Anda di halaman 1dari 9

Contoh soalan struktur

1. JELASKAN TIGA PERANAN IKLAN TERHADAP MASYARAKAT


A)…
B)…
C)…
JAWAPAN
A)MEMBERI MAKLUMAT
IKLAN BANYAK MEMBERI MAKLUMAT KEPADA ORANG RAMAI MENGENAI SESUATU BARANGAN.
MAKLUMAT DIBERI BERKENAAN CARA PENGGUNAAN, KEBAIKAN DAN MEMBUAT PROMOSI
MENGENAI KELUARAN PRODUK TERBARU ATAU MEMPERKENALKAN SESUATU BARANGAN
YANG AKAN BERADA DI PASARAN, CONTOH; IKLAN SABUN MANDI JENAMA BARU ‘NONA’
B) Memberi hiburan
 Penonton yang menonton persembahan iklan di televisyen dan
mendengar iklan di radio berasa terhibur dengan apa yang
dipersembahkan seerti aksi pelakon, dialog iklan yang menyentuh
perasaan serta mempunyai unsur komedi, visual yang menarik,berwarna-
warni dan jalan cerita yang menarik.

C)Memberi pendidikan
 Kementerian kesihatan telah mengadakan kempen mencegah penyakit
demam denggi melalui surat khabar, majalah, poster, radio dan television.
Unsur pendidikan yang terdapat dalam iklan tersebut menyeru
masyarakat supya menjaga kebersihan persekitaraan rumah mereka.
Nyamuk aedes adalah pembawa kuman penyakit tersebur. Dengan
membuang tin-tin kosong, tayr buruk dan meletakkkan ubat jentik-jentik di
tempat air bertajung menyebabkan nyamuk aedes tidak boleh membiak.
2. Gambar menunjukkan perayaan di Malaysia.
Berdasarkan hasil karya tersebut, jelaskan.
a) Aspek pengolahan karya…
b) Gaya penampilan karya…
a) Aspek pengolahan karya
Idealisasi merujuk kepada upacara ritual yang
berkaitan dengan upacara keagamaan dan
kepercayaan yang dilakukan oleh sesuatu kaum
seperti yang dapat dilihat dalam gambar
mereka melakukan sesuatu aktiviti untuk
membayar nazar

ii) Stailisasi bermaksud imej yang digayakan dari


segi rupa, bentuk dan reka letak. Imej- imej
keagamaan telah diubahsuai dan disusun seperti
sebuah ilustrasi manakala warna telah
disesuaikan mengikut mood dan mesej yang
ingin disampaikan melalui karyanya.
 B) Realistik
Imitasi bermaksud peniruan secara realisme,
naturalisme dan superealisme. Berpandukan
kepada gambar satu adalah jelas peniruan
imej dilakukan secara realistik megenai
gambaran masyarakat yang sebenar sedang
melakukan aktiviti keagamaan. Imej figura
kelihatan seperti keadaan sebenar.
Separa abstrak
Dari segi penampilannya lebih kepada imej
keagamaan Thaipusam. Warna langit dan
figura tidak menggambarkan warna sebenar
dari segi realitinya adalah warna biru.
Susunannya separa abstrak kerana kedudukan
tidak menggambarkan situasi sebenar semasa
upacara membayar nazar dijalankan
 3. Terangkan ciri-ciri umum kraf Melayu tradisi
daripada aspek berikut:
a)Reka bentuk
b) Reka corak
c) Fungsi
a)Reka bentuk
Reka bentuk kraf Melayu tradisi adalah merujuk kepada
alam semula jadi dan geometri. Contoh; tokoh-tokoh
pembuat tembikr di Kuala Kangsar, Perak mengambil idea
daripada bentuk buah labu untuk dijadikan reka bentuk
tembikar mereka akhirnya terciptalah labu sayung.
 b) Reka corak
 Digunakan sebagai ragam hias untuk mencantikkan kraf Melayu
tradisi. Idea yang diperoleh dari persekitaran tempat tinggal mereka
iaitu alam semula jadi. Motif yang sering digunakan gaya organik
dan geometri. Contoh; reka corak batik terdapat unsur flora seperti
motif pucuk rebung, pucuk paku, bunga padi dll. Unsur fauna seperti
ayam jantan,burung merak. Rupa geometri seperti tiga segi, potong
wajek.

 c)Fungsi
 Kegunaan kraf Melayu tradisi pada masa dahulu adalah untuk
kegunaan harian mereka. Contoh; kain batik dijadikan baju atau kain
sarung, manakala tembikar labu saying pula digunakan untuk
menyimpan air kerana mereka percaya air tersebut boleh
menyejukkan badan.
4. Gambar I bawah ialah karya berjudul ‘Do it
Yourself’ oleh Andy Warhol, tahun 1962
a)Gerakan seni
 Aliran
Pop Art, karya berjudul “Do it Yourself” oleh Andy
Warhol, tahun 1962 adalah gerakan seni pop.
Merupakan gerakan seni yang muncul di Britain dan
Amerika Syarikat. Seni pop memasukkan imej
kepenggunaan dan daripada budaya semasa yang
popular dalam binaan seperti perahu, seni bina rumah,
pengeluaran barangan dan pelabelan produk
berpandukan nombor iaitu cat. Subjek lain yang
popular seperti selebriti pelakon, penyanyi, pengiklanan
dan komik. Salah satu matlamat penggunaannya
dalam seni dengan menggunakan imej popular dan
unsur-unsur budaya.
 Teknik gubahan.
 Mewarna Menggunakan nombor
 Menggambarkan satu bentuk baru dalam teknik gubahan imej
mengenai penggunaan nombor pada kawasan yang
diwarnakan. Gerakan seni Popular yang berkaitan dengan imej
kepenggunaan dan budaya popular pada masa itu ialah
pelebelan pelbagai warna cat dengan menggunakan nombor.
Mempunyai ciri-ciri yang menarik untuk melihat skema warna
untuk menekankan unsur-unsur tertentu dalam budaya
kontemporari. Ia juga dikaitkan dengan penggunaan cara
mekanikal semula dalam mewarna. Teknik gubahan ini telah
menyediakan satu garis panduan kaedah mewarna pada
permukaan lukisan dengan angka untuk setiap warna dan ruang
kosong juga dengan nombor menandakan ruang tidak dicat

Anda mungkin juga menyukai