Anda di halaman 1dari 20

Analisis Jenis

Wacana dan Gaya


Penulisan Wacana
Nama Ahli Kumpulan: Lohashree A/P Ganesan
Dinesh A/L Gunaseelan
Hafizul Iman Bin Bharuraji
Artikel Jurnal
Judul artikel : Flipped Classroom/ Satu
Permulaan

Jurnal : Jurnal Pendidikan


• Menurut Asmah Haji Omar (1986) Wacana ialah
keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis,
iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem
bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi.

• Menurut buku Analisis Wacana, analisis wacana dengan


kritis diyakini mampu menghuraikan wacana bukan
sekadar sebagai suatu sistem bahasa, malah juga
mengupas praktis dan proses sosial yang terselindung di
dalamnya.
Format Penulisan Artikel Jurnal
Tajuk Artikel
• Tajuk artikel haruslah ringkas dan jelas
dan hendaklah melambangkan
perbahasan utama artikel.
Nama penulis
• Nama orang yang menulis jurnal ini.
Nama Organisasi Yang Diwakili
• Nama organisasi, persatuan atau jabatan
Abstrak
• Abstrak artikel perlu mengandungi
pendahuluan ringkas tentang kajian. Penulis
perlu menerangkan objektif utama dan
objektif terperinci kajian. Sekiranya objektif itu
melebihi dua perkara, penulis boleh
mempertimbangkan penggunaan nombor
bagi menjelaskan perkara ini.
• Selepas itu, metodologi kajian perlu
dijelaskan dengan terperinci. Ia melibatkan
reka bentuk kajian, populasi dan kaedah
persampelan. Penulis juga perlu
menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas
mengikut turutan objektif kajian tadi.
Penggunaan nombor juga mungkin boleh
dipertimbangkan sekiranya objektif itu
melebihi dua perkara.
• Abstrak kajian juga perlu disertakan secara
ringkas implikasi kajian terhadap amalan
semasa ataupun sumbangan kajian
terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan
perkataan dalam abstrak adalah
bergantung kepada jurnal.
• Patah perkataan adalah antara 100
sehingga 300 patah perkataan.
Pendahuluan
• Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar
belakang kajian serta teori yang mendasari
kajian tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan
kajian-kajian terdahulu yang pernah
membincangkan persoalan yang serupa. Ini bagi
membolehkan pembaca melihat kedudukan
kajian terbaru ini dalam badan ilmu.
• Seterusnya, penulis perlu membentangkan
pernyataan masalah kajian yang mendorong
kajian itu dilakukan. Begitu juga, apakah bentuk
sumbangan kajian baru ini terhadap badan ilmu
secara keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu
menyatakan persoalan kajian ataupun hipotesis
kajian.
• Nombor mungkin boleh diperimbangkan
sekiranya persoalan kajian itu melebihi satu.
Kesemua elemen ini harulah diletakkan di
bawah pendahuluan dan dibezakan oleh
perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu
diringkaskan dan biasanya tidak melebihi 3
halaman. Citaton yang cukup perlu dilakukan
penulis bagi menunjukkan bahawa penulis telah
menguasai literatur secukupnya.
• Sebaiknya juga segala perbahasan perlulah
dirujuk kepada sumber rujukan utama dan
bukannya diambil dari sumber yang kedua
seperti penulisan tesis dan sebaginya. Sebagai
contohnya, jika penulis bercakap mengenai
Teori Piaget, maka rujukan sepatutnya
menggunakan buku Piaget itu sendiri dan
bukannya tesis atau buku orang lain yang
datang selepas itu.
Metodologi
• Pada bahagian ini, penulis perlu
menjelaskan reka bentuk kajian yang
digunakan seperti kajian eksperimen,
tinjauan, kajian kes, action research, kajian
etnografi, kajian campuran metode (mixed
method), analisis dokumen ataupun kajian
kepustakaan.
• Penulis juga harus menerangkan latar
belakang populasi, teknik persampelan,
jumlah bilangan sampel kajian serta
rasional bilangan tersebut, pemilihan
responden dan juga lokasi kajian yang
terlibat.
• Selain itu, penulis juga harus menerangkan
bentuk-bentuk instrumen yang digunakan,
serta teknik kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen yang penulis gunakan. Bagi kajian
kualitatif pula sebagi contohnya, penulis
harus menerangkan apakah teknik kesahan
yang digunakan seperti teknik kesahan
Cohen Kappa dan sebagainya.
• Sekiranya penulis menggunakan akronim,
maksud akronim tersebut perlu dijelaskan.
Penulis juga perlu menerangkan bentuk
teknik analisis yang digunakan seperti
penggunaan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS), Rasch Model, Structural
Equation Modelling (SEM) dan sebagainya.
Dapatan kajian
• Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun
mengikut susunan persoalan kajian supaya
para pembaca dan penilai dapat
mengaitkannya dengan persoalan kajian
yang disebut terlebih dahulu.
• Persembahan data juga perlu mengikut
standard jurnal. Kebanyakan jurnal
menggunakan standard The American
Psychological Association (APA), namun
terdapat juga jurnal yang menggunakan
format yang lain. Oleh itu, penelitian kepada
format penulisan yang digariskan oleh setiap
jurnal akan sedikit sebanyak membantu para
penulis.
• Begitu juga, penulis boleh juga melihat
contoh artikel yang telah diterbitkan oleh
jurnal tersebut bagi mendapatkan
gambaran kasar tentang jangkaan pihak
jurnal. Bagi data kualitatif pula, terdapat
jurnal yang lebih menggemari teknik
naratif berbanding teknik persembahan
data sebenar. Oleh itu, perkara ini adalah
subjektif dan bergantung kepada setiap
jurnal. Walaupun begitu, corak
persembahan data ini haruslah teliti, jelas
dan tersusun.
Perbincangan
• Bahagian ini menunjukkan penguasaan
penulis dalam membincangkan isu utama
penulisan. Seeloknya perbincangan ini
disusun mengikut susunan persoalan
kajian supaya pembaca dapat fokus dan
mengaitkannya dengan dapatan.
• Penulis perlu membincangkan persoalan
kajian secara kritis satu persatu
berpandukan dapatan kajian dan ulasan
literatur yang mantap. Ia juga perlu
disokong oleh teori dan kajian-kajian yang
lepas.
• Seterusnya, penulis harus merumuskan
apakah bentuk penemuan baru atau
penemuan yang menyokong dapatan
terdahulu yang menyumbang kepada badan
ilmu dan amalan semasa.
• Perbincangan perlu ditulis secara sistematik,
akademik dan tidak meleret-leret. Setiap
pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti
yang boleh diambil daripada kajian-kajian
yang lepas. Elakkan membuat pernyataan
secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan
buktinya. Apa yang penting, perbincangan
seharusnya dalam bentuk yang akademik.
Kesimpulan dan cadangan
• Dalam bahagian ini, penulis harus
membuat rumusan secara ringkas tentang
kajian yang dilakukan dan apakah bentuk
sumbangan kajian tersebut kepada badan
ilmu. Penulis juga harus mengemukakan
cadangan-cadangan baru yang terhasil
daripada penemuan kajian yang
dilakukan. terhadap keadaan semasa.
Penutup
• Dalam bahagian ini, penulis harus
mengemukakan secara ringkas tentang
kajian yang dibuat, penemuan-penemuan
yang penting dan implikasi kajian. Penulis
harus mengelakkan diri daripada
membuat citation baru.
Rujukan
• Penulis harus memastikan bahawa setiap
citation yang dibuat dalam teks harus
disebut dalam bahagian rujukan.
Penggunaan perisian-perisian tertentu
seperti EndNote boleh membantu penulis
dalam perkara ini.
• Senarai rujukan juga perlu ditulis
berdasarkan format yang telah ditetapkan.
Seeloknya, penulis perlu meluangkan
masa untuk membaca Guide for authors
yang disediakan oleh pihak jurnal terlebih
dahulu.
• Ini kerana jurnal berlainan menggunakan
format yang berlainan pula. Dalam
penulisan artikel, penulis perlu
memperbanyakkan penggunaan rujukan
yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus
terdiri daripada bahan yang berumur
kurang daripada 5 tahun daripada tahun
artikel itu ditulis. Terdapat juga jurnal yang
menghadkan bilangan rujukan bagi setiap
artikel. Sebagai contohnya, Gema Online
Journal hanya membenarkan
penggunaan 30 rujukan bagi setiap artikel
yang dihantar.
Gaya Penulisan
Penggunaan
Penulisan bahasa
secara formal
objektif
Penulisan
ayat yang
jelas

Perkembanga
n idea secara Langkah-
logik : langkah
Koheran dan penulisan
Kohesif akademik