Anda di halaman 1dari 10

PEMBELAJARAN

SEPANJANGAN HAYAT (PSH)


KONSEP PSH
 Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

 Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat di mana-mana tempat dan pada sebarang
masa.

 Menurut Kamus Dewan Bahasa, pembelajaran adalah proses belajar untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan menjalani latihan( kemahiran ).
 Proses pembelajaran seseorang secara berterusan dalam sesuatu bidang pekerjaan.

 Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir.
(PROFESSOR EMERITUS DATO' IR. DR. MOHD ZOHADIE BARDAIE , 2002)

 ” Ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan ketinggalan dan lapuk pada masa
hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemaskini ilmu pengetahuan agar selari dengan
konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi manusia yang relevan kepada
pembangunan dan kemajuan negara ”
PRINSIP
 Menambahkan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat
untuk disebarkan.

 Memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

 Mempertingkatkan mutu kehidupan

 Menjadikan ilmu sentiasa dinamik.

 Memahami budaya ilmu.


KEPENTINGAN
 Peningkatan ilmu pengetahuan dalam diri masing-masing.
Meneroka ilmu pengetahuan secara berterusan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan
Contoh:Pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkat pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau
secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja

 Meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada
masa sekarang atau pada masa hadapan, penting dalam membangunkan potensi diri.

Proses pembelajaran bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila
seorang itu meninggalkan alam persekolahan.

Contoh:Mengikut kajian UNESCO, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara-negara
membangun (Amerika Utara, Eropah dan Jepun) ialah hasil perancangan strategik
pembangunan sumber manusia, iaitu seluruh anggota masyarakatnya mendapatkan peluang
pendidikan terbuka dan pembelajaran sepanjang hayat.
 Inti kepada pembangunan diri setiap individu di Malaysia terutamanya
dalam mencapai Wawasan 2020 yang mengandungi 9 cabaran.
Cabaran Kedua contohnya ialah cabaran untuk membina masyarakat
merdeka dari segi psikologi yang mempunyai keyakinan teguh serta kuat
untuk menghadapi sebarang cabaran dan rintangan.
Cabaran keempat ialah cabaran untuk menjadikan masyarakat
bermoral dan beretika dan Cabaran Keenam pula ialah cabaran dalam
membina masyarakat saintifik dan progresif dan masyarakat yang
inovatif dan memandang ke hadapan, sebuah masyarakat yang bukan
sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada
peradaban saintifik dan teknologi masa hadapan.
CARA PSH
 PLAN PEMBANGUNAN PERIBADI
i) PENDIDIKAN DEWASA  berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang
diperlukan untuk memulakan kerjaya
ii) HOME SCHOOLING berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
iii) PENDIDIKAN LANJUTAN berkonsep formal dan dijalankan di instituasi pengajian tinggi.
iv) LATIHAN DALAM PERKHIMATAN (job trining) berkonsep formal atau tidak formal untuk
meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh
organisasi.
v) PEMBELAJARAN MAYA berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri
menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian
 BUDAYA MENYELIDIK
i) PENYELIDIKAN MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI YANG SANGAT BERKESAN DALAM
PEPBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
menerusi penyelidikan kita mula berfikir
merancang
 melakukan tinjuan dengan membaca pelbagai bahan terutama hasil dapatan kajian pihak lain.
Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar
Sepanjang Hayat
 1. Pembelajaran membantu kita menemukan nyala rasa kita
Segelintir daripada kita tidak sukar mencari nyala rasa kita, tetapi bagi kebanyakan orang,
mereka terpaksa melakukan eksplorasi dan belajar tentang bidang yang diminati. Lebih banyak
kita membaca, lebih ramai orang yang kita kenali di luar kelompok kita. Dan lebih banyak topik
yang kita kupas, lebih banyak peluang kita berjumpa dengan perkara yang betul-betul
merangsang daya kreatif dan perasaan ingin tahu kita.
 2. Pembelajaran memberi kita erti makna dan tujuan
Apabila kita berkembang dalam pembelajaran kita, kita akan menjadi lebih sedar, lebih
memahami dan menghargai kehidupan serta apa yang boleh kita sumbangkan. Sekiranya kita
tetap di zon selesa, kita mungkin menjadi berpuas hati atau rasa yang nilai kita tidak
berkembang.
Tetapi jika kita mengembangkan minda untuk mencuba sesuatu yang baharu, kita akan
dihadiahi potensi baharu dan kesedaran yang kita boleh sentiasa menyumbang kepada
masyarakat dalam pelbagai cara yang berharga.
 3. Pembelajaran membolehkan kita menyesuaikan diri serta berubah
Manusia telah mencapai perkembangan sehingga kini kerana kebolehannya
menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Di zaman moden ini,
kemajuan di segenap aspek kehidupan bergerak begitu pantas sekali. Cara kita menyaingi
kadar perubahan itu hanyalah melalui pembelajaran.
Sungguhpun ketakutan melanda diri, kita sebenarnya lebih berupaya untuk menyesuaikan
diri dengan idea, teknologi dan persekitaran baharu – lihat sahaja pada generasi lebih tua
yang berjaya menguasai telefon pintar, tablet dan komputer riba.
 4. Pembelajaran menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk semua
Fikirkan tentang kemajuan sosial serta perubatan, bagaimana teknologi telah merubah cara
kita berkomunikasi dan memahami sesama sendiri. Tentulah, dunia kita belum sempurna,
banyak lagi yang belum diterokai – tetapi jika kita lihat pada kemajuan yang telah kita perolehi
sepanjang dekad dan abad yang terdahulu, dunia kita lebih selesa atas usaha kita untuk
belajar dan teroka.
Tingkah laku serta pandangan berkembang dengan pembelajaran, dan lebih banyak kita
memahami dunia kita yang bernuansa, kita akan menjadi lebih efektif dalam menangani
masalah-masalah yang melanda.
PSH DI MALAYSIA
 Malaysia mempunyai banyak prasarana dan dasar yang memungkinkan rakyat memperoleh
PSH. Banyak institusi pendidikan menawarkan peluang pekerjaan. Institusi awam dan swasta
yang tumbuh bagai cendawan, membolehkan masyarakat berpeluang meneruskan
pembelajaran formal setelah tamat SPM atau STPM.
 Banyak IPTA dan IPTS menawarkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang
malah pembelajaran secara jarak jauh (PJJ). PJJ membolehkan mereka yang telah bekerja,
menyambung pelajaran sambil belajar separuh masa atau sepenuh masa.

 Pembelajaran secara elektronik dan secara maya serta pendidikan dengan universiti kembar di
luar negara adalah antara contoh PBH dapat diakses oleh setiap individu yang ingin belajar.
 Prasarana lain seperti kewujudan banyak IPTA dan IPTS, penubuhan taman-taman teknologi,
kewujudan Lembah Bioteknologi dan Lebuh Raya Maklumat dan Komunikasi, membolehkan
PSH berlaku. PSH juga boleh berlaku di rumah atau di mana-mana sahaja dan tanpa batas
dan ruang masa.
 Pembelajaran secara maya ialah pembelajaran tanpa jurang masa dan jarak yang menjadi
halangan untuk belajar. Sesiapa juga boleh belajar sama ada di sekolah pondok, masjid, sudut
belajar, perpustakaan, Internet atau melalui e-mel.
Program PSH
 Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
merealisasikan amalan membaca bagi pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan murid
 Kursus Reka Bentuk Pengajaran Abad Ke-21
pendidikan sepanjang hayat untuk menghadapi pengajaran abad ke-21 yang boleh dilaksanakan
oleh guru ialah e-pembelajaran
 Kursus Pendekatan Bersepadu Dalam Merancang dan Melaksanakan PDP Abad Ke-21
Guru sentiasa menganalisis kekuatan dan kelemahan diri sama ada dari aspek amalan pengajaran
dan pembelajaran ataupun pengetahuan serta kemahiran terkini
 Konsep kelas pintar melalui program Pembelajaran Abad Ke-21
Kemudahan yang moden dapat menimbulkan suasana pembelajaran sepanjang hayat yang lebih
menarik.
 Kursus Penyelidikan dan Inovasi Pembelajaran Abad Ke-21
Pembudayaan budaya penyelidik akan meningkatkan kemahiran professional guru serta membantu
guru menangani cabaran dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan
prestasi pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai