Anda di halaman 1dari 14

Menurut Kamus Dewan (1984), hal.

1115 santun bermaksud


halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan

-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa


secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur
dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
•Budi Bahasa: Tingkah laku, kelakuan, tutur
kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan.

•Budi Pekerti: Tingkah laku, perangai, dan


akhlak yang positif. Budi pekerti lazimnya
didorong oleh kekuatan rohani iaitu
pemikiran manusia. Pemikiran yang positif
ini akan membawa tingkah laku yang positif
juga.
•Beradab: Mempunyai adab, budi bahasa yang
sopan.

•Sopan: Beradab dan berbudi bahasa (tingkah


laku,tutur kata, pakaian dan sebagainya.)
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb)
santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan
sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat
dalam bermasyarakat
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan
santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada
dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat,
atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat,
situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam
pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan
terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa
digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi
masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti
antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan
orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki
dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan
berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi
dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam
bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata
yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing,
pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan
berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat
berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki
ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan
dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang
dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat
tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang
bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan
disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan
sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan


kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-
hadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir
maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling
jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak
bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela,
melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara
ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi
amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan
janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian
saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan
jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang
akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan
hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah
tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah
naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan
adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.
VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia
manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain
ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Antara tingkah laku yang bersantun :

•Sayang-menyayangi antara satu sama lain.


•Bertegur Sapa dengan orang lain.
•Menjalankan pergaulan yang sihat.
•Mempunyai peribadi yang ceria terutamanya apabila bergaul
dengan orang lain.
•Berhemah tinggi dalam kehidupan seharian.
•Bersifat ramah mesra semasa bergaul dengan orang lain.
•Mempunyai pekerti yang elok.
•Sentiasa bersedia memberi bantuan kepada orang yang
berada dalam kesusahan.
•Bertimbang rasa dan hormat-menghormati antara satu sama
lain.
•Bersifat jujur serta ikhlas dalam segala perkara serta tidak
mengharapkan balasan daripada orang yang pernah dibantu.
Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu
bidang pengkajian yang menarik dalam bidang
sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang
lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada
aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik
muka, dan nada suara.

Anda mungkin juga menyukai