Anda di halaman 1dari 21

OBJEKTIF

1. Mengetahui konsep dan peranan kata


tugas dalam item pentaksiran
2. Memahami kata tugas yang berkaitan
dalam item pentaksiran
3. Menggunakan kata tugas yang sesuai
dalam pembinaan item pentaksiran
KATA TUGAS
1. Suatu kata kerja yang berfungsi
untuk mengarah dan memandu
calon memberikan respons yang
sejajar dengan tugasan item
KATA TUGAS
Takrifkan / Definisikan
 Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas
tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau
terminologi.
Nyatakan
 Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut.
Senaraikan
 Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori
dan sebagainya secara spesifik tanpa memberi
hubungan, perkaitan atau penerangan lanjut bagi setiap
satunya
KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Namakan
 Memberikan kata panggilan yang spesifik terhadap
suatu perkara
Labelkan
 Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang
spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta,
ilustrasi dan sebagainya
Kenalpastikan
 Memberikan petunjuk atau makluman terhadap suatu
benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan
jelas
KATA TUGAS
Terjemahkan
 Menukarkan suatu bentuk maklumat kepada suatu
bentuk maklumat lain tanpa mengubah makna
maklumat tersebut.
Tukarkan bentuk
 Mempersembahkan maklumat kepada suatu bentuk lain
yang lazim
Ringkaskan
 Memberi penerangan yang lebih padat daripada
pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan
utama pernyataan itu
KATA TUGAS
Anggarkan
 Memberikan suatu sukatan yang dianggap sesuai
dengan keadaan yang ditetapkan dengan
menggunakan ciri-ciri suatu pengetahuan tertentu

Ramalkan
 Memberikan suatu nilai yang dijangkakan
berdasarkan pola atau corak tertentu
KATA TUGAS

2. Membayangkan kerencaman
(kepelbagaian) tugasan
KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Lukiskan
 Memberikan persembahan berbentuk grafik
bagi memperincikan suatu benda atau perkara

Lakarkan
 Memberikan persembahan berbentuk grafik
secara kasar tanpa memerlukan perincian atau
mengikut skala
KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Berapakah
 Memberikan suatu kuantiti secara terus atau
kiraan mudah dan tidak melibatkan prosedur
hitungan tertentu
Hitungkan
 Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi
melalui prosedur hitungan tertentu seperti
menggunakan rumus
KATA TUGAS

3. Suatu kata tugas tidak unik bagi


sesuatu objektif pentaksiran
KATA TUGAS
Contoh penggunaan Kata Tugas
Lakarkan simbol bagi DAN
 Tugasan ini mentaksir pengetahuan tentang
konvensi (simbol)
Lakarkan satu litar yang menunjukkan
gabungan get-get logik yang mungkin terdapat
di dalam kotak hitam itu
 Tugasan ini mentaksir kebolehan mensintesis
KATA TUGAS

4. Terdapat Kata Tugas yang


memerlukan sokongan beberapa
perkataan lain atau frasa untuk
menjelaskan tugasan.
KATA TUGAS

Contoh penggunaan kata tugas


Jelaskan bagaimana anda boleh
mengubahsuai sistem pengairan di atas
supaya penggunaan tenaga dapat
dijimatkan di samping mengekalkan
keupayaan pengairan ladang itu.
KATA TUGAS
RENUNGAN/PERBINCANGAN
 Cuba senaraikan Kata Tugas yang pernah
anda gunakan dalam penulisan item untuk
ujian peringkat sekolah.
 Bagi setiap Kata Tugas itu, bincangkan
bentuk respons yang diharapkan daripada
pelajar.
KATA TUGAS
RENUNGAN/PERBINCANGAN
 Adakah anda puas hati dengan kesesuaian
Kata Tugas yang anda pernah gunakan itu
?
 Bincangkan dalam kumpulan, pengalaman
anda tentang penggunaan Kata Tugas.
KATA TUGAS

RUJUKAN TAMBAHAN
Rujuk senarai Kata Tugas yang diedarkan
 Cuba lihat kesesuaiannya dengan item
pentaksiran bagi matapelajaran yang anda
ajar.
 Cuba tuliskan 5 item dengan
menggunakan Kata Tugas yang berlainan.
CONTOH KATA TUGAS
•Takrifkan •Tukarkan bentuk
•Nyatakan •Ringkaskan
•Lukiskan
•Senaraikan
•Lakarkan
•Namakan
•Anggarkan
•Labelkan
•Hitungkan
•Kenalpastikan •Binakan
CONTOH KATA TUGAS
•Bincangkan •Bandingkan
•Cadangkan •Bezakan
•Terjemahkan •Selesaikan
•Analisiskan •Rumuskan
•Hubungkaitkan •Susunkan
•Kelaskan
CONTOH KATA TUGAS

• Ramalkan berapa lamakah


masa yang diperlukan
untuk menamatkan
ceramah ini.
Doa dan harapan agar semua warga
pendidik dapat merealisasikan item
dengan jayanya, menepati rukun
pentaksiran dan dapat menggunakan
kata tugas yang tepat untuk
respons yang dikehendaki .

Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai