Anda di halaman 1dari 15

ETIKA

DEONTOLOGI

*AINA *NATASHA *AISYAH

*SABRINA *AISHAH
Teori Normatif Kewajiban:
Deontologi

• Berasal daripada perkataan yunani “deon” yang bermaksud "yang diharuskan


atau diwajibkan“.

• Golongan deontologist menafikan Teori Konsekuensialis (Teori Teleologikal)


kerana golongan ini merupakan golongan yang tidak percaya dengan akibat.

• Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak
berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
• Antara ahli falsafah yang menyokong teori ini ialah Immanuel Kant (1724-
1804), seorang ahli falsafah German.

• Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa
berada di bawah kawalan kita.

• Akan tetapi motif atau niat tindakan kita adalah di bawah kawalan kita.

• Kita sendiri harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk
membuat kebaikan atau keburukan.
• Abu menyapu sampah di halaman rumahnya
BURUK dengan niat ingin mendapatkan kepujian
daripada ibunya.

• Abu menyapu sampah di halaman rumahnya


BAIK dengan niat baik untuk mengemas
rumah agar kelihatan bersih.

Immanuel Kant (1724-1804)


• Teori Deontologi ini terbahagi kepada dua aspek:

Deontologi tindakan Deontologi peraturan


(EKSISTENSIALISME) (PRINSIP KEWAJIPAN)
DEONTOLOGI TINDAKAN
(EKSISTENSIALISME)
• Eksistensialisme bermaksud kebebasan moral bertindak tanpa amanah,
paksaan dan larangan.
• Manusia itu bebas untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai
dilakukan pada waktu tersebut.
• Eksistensialisme merangkumi beberapa aspek kebebasan, iaitu:
 Kebebasan jasmani
 Kebebasan kehendak
 Kebebasan moral
KEBEBASAN KEBEBASAN KEBEBASAN
JASMANI KEHENDAK MORAL

• Kebebasan fizikal. • Kebebasan • Kebebasan untuk

• Bebas untuk bergerak, mengeluarkan idea, menuntut ilmu

melakukan sesuatu, pendapat, emosi kepada • Kebebasan bertindak


bekerja, membuat, orang lain. tanpa tekanan,
melaksanakan sesuatu. paksaan, kewajipan
dan larangan.
• Dalam teori eksistensialisme ini, Jean Paul Satre (1905-1980) menekankan
kebebasan ialah manusia bebas memilih tindakannya.

• Individu bebas membuat pilihan atau keputusan moral dan tidak


membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.

Contohnya : seseorang itu tidak


dilahirkan sebagai seorang guru.
Sebaliknya , dia memilih untuk
menjadi guru.

Jean Paul Satre (1905-1980)


DEONTOLOGI PERATURAN
(PRINSIP KEWAJIPAN)
• Prinsip “duty for the sake of duty” menegaskan bahawa sesuatu
tanggungjawab itu dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan
satu kewajipan.

Sbg cth, menunaikan janji. Seorang ayah yang Kewajipan seseorang yang memiliki dan
telah berjanji akan memberi hadiah kepada mempercayai agamanya, maka mereka harus
anaknya sekiranya berjaya di dalam beribadah, menjalankan perintah dan
peperiksaan, perlu menunaikan janjinya itu. menjauhi laranganNya.
• Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu
 Perintah mutlak (Categorical imperative)
 Tekad baik (Goodwill)
• Perintah mutlak menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang
pengecualian atau syarat-syarat.

• Apabila sesuatu peraturan itu dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya


setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan.

Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya walaupun


menipu boleh membantu untuk mendapatkan markah yg tinggi namun perbuatan
tersebut merupakan satu tindakan yg tidak adil kpd individu yg jujur dan berusaha
untuk mencapai kejayaan.
• Terdapat 3 prinsip utama dalam Perintah Mutlak:

o Prinsip moral yang diamalkan mesti boleh diterima secara umum.

o Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia bukan


memperalatkan manusia.

o Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian


sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.
• Menurut Kant, tekad baik (goodwill) membawa maksud kesungguhan hati
untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan niat yang baik adalah sesuatu
yang ‘baik tanpa syarat’ (unconditional good) dalam sesuatu aktiviti itu.

• Satu konsep tekad baik adalah keinginan seseorang untuk melakukan


sesuatu tindakan sebab tujuan kebajikan orang lain dan menghormati undang
undang .
Contoh perlakuan Tekad Baik:

Memberanikan diri untuk menyelamatkan seseorang yang


berada dalam keadaan yang merbahaya tanpa memikirkan
tentang keselamatan diri sendiri.
• Kant juga menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat
minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian, dan
kesederhanaan pemikiran.

• Contohnya : seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun


untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan atas
kesedaran diri sendiri kerana dia memikirkannya ialah satu
tanggungjawab.

• Oleh itu, ia merupakan satu perbuatan yang beretika.


“Nothing can possibly be conceived in the world or out of it that can be
called good without qualification expect a goodwill”

“Tiada apa yang dikatakan baik tanpa syarat dalam sesuatu tindakan
kecuali tekad yang baik”
-Immanuel Kant-
• Kant juga mengatakan, terdapat juga ‘baik secara objektif’ (objective good).

• Bermaksud suatu perasaan yang hadir daripada kesedaran terhadap kewajipan


akan membawa kepada perlakuan yang baik, benar dan bermoral tetapi bukan
semua kewajipan seseorang itu bermotifkan kebaikan dan mungkin tindakan
yang baik itu ada syarat-syaratnya.

Contoh perlakuan ‘Baik secara objektif’:

Memberi maklumat kepada polis lokasi kegiatan pengedaran


dadah semata-mata kerana ingin mendapatkan hadiah wang.

Anda mungkin juga menyukai