Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH PERKEMBANGAN

ILMU TAFSIR
DISEDIAKAN OLEH
NUR SYAFIHANIS BINTI SRAFI
ANIS NABILA BINTI MOHD ASRI
FATEN NATASYA BINTI SULAIMAN
ISI KANDUNGAN
TAFSIR BIL AL-MA’THUR TAFSIR BI AL-RA’Y
DEFINISI DEFINISI
KAEDAH PENAFSIRAN KAEDAH PENAFSIRAN
SUMBER TAFSIR SYARAT UNTUK MENTAFSIR
FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIWAYAT SAHABAT DAN SUMBER TAFSIR
TABIIN MENJADI LEMAH:

PERKEMBANGAN TAFSIR CONTOH KITAB


SYARAT-SYARAT UNTUK MENTAFSIR
CONTOH KITAB
DEFINISI TAFSIR BIL AL-MA’THUR
• IBN TAIMIAH : SUATU KETERANGAN DAN PENJELASAN TENTANG
AYAT-AYAT AL-QURAN MELALUI AYAT AL-QURAN SENDIRI ATAU
MELALUI SESUATU YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA RASULULLAH
S.A.W. , SAHABAT DAN PARA TABIIN.
• ALIRAN TAFSIR BIL AL-MA’THUR BERPEGANG KEPADA RIWAYAT AL-
QURAN
• TAFSIR BIL AL-MA’THUR TURUT DIKENALI SEBAGAI TAFSIR AL-NAQL
KAEDAH PENAFSIRAN
TAFSIR BIL MA’THUR
• TAFSIR AYAT AL-QURAN OLEH AYAT AL-QURAN YANG LAIN. TAFSIRAN
INI ADALAH YANG PALING TEPAT
• TAFSIR AYAT AL-QURAN OLEH HADIS RASULULLAH. AYAT AL-QURAN
YANG UMUM ATAU MUTLAK AKAN DITAFSIRKAN OLEH HADIS-HADIS
RASULULLAH
• TAFSIR AYAT AL-QURAN OLEH PARA SAHABAT
SUMBER TAFSIR BI AL-MA’THUR
• ALQURAN
- JIKA SESUATU AYAT RINGKAS, IA AKAN DIJELASKAN OLEH AYAT-AYAT
LAIN
- JIKA AYAT MUTLAK TANPA APA-APA SYARAT, IA AKAN DIJELASKAN
OLEH AYAT LAIN YANG MENGIKUT DAN MENETAPKAN SESUATU
SYARAT.
- JIKA AYAT ITU UMUM, IA AKAN DIKHUSUSKAN OLEH AYAT YANG LAIN
• HADIS
- PARA SAHAABAT MERUJUK KEPADA RASULULLAH UNTUK MEMINTA
PENJELASAN DAN PENERANGAN TENTANG AYAT-AYAT AL-QURAN
KETIKA BAGINDA MASIH HIDUP.
- RASULULLAH TELAH MENERANGKAN MAKNA DAN HUKUM-HUKUM
YAGN TERDAPAT DALAM AL-QURAN MELALUI KATA-KATA, PERBUATAN
DAN PENGAKUAN.
• TAFSIR SAHABAT
- DIANGKAT KEDUDUKANNYA SEPERTI TAFSIR RASULULLAH KERANA BEBERAPA FAKTOR:
1. SAHABAT MELIHAT DENGAN MATA MEREKA SENDIRI KEADAAN PENURUNAN WAHYU
DAN PERKARA YANG BERKAITAN DAN ASBAB NUZUL
2. SAHABAT TERDIRI DARIPADA AHLI BAHASA ARAB YANG MEMILIKI KEHEBATAN DALAM
BIDANG BALAGHAH, FASAHAH DAN BAYAN
3. SAHABAT ADALAH ORANG YANG PALING MENGETAHUI ADAT, HAL KEADAAN DAN
CERITA-CERITA ORANG ARAB (MEMBANTU MEREKA MEMAHAMI AYAT AL-QURAN DAN
MENGISLAHKAN KEADAAN ORANG ARAB JAHILIYYAH)
4. SAHABAT ADALAH GENERASI PERTAMA YANG MUNCUL DALAM SEJARAH DARI SUDUT
ILMU DAN PENGETAHUAN SERTA KELUASAN PANDANGAN TERHADAP URUSAN
KEHIDUPAN DAN KEMANUSIAAN DITAMBAH DENGNA KEBERSIHAN JIWA, KESUCIAN
HATI, SERTA KEIKHLASAN TERHADAP ALLAH DAN KECINTAAN YANG TINGGI TERHADAP
RASULULLAH S..AW
FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIWAYAT SAHABAT
DAN TABIIN MENJADI LEMAH:
1. USAHA YANG DILAKUKAN OLEH MUSUH ISLAM UNTUK MEROSAKKAN
SUMBER TAFSIR SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH ZINDIQ, YAHUDI DAN
PARSI.
2. SIKAP MELAMPAU DALAM PEGANGAN MAZHAB YANG MEREKA IKUTI
SEHINGGA SENTIASA MEMENANGKAN MAZHAB MEREKA.
3. PERCAMPURAN RIWAYAT YANG SAHIH DAN DA’IF(TANPA SANAD DAN
PENGERTIAN).
4. RIWAYAT BANYAK YANG BERCAMPUR ADUK DENGAN ISRA’ILIYAT DAN
SEBAHAGIANNYA KHURAFAT YANG JELAS BERDASARKAN DALIL YANG
SAHIH SERTA AKIDAH YANG SEPATUTNYA TIDAK BOLEH DIAMBIL DARI
DALIL-DALIL YANG BERTARAF ZAN DAN HADIS AHAD TAPI MESTILAH
DARIPADA DALIL YANG QAT’EI.
PERKEMBANGAN TAFSIR BI AL-MA’THUR
• TERBAHAGI KEPADA DUA SITUASI
1) TEMPOH RIWAYAT
2) TEMPOH TADWIN (PEMBUKUAN)
TEMPOH RIWAYAT
• BERLAKU PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
- BAGINDA MEMBERI PENJELASAN TERHADAP KALIMAH AL-QURAN DAN
JAWAPAN KEPADA PARA SAHABAT YANG BERTANYA MERUPAKAN TAFSIRAN
BAGI AYAT TERSEBUT
• PADA ZAMAN PARA SAHABAT
- KEILMUAN DAN KEFAHAMAN YANG TINGGI DIMILIKI OLEH PARA SAHABAT
MEMUNGKINKAN MEREKA MENTAFSIRKAN AYAT AL-QURAN MENURUT
KEMAMPUAN KEILMUAN MEREKA SEPERTI KHULAFA’ AR-RASYIDIN, IBN
ABAS, IBN MAS’UD DAN BEBERAPA SAHAABT TERKEMUKA YANG LAIN.
- MEMPERLUASKAN SKOP TAFSIRAN AL-QURAN DALAM BENTUK YANG LEBIH
TERBUKA
• ZAMAN PARA TABIIN
- MENGAMBIL SECARA LANGSUNG DARIPADA PARA SAHABAT DAN
MEMINDAHKANNYA DALAM KALANGAN MEREKA MENGIKUT KADAR
KEPERLUAN MEREKA.
- MEMBENTUK PENYAMPAIAN TAFSIR YANG HANYA MEMINDAHKAN
TAFSIRAN TANPA MEMBUANG SEBARANG TOKOK TAMBAH
- MEREKA BERSIKAP BERHATI-HATI UNTUK MENYANDARKAN SESUATU KATA-
KATA KEPADA ALLAH S.W.T. YANG BUKAN SEWAJARNYA.
- KEGIATAN MEREKA SANGAT AKTIF SEHINGGA MUNCUL ALIRAN MEREKA
SENDIRI SEPERTI MUJAHID, ‘IKRAMAH DAN IBRAHIM AL- NAKHA’I
TEMPOH TADWIN (PEMBUKUAN)
• HASIL LANJUTAN DARIPADA CARA YANG PERTAMA DI MANA IA TELAH
DICATAT DAN DIBUKUKAN.
• PERMULAANNYA, IANYA DIKUMPULKAN DALAM KITAB-KITAB HADIS
SEPERTI YANG TERDAPAT DALAH SAHIH AL-BUKHARI DALAM KITAB
TAFSIR AL-QURAN DAN SUNAN AL-TARMIZI JUGA DALAM KITAB
TAFSIR AL-QURAN
SYARAT-SYARAT UNTUK MENTAFSIR BI AL-
MA’THUR
• SETIAP MUFASSIR MESTILAH :
1. MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG CUKUP MELUAS TENTANG ILMU HADIS SAMA ADA
DARI SUDUT RIWAYAH ATAU DIRAYAH
2. PENGUASAAN YANG BAIK BERKAITAN DENGAN HADIS YANG BERKAITAN DENGAN
TAFSIR, SETERUSNYA DENGAN KATA-KATA SAHABAT, TABIIN DAN ULAMA’ MUJTAHID.
3. KEMAMPUAN UNTUK MENGUMPULKAN SERTA MENYUSUN DI ANTARA RIWAYAT
YANG PELBAGAI
4. MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG HAKIKAT IKHTILAF RIWAYAT DALAM TAFSIR
DAN SEBAB-SEBABNYA (PERLU JUGA MENGETAHUI AYAT AL-QURAN MEMPUNYAI
MAKNA YANG PELBAGAI BENTUK)
5. MERAIKAN KEGIATAN ANALISIS RIWAYAT PENDAPAT MUFASSIR.
6. MEMASTIKAN DIRI MEREKA UNTUK MENGIKUT PROSEDUR PENAFSIRAN AL-QURAN
YANG BAIK MELALUI KAEDAH PENTAFSIRAN AL-QURAN
CONTOH KITAB TAFSIR BI AL-MA’THUR
1. JAMIK’ AL-BAYAN FI TAFSIR AYI AL-QURAN
2. MA’ALIM AL-TANZIL
3. TAFSIR AL-QURAN AL-AZIM
DEFINISI TAFSIR BI –AR RA’Y
• SAYYID TANTAWI : SATU TAFSIR YANG BERPEGANG KEPADA IJTIHAD
DAN BERSANDARKAN KEPADA NAS MELEBIHI PEGANGAN KEPADA
PENDAPAT PARA SALAF.
• SATU TAFSIRAN ILMU YANG BERPEGANG DENGAN KEFAHAMAN YANG
MENDALAM DAN PENUMPUAN TERHADAP MAKNA AYAT-AYAT AL-
QURAN SERTA MEMAHAMI PETUNJUK DARIPADA AYAT TERSEBUT.
• TURUT DIKENALI SEBAGAI TAFSIR BI-AQLI
• KESIMPULANNYA, IA MERUPAKAN TAFSIRAN YANG MENGGUNAKAN
AKAL MELEBIHI AL-MA’THUR
KAEDAH PENAFSIRAN
TAFSIR BI AL-RA’Y
• PARA MUFASSIR MENTAFSIR AYAT AL-QURAN LEBIH BAIK
BERDASARKAN PENDAPAT DAN IJTIHAD MEREKA SENDIRI
SYARAT UNTUK MENTAFSIR TAFSIR BI AL-RA’Y
1. MESTI DILAKUKAN OLEH SEORANG AHLI TAFSIR DENGAN MERUJUK KEPADA
TAFSIR BI-AL MA’THUR TERLEBIH DAHULU UNTUK MENDAPATKAN MAKSUD
SEBENAR AYAT (INI KERANA TAFSIR AL-MATHUR ADALAH TAFSIR YANG PALING
UTAMA)
2. DIBENARKAN JIKA IA BERTINDAK MENGUBAH KEFAHAMAN TERHADAP
SESUATU AYAT PADA MAKNYA YANG BERTEPATAN DENGAN STRUKTUR AYAT
SEBELUM DAN SELEPASNYA SERTA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AYAT AL-
QURAN YANG LAIN SERTA HADIS
3. DITERIMA JIKA SESEORANG MUFASSIR TIDAK MENTAFSIR AYAT AL-QURAN
SEMATA-MATA MENGGUNAKAN AKAL DAN IJTIHAD SAHAJA TANPA KAEDAH
4. SETIAP TAFSIRAN HENDAKLAH BERTEPATSN DENGAN MAKNA BAHASA ARAB
DAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN KEFAHAMAN MASYARAKAT ARAB . JIKA
TIDAK TAFSIRAN YANG DIBUAT AKAN TERBATAL DAN TERTOLAK.
SUMBER TAFSIR BI AL-RA’Y
• BAHASA ARAB
- SESEORANG PERLU MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG JITU TENTANG BAHASA ARAB
- MELIPUTI PEMAHAMAN YANG TEPAT MENGENAI HALA KOMUNIKASI (KEPADA SIAPA DITUJUKAN
SESUATU ARAHAN) LAFAZ-LAFAZ BAHASA ARAB, MAKSUD TERSIRAT DAN ILMU NAHU
• STRUKTUR AYAT
- MENURUT AL-ZARKASYI, STRUKTUR AYAT DAPAT MENYALURKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT
BERIKUT:
1) MEMBERI PETUNJUK DAN BIMBINGAN DARI PENJELASAN YANG UMUM
2) MEMUTUSKAN SESUATU TAFSIRAN TANPA ANDAIAN YANG TIDAK DIKEHENDAKI
3) MENGKHUSUSKAN YANG UMUM
4) MENGIKAT YANG MUTLAK MELALUI STRUKTUR AYAT
5) IA ADALAH KAITAN YANG TERBESAR YANG MAMPU MENUNJUKKAN KEPADA MAKSUD YANG
INGIN DISAMPAIKAN OLEH PENUTUR
CONTOH KITAB TAFSIR BI AL-RA’Y
• MAFATIH AL-GHA’IB
• ANWAR AL-TANZIL WA ASRAR AL-TA’WIL
• MADARIK AL-TANZIL WA HAQA’IQ AL-TA’WIL
• ASBAB NUZUL
- CARA YANG KONKRIT DALAM MEMAHAMI MAKNA AL-QURAN
- DIHASILKAN OLEH PARA SAHABAT MELALUI HUBUNG KAIT YANG
MENGHUBUNGI SESUATU AYAT DENGAN URUSAN PENURUNAN
TERSEBUT
KEHARUSAN TAFSIR BI AL-RA’Y
• SATU ALIRAN TAFSIR YANG BERPEGANG KEPADA IJYIHAD TELAH MELAHIRKAN SATU
POLIMIK YANG BERPANJANGAN SEJAK ZAMAN AWAL KEMUNCULAN DISIPLIN ILMU
TAFSIR.
• INI KERANA WUJUDNYA DUA KUMPULAN YANG BERBEZA:
1. YANG MENOLAK – BERHUJAH BAHAWA AR-RA’Y ATAU AKAL TIDAK MAMPU
MEMBERIKAN SATU KATA PUTUS TENTANG SESUATU KEBENARAN SESUATU TAFSIR
SEBAGAIMANA YANG DIKETAHUI OLEH ALLAH (BERTENTANGAN DENGAN DEFINISI
TAFSIR YANG BERMAKSUD MENJELASKAN AYAT AL-QURAN, KEDUDUKANNYA KISAH
DAN SABAB NUZUL, SUSUNAN AYAT MAKKI DAN MADANNI, MUHKAM DAN
MUTASYAH BIH, NASIH DAN MANSUH DENGAN MENGGUNAKAN UNGKAPAN YANG
MENUNJUKKAN SECARA JELAS DAN TERANG )
2. YANG MENGHARUSKAN PENERIMAAN
– SEKALIPUN HUJAH AKAL BERTARAF ZAN , TETAPI IA MERUPAKAN SATU CABANG ILMU
YANG MEMADAI DALAM PERKARA IJTIHAD YANG TIDAK TERDAPAT DALIL YANG
MENOLAKNYA.
SUMBER RUJUKAN
Khairuddin Said.(2013). Gerbang Usul Tafsir. Perniagaan Jaha Bersa:
Johor.