Anda di halaman 1dari 9

Kesan Kepupusan Flora dan Fauna

1. Kitaran kehidupan terjejas


• Contohnya, harimau yang diburu boleh
menyebabkan kepupusan. Apabila
tiada lagi harimau untuk mengawal
populasi rusa dan kijang, haiwan-
haiwan ini akan terus membiak dan
mampu merosakkan kawasan rumput
di sekelilingnya.

• Boleh menyebabkan berlakunya


ketidakseimbangan ekosistem.
2. Menyebabkan hakisan
tanah/ tanah runtuh
 Akar-akar akan memastikan
tanah sentiasa berada
dalam kedudukan yang
semula jadi.

 Namun begitu, pembalakan


dan pembukaan tanah telah
menyebabkan akar tidak
dapat mencengkam tanah
dan kes tanah runtuh akan
berlaku.
3. Mencacatkan pemandangan alam
Jika hidupan flora dan fauna telah mengalami
kepupusan, maka hutan hujan tropika akan
bertukar menjadi pemandangan yang buruk.
4. Ekonomi negara merosot
seiring dengan kepupusan
flora dan fauna.
• Tidak dapat mengadakan
lawatan ke taman negara
atau zoo untuk mengenali
hidupan liar dan tumbuhan.
Cara mengatasi masalah kepupusan
flora dan fauna
a) Mewujudkan sistem pengurusan
hutan yang cekap
 Menjalankan penanaman semula pokok
kayu balak yang telah ditebang bagi
menggantikannya.

 Menghadkan kapasiti hasilan hutan


untuk mengelakkan tumbuhan dan
pokok-pokok sering ditebang dan
sebagainya.
2. Menguatkuasakan undang-undang
tentang pembalakan dan pemburuan
haram
 Sentiasa peka dengan setiap pergerakan
yang dilakukan oleh pembalak dan
pemburu haram

 Misalnya, Pihak Kementerian Sumber Asli


dan Alam Sekitar telah bekerjasama
dengan pihak Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) menguatkuasakan Akta
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta
716)
 Enakmen Perlindungan Hidupan Liar juga
bertujuan untuk mengawal perdagangan
antarabangsa fauna dan flora yang terancam
dibawah Konvensyen Perdagangan
Antarabangsa Mengenai Species Terancam
(CITES).

 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 telah


diwujudkan untuk memastikan semua spesis
yang tersenarai di bawah senarai merah
IUCN (Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar
Antarabangsa) telah diberikan perlindungan
yang sepenuhnya
3. Mengiktiraf lebih banyak kawasan
hutan sebagai Taman Negara, taman
rekreasi, taman laut dan sebagainya
dengan keluasan mencukupi.

4. Mengadakan ceramah yang berkaitan


dengan cara untuk pemeliharaan dan
pemuliharaan kepada pelajar-pelajar
supaya boleh meningkatkan kesedaran
pelajar untuk memupuk sikap cinta akan
alam sekitar.
5. Melibatkan diri dalam aktiviti
sukarelawan dalam usaha untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar

6. Bekerjasama dengan badan bukan


kerajaan seperti World Wildlife Fund (WWF)
dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
untuk memberikan pendedahan yang awal
kepada pelajar.