Anda di halaman 1dari 5

Rajah 1.

1 menunjukkan dua bongkah logam yang diperbuat dengan bahan


yang sama, A dan B dalam keadaan sentuhan terma.
Suhu awal bongkah logam A ialah 80 °C dan bongkah logam B ialah 30 °C.
Selepas suatu masa, dua objek itu mencapai keseimbangan terma.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan terma? [1 markah]

b) Menggunakan Rajah 1.1, bandingkan jisim logam A dan B, suhu awal


dan suhu akhir kedua-duanya,kadar pengaliran haba antara A dan B
dan juga kuantiti haba dalam A and B. [5 markah]

c) Berdasarkan konsep fizik yang sesuai, terangkan bagaimana seorang


doktor boleh menggunakan satu termometer klinik untuk mendapatkan
suhu badan pesakitnya. [4 markah]
Rajah 1.2 menunjukkan satu termometer cecair dalam kaca.

Terangkan bagaimana anda akan mereka bentuk sebuah termometer


yang lebih jitu dan peka, dan boleh mengukur suhu pada julat -10°C
ke 110°C
Cadangan anda haruslah berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:
(i) Ciri-ciri cecair yang digunakan [4 markah]
(ii) Cara untuk menambah kepekaan bagi termometer [2 markah]
(iii) Takat didih dan takat beku bagi cecair yang digunakan [2 markah]
(iv) Cara untuk mengurangkan ralat semasa pengukuran [2 markah]
1. (a) kadar pemindahan haba sama / kadar pemindahan haba bersih
sifar

(b) Jisim logam A lebih tinggi daripada jisim B


Suhu awal A lebih tinggi daripada suhu B
Suhu akhir kedua-duanya sama
Kadar pemindahan haba antara A ke B = B ke A
Kuantiti haba dalam A lebih tinggi daripada B
(c) Termometer diletakkan di bahagian badan
Haba daripada badan dipindahkan ke termometer
Apabila kadar pemindahan haba sifar / keseimbangan terma tercapai
Apabila panjang merkuri tidak berubah / bacaan pada termometer diambil

Anda mungkin juga menyukai