Anda di halaman 1dari 18

ANALISIS SAHSIAH DAN

PERIBADI IMAM MALIK


SIAPA IMAM MALIK ?

Nama : Malik ibni Anas


Gelaran : Imam Malik, Syeikh Islam
Lahir : 93 H atau 713 M
Wafat : 179 H atau 796 M
Etnik : Arab
Rantau : Arab
Bidang : Hadis, Fiqah
Idea utama : Mazhab Maliki
Karya : Al Muattok’
Pengaruh : Jaafar al-Sadiq, Abu Suhail al-Nafi
LATAR BELAKANG
 Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah Malik bin Anas bin
Malik bin Abi 'Amir (atau nama sebenarnya Nafi') bin 'Amru
bin al-Harith bin Ghaiman bin Khuthail bin 'Amru bin al-
Harith
 Beliau juga lebih dikenali dengan gelaran Imam Darul
Hijrah.
 Lahir di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan
tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah
Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah
 Berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan
dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-
Harith
 muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan,
dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.
 Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan
dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda
 Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi.
 Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab
Maliki
 telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah
bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan
meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.
 Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia
seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
SAHSIAH IMAM MALIK
• Imam Malik terkenal dengan kecerdasan
akal fikirannya yang tinggi sehinggakan
mampu menghafal al- Quran dalam usia
yang masih muda.
• Beliau juga terkenal dengan sifat mulia,
bersopan-santun, suka memakai pakaian
yang bersih, kemas serta bau-bauan yang
harum selaras dengan tuntutan agama
supaya menjadi orang yang pembersih.
• Beliau yang terkenal dengan keramahan
dan bergaul dengan semua lapisan
masyarakat merupakan seorang yang
pendiam dan hanya berkata-kata apabila
perlu.
• Beliau juga seorang hartawan yang tidak
lokek membelanjakan hartanya ke jalan
Alllah.
• Beliau seorang yang sangat menghormati
hadis-hadis Rasulullah dan diri baginda
sendiri walaupun baginda telah wafat.
Beliau dikatakan tidak pernah
menunggang sebarang jenis kenderaan di
Madinah sebagai tanda menghormati
jasad baginda yang tertanam di dalam
kubur.
• Beliau pernah dirotan dengan cemeti
sehingga patah tulang belakang kerana
mengeluarkan fatwa yang tidak disukai
oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak
secara paksa tidak jatuh talaknya.
• Rajin mengerjakan ibadat di malam
• Beliau tidak pernah merungut apabila
memberi pendidikan kepada anak-anak
muridnya. Beliau akan bersusah-payah
memberi kefahaman kepada anak-anak
muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.
• Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah
orang yang ingin belajar ilmu hendaklah
berusaha mencarinya, bukan ilmu yang
datang mencarinya.
KAEDAH PENYAMPAIAN
DAKWAH
1. KAEDAH SYARAHAN
 Kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam
Malik.
 Imam Malik banyak menyampaikan kuliah di
Masjid Madinah dan rumah beliau sendiri.
 Dalam majlis tersebut Imam Malik sahaja yang
menyampaikan ucapan sementara orang ramai
tunduk dan tenang mendengar dengan teliti.
 Beliau mula menyampaikan kuliah ketika berumur
17 tahun.
 Beliau tidak mengajar melainkan setelah
mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya
2. KAEDAH MENYELESAIKAN
MASALAH
 Imam Malik menggunakan kaedah ini
khususnya dalam perkara yang berkaitan
dengan hukum.
 Beliau dihujani masalah oleh penduduk
Madinah dan wilayah jauh.
 Imam Malik tidak suka andaian dan khayalan.
Beliau menyelesaikan masalah yang benar-
benar berlaku dan masalah waqi’i sahaja.
 Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir
dan mengkaji dengan mendalam.
3. KAEDAH PERBINCANGAN

 Ulama’ juga turut menghadiri kuliah yang


disampaikan Imam Malik.
 Beliau menggunakan kesempatan ini
untuk berbincang tentang masalah yang
dikemukakan oleh muridnya.
 Beliau turut mengadakan perbincangan
dengan khalifah Abbasiyah, antaranya
al-Mansur.
4. KAEDAH CERITA

 Digunakan oleh Imam Malik untuk


sampaikan cerita yang mendidik jiwa.
 Membawa contoh Sayidina al-Khattab
untuk dijadikan nasihat kepada khalifah.
5. KAEDAH PENULISAN

 Ada dua penulisan yang digunakan


oleh Imam Malik :
1. Penulisan kitab
2. Penulisan surat
 Kitab beliau yang mahsyur ialah
muatta’ ( menghimpunkan hadis Nabi
dan fiqah )
 Beliau turut menulis surat kepada
penguasa
6. KAEDAH ULANGAN

 Pengajaran ulangan atau tikrar


digunakan Imam Malik untuk
mengukuhkan kefahaman murid-
muridnya
 Beliau meminta penulisnya Habib untuk
menulis kandungan pengajaran yang
disampaikan dan membaca semula
kepada orang ramai.
7. KAEDAH PERGAULAN
 Menggunakan kaedah ini untuk
mendekati pemimpin bagi
menyampaikan pengajaran.
 Juga bergaul baik dengan murid-
muridnya dan sering menjemput mereka
ke rumah.
 Dalam pergaulan ini secara tidak
langsung beliau menerapkan perkara
baik sebagai panduan.
8. KAEDAH NASIHAT

 Imam Malik banyak memberikan nasihat


kepada orang ramai samaada
pemerintah atau masyarakat awam.
 Nasihat beliau yang mashsyur adalah
mengenai urusan bidaah, taklid memilih
dan seumpamanya ( Munawwar khalil,
1985 )
KESIMPULAN
 Beliau tidak hanya menggunakan satu
kaedah tertentu sahaja untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan.
 Mempelbagaikan kaedah mengikut
kesesuaian keadaan.
 Ini bagi menjamin keberkesanan proses
pengajaran yang disampaikan.
 Oleh itu kepelbagaian kaedah
pengajaran adalah penting.