBUKA
Suasana dan persekitaran yang
berubah-ubah, sukar diramal hingga atlet
terpaksa mengenalpasti perubahannya
sentiasa dan menyesuaikan tindakannya
mengikut perubahan. Contohnya,
kemahiran-kemahiran dalam sukan hoki,
badminton, sepak takraw, ragbi, tenis,
ping pong, bola tampar dll.
MERANGKA PELAN TINDAKAN
 Sebelum melaksanakan pergerakan, imej
atau gambaran kemahiran atau pelan
tindakan secara am akan muncul. Pelan
dari minda ini adalah hasil dari himpunan
corak-corak pergerakan lampau yang
tersimpan dalam otak.
RESPONS/LAKSANAKAN TINDAKAN

 Pergerakan berdasarkan pelan minda.

 Pengalaman membantu menyusun pelan


yg terbaik dan pelaksanaan yg terbaik.
 Latih tubi banyak membantu ketepatan
dan konsistensi pergerakan
 Perlawanan persahabatan membantu
kepelbagaian dan ketepatan tindakan.
MAKLUM BALAS MAKLUMAT
(FEEDBACK)
 Selepas melakukan pergerakan/kemahiran
pemain akan ada 2 jenis maklum balas.

1. Maklumbalas keputusan (Knowledge


of results)
2. Maklumbalas perlakuan (Knowledge
of performance )
PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN
 Biasanya ada perbandingan dengan
maklumbalas-maklumbalas yg diterima
selepas tindakan/pelaksanaan. Iaitu,
1. Matlamat harapan & pencapaian
2. Perlakuan harapan & pencapaian
 Jika perbandingan ini tidak ada perbezaan,
maka bermakna pemain sudah mendapat
idea pergerakan, boleh terus ke peringkat
kedua iaitu penentuan atau kepelbagaian.
RESPONS/TINDAKAN SETERUSNYA

 Jika perbandingan dalam proses membuat


keputusan menunjukkan ada perbezaan,
maka atlet seharusnya berusaha cuba
memperbaiki & mengastasi kelemahan
untuk mencapai matlamatnya.
 Di sinilah jurulatih sangat-sangat
diperlukan untuk memberi butir-butir
pengajaran atau latihan.
PENENTUAN atau KEPELBAGAIAN
 Pada peringkat 2, atlet berusaha mencapai
aras kemahiran yg tinggi.
 Kemahiran adalah ketekalan/konsistensi
dalam pencapaian matlamat.
 Bagi KEMAHIRAN TERTUTUP fokusnya
adalah menetapkan pergerakan agar
pergerakan yg unggul dapat diulangi
dalam situasi pertandingan.
 Bagi kemahiran terbuka, di mana
rangsangan regulatorinya sentiasa
berubah-ubah, pemain terpaksa
memadankan pergerakannya dengan
situasi-situasi yg berubah-ubah itu untuk
mencapai matlamatnya.
Lebih banyak suasana dan situasi yg
pernah dialaminya dan berpadan dengan
pergerakannya, maka lebih baik peluang
baginya untuk mendapatkan ketekalan
mencapai matlamat.
TEORI PEMBELAJARAN
GENTILE
 1.MATLAMAT – Untuk dicapai atau
diselesai ( jika masalah)

 2.RANGSANGAN – suasana (Regulatory)


(dari persekitaran) BOLEH DIKAWAL
suasana (Non-
regulatory)
 3.TUMPUAN TERPILIH - memilih dan
memproses maklumat (sebelum
merancang tindakan).
Fokus pada yg boleh dikawal.

 4. MEMBENTUK PELAN TINDAKAN -


(Kumpul semua pengalaman lalu/
Corak pergerakan disimpan dalam otak)

 5. RESPONS – Tindakan pelaksanaan


berdasarkan pelan minda (BERTINDAK)
 6. DAPATKAN MAKLUMBALAS -
Selepas tindakan . 2 jenis maklumbalas
(KEPUTUSAN & PERLAKUAN)

 7. PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN -


a) Matlamat ( harapan mln. pencapaian )
b) Perlakuan ( harapan mln. sebenar )

 8. RESPONS/ Tindakan seterusnya -


Cuba baiki & atasi kelemahan untuk
capai matlamat
APLIKASI
TEORI PEMBELAJARAN MOTOR
PENGENALAN:
 Mengetahui teori merupakan satu
perkara, tetapi menggunakannya untuk
mempengaruhi amalan adalah satu
perkara yang lain. Jurulatih mesti ada
minat, komitmen dan usaha yang gigih
untuk mengaplikasikan teori bagi
memandu pengajaran kemahiran sukan.
Mengajar Kemahiran Tertutup
 Konsep modelling digunakan sebagai asas.
 Terdapat kemahiran/pergerakan yg betul.
 Atlet perlu menghasilkan pergerakan yang
serupa.
 Dia perlu meniru “model” selepas
mendapat idea.
 Dia perlu mengulangi untuk mendapat
ketekalan “consistency”.
Langkah Asas Pengajaran
 1. Jurulatih berkomunikasi tentang
pergerakan yg betul (unggul) kepada atlet
melalui tunjukcara,filem atau gambar.
 Atlet melakukan pergerakan dengan
meniru model selepas mengetahui mana
yang unggul.
 Jurulatih berikan maklum balas. Peranan
jurulatih ialah fokus kpd pergerakan.
 Atlet terus mencuba dan berlatih.
Mengajar Kemahiran Terbuka
 1. Jurulatih perlu menjelaskan matlamat.
 2. Jurulatih perlu mengajar “Suasana
Rangsangan Regulatori”
 3. Jurulatih perlu membantu atlet
bertindak mengikut keperluan keadaan
yang terbaik.
 4. Atlet perlu menetukan rancangan
pergerakannya. (Jurulatih sebagai
pemerhati-penasihat sahaja.)
 6. Jurulatih perlu bertanya beberapa
soalan untuk membantu atlet membuat
perbandingan:-
# Adakah tercapai matlamat awak?
# Adakah awak bergerak sepertimana
yang dirancang ?
Jurulatih hendaklah membantu atlet
menjawab soalan-soalan ini, terutamanya
soalan kedua. (Beritahu atlet bagaimana
dia bergerak.)
 7. Jurulatih mempelbagaikan keadaan dan
rangsangan; sama ada regulatori tetap
atau tidak tetap agar atlet membina
corak-corak kemahiran utk disesuaikan
dengan matlamat yg berbeza-beza.
Dengan pelbagai corak kemahiran yg
meluas, peluangnya utk tekal mencapai
matlamat apabila berdepan dengan
situasi yg berubah-ubah adalah baik.
PERANCANGAN
PROGRAM LATIHAN
 OBJEKTIF:
 1. Jurulatih akan memahami konsep asas
perancangan semusim, terutamanya
intensiti & isipadu kerja, rehat berkualiti,
pemuncakan (peaking) dan “over-
compensation”.
 2. Jurulatih akan faham bagaimana hendak
menggunakan konsep-konsep ini & lainnya
utk perancangan jangka pendek & panjang.
 PENGENALAN:
Jika pemain/atlet mempunyai kemampuan
dan motivasi untuk bersukan di peringkat
prestasi lebih tinggi, terdapat banyak lagi
faktor-faktor yg perlu dipertimbangkan
oleh jurulatih.
Faktor-faktor ini perlu dikaji dengan
teliti,disusun secara sistematik, dirancang
& dilaksanakan dalam suatu jangkamasa
yang tertentu.
 Seorang atlet tidak boleh SENTIASA
berada pada tahap prestasi terbaik
(top condition). Oleh itu, bagi merancang
latihannya, puncak prestasinya seharusnya
berada pada satu-satu masa yg khusus.
 Jurulatih perlu faham bahawa, tidak
selalunya atlet terbaik itu menang,
tetapi,sesiapa yg bersedia pada ketika
amat perlulah yg akan berjaya.
 Persediaan ini memerlukan perancangan
yg amat teliti.
PELAN LATIHAN
 PELAN LATIHAN HARIAN: (Daily Tr. Plan)
Rangka kerja bermatlamat & objektif
bagi satu sessi latihan i.e 1 unit latihan
berasingan, mungkin 1,2 atau 3jam.

 PELAN LATIHAN MIKRO: (Micro Tr. Plan)


Satu kitaran latihan; biasanya 7 hari.
Biasanya disebut (microcycle).
 PELAN LATIHAN MAKRO: (Macro Tr. Plan)
Satu fasa dalam jangkamasa 4 -5
minggu.Biasa disebut Macrocycle.
 PELAN PERIOD: ( Period Plan)
Fasa tertentu bagi latihan, misalnya
Persediaan, Pra-pertandingan atau
Pertandingan. Biasa disebut semusim, &
jangkamasanya kira-kira 2 hingga 3
bulan setiap satu.
 PELAN TAHUNAN: (Yearly Plan)
Pelan keseluruhan bagi setahun penuh.
 PELAN JANGKAPANJANG:(Long term Plan)
Satu perancangan/pelan untuk
beberapa tahun. Contoh; satu pelan
4 tahun sebagai persediaan untuk
Sukan Olimpik, dari sekarang ke
Olimpik akan datang.
 PELAN KERJAYA: (Career Plan)
Perancangan dan tinjauan tentang apa
yg atlet hendak capai untuk tujuan
keseluruhan kerjayanya. Pelan ini
selalunya dilupakan.
PERIODISASI
 Setiap program latihan seharusnya ada 3
“period”- Iaitu Musim pembinaan, Pra-
pertandingan dan Musim Pertandingan.

#Musim Pembinaan- Mei hingga Sept.


(Beban kerja berat)
#Pra-pertandingan- Okt. hingga Disember
(Pertandingan juga diadakan, tapi beban
kerja tidak berkurangan.)
# Musim Pertandingan- Jan. hingga Mac.
Penekanan kpd. prestasi kualiti tinggi.
Contoh Rancangan Setahun
5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5

Persediaan Pra & Pertandingan


(Pembinaan)
[PP 1] [P 1] [PP 2] [P 2]

Penekanan kepada kualiti


Penekanan kepada kualiti

Rehat Aktif
Rehat Aktif

Penekanan kepada
Kuantiti & kualiti
Penekanan kepada (Transisi)
kuantiti [Isipadu] sama berat

(Transisi)
kuantiti & kualiti

[Puncak 1] [Puncak 2]
 Bagi atlet kelab yg berlatih 2 bulan untuk
pembinaan/persediaan, program asasnya
dikuncupkan. Oleh itu, musim-musimnya
menjadi pendek.Contoh;
 Musim Pembinaan (Ogos – Oktober)
 Pra-pertandingan (Nov. - Disember)
 Musim Pertandingan (Januari & Feb.)
 Jika pemuncakan 2 kali diperlukan, tiga
fasa latihan itu perlu dikuncupkan menjadi
pendek. Contoh program;
#Contoh program yg sasaran puncaknya di
awal Ogos :-
 Mac - Kemuncak
 1 atau 2 minggu rehat
 April hingga Mei Pembinaan
 Jun hingga Julai Pertandingan
 Ogos - Kemuncak
 September - Rehat
 Oktober hingga November Pembinaan
 Disember hingga Feb. Pra-pertand.
PENETAPAN MATLAMAT LATIHAN
 Menetapkan matlamat latihan adalah satu
keperluan penting dan elok dilakukan
bersama-sama atlet.
 Cuba dapatkan matlamat-matlamat
perlakuan (performance goals); Contoh,
800m dalam masa 2:06 minit.
 Kenalpasti matlamat-matlamat jangka
panjang dan pendek.
#JURULATIH mesti memahami dan rancang
secara rasional :

 ISIPADU KERJA (work volume): i.e


Banyak manakah beban latihannya?
 INTENSITI KERJA: i.e Berapa keraskah
latihannya?
 PEMUNCAKAN (peaking): i.e Bilakah
hendak menghasilkan prestasi terbaik?
 Jurulatih MESTI merancang untuk:

Persediaan Fizikal
Teknikal
Taktikal &
Psikologikal

 Jurulatih MESTI memahami konsep-


konsep Rehat Berkualiti dan “Over
Compensation” yang perlu dilaksanakan.
PANDUAN MEMBUAT TUGASAN
 Nyatakan jenis sukan pilihan. Berikan
sedikit gambaran bagaimana ia
dipertandingkan.
1. Berikan maksud RANGSANGAN
KEADAAN REGULATORI dan senaraikan
nama-nama (RKR) bagi sukan spesifik yg
anda pilih.
Berikan maksud RANGSANGAN KEADAAN
BUKAN REGULATORI dan senaraikan
nama-nama (RKNR) bagi sukan anda itu.
 2. Dalam proses pembelajaran motor
pemain…?…../atlet…?…memulakan
tumpuan dengan berdasarkan
Kpd. Matlamatnya iaitu ………………
Rangsangan…………………………..
Memilih tumpuan……………………
Menentukan pelan motor………..
Melaksanakan pelan motor……..