Anda di halaman 1dari 47

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN AL-QURAN SECARA UMUM


 Zaman Rasulullah SAW
-memperlihatkan tahap-tahap kemajuan
pemikiran yang merubah sikap, pandangan
hidup dan perlakuan manusia.
-Pendidikan tersebut memperlihatkan satu
garis pemisah antara natijah pendidikan
Islam yang berteraskan tauhid dengan
pendidikan jahiliah arab yang berasaskan
pemikiran logik dan matlamat keduniaan
semata-mata.
 IbnKhaldun:
meriwayatkan sebelum kedatangan Islam
penduduk Semananjung Tanah Arab adalah
buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di
antara mereka yang tahu membaca dan
menulis.
Menurutnya orang yang belajar menulis di
Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan
mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah.
 Menurut sejarah orang yang mula-mula
mengajar menulis dan membaca sebagai satu
mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang
yang berasal dari Wadi al-Qura.
 Ia telah berusaha memberi pelajaran kepada
beberapa orang penduduk negeri itu.
Semenjak dari itulah tersebarnya kemahiran
tulis menulis dan membaca di Semananjung
Tanah Arab
 Walaubagaimanapun proses perkembangan
tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah
kedatangan Islam.
 Kedatangan agama Islam membawa perubahan
besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan
pendidikan terutama dalam pembacaan dan
penulisan.
 Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu,
manusia dapat melibatkan diri dalam pelbagai
proses kemajuan dan kematangan seperti :
 proses pengenalan (cognition),
 ingatan (memory),
 pengamatan (perception),
 pengucapan (verbalization),
 pemikiran (reasoning),
 daya kreativiti (creatibity)
 Pembacaan juga dapat menyingkap tabir
kejahilan yang sentiasa menghalang manusia
bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan
membaca, manusia didorong kepada rasa
ingin tahu atau ingin memahami hakikat
kejadian yang sebenar.
 Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa
Pencipta Alam, dapat mengenali dan
menginsafi diri sendiri. Pembacaan atau
pemilikan ilmu merupakan alat yang unik
bagi mencapai tahap
• Rasulullah saw dipertanggungjawabkan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan
Islam kepada umatnya bagi menyelaras dan
memantapkan penyebaran Islam yang berasaskan
aqidah, syariah dan akhlak.
• Sebagai langkah pertama baginda
memperkenalkan pembacaan dan asas-asas al-
Quran di samping pelajaran tulis menulis dan
membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu
pengetahuan.
• Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi
dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh
baginda Rasulullah SAW. yang berupa
percakapan, perbuatan dan pengakuan.
 Tahap pendidikan di peringkat awal berlaku
secara rahsia bermula dengan pengajaran al-
Quran khusus kepada kaum keluarga baginda
sendiri.
 Hasil daripada usaha ini Khadijah binti
Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin
Harithah telah memeluk agama Islam dan
meyakini ketauhidan Allah.
 Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu
dengan mendengar kuliah daripada Rasulullah
SAW. sendiri dan seterusnya menghafal,
mengamal dan menghayati isi pelajarannya.
Manakala pembelajaran al-Quran dilakukan
secara talaqqi dan musyafahah.
 Pembelajaran hafazan berlaku secara menghafaz
ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan menulis
ayat tersebut.
 Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik,
melatih dan memandu pengikut-pengikutnya
dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang.
 Selepas turunnya surah al-Hijr ayat 94, Allah
memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan
Islam secara terang-terangan.
o Bermula dari sini pendidikan Islam, dilakukan
secara umum kepada seluruh lapisan
masyarakat.
o Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi
lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan
disekitar Kaabah.
o Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih
tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid
kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh
baginda tertumpu kepada penolakan adat
istiadat, kepercayaan dan cara beribadat kaum
jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT.
Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh
Rasulullah dalam beberapa bentuk:

PENDIDIKAN UMUM

PENDIDIKAN KHUSUS

PENDIDIKAN INSTITUSI
 Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW atau para
sahabat daripada Khulafa al-Rashidin.
 Perlaksanaannya dilakukan dengan
penyampaian pidato selepas solat fardu atau
selepas solat Jumaat.
 Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah,
syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain
seperti menunggang kuda, bermain pedang,
berenang, bergusti dan lumba lari.
 Pengajaran yang berbentuk khusus ialah
pengajaran yang diberikan oleh baginda
kepada orang-orang yang tertentu tanpa
mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat
baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar
as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah
di antara orang yang sering mendapat
pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk
ajar secara langsung.
 Merupakan intisari Pendidikan Islam pada
peringkat Madinah. Pendidikan ini dibahagi
kepada dua peringkat iaitu peringkat awal
(menulis dan membaca) dan peringkat
pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan
bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan
Islam pada masa selanjutnya.
 Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin
(11H/623M – 40H/661M) diperintah oleh
empat orang sahabat Rasulullah SAW.
 Keempat-empat mereka bertindak bertindak
sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan
dan keselamatan negara bahkan memberi
penekanan yang begitu intensif terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan
pendidikan Islam.
 Para sahabat telah menumpukan perhatian
mendidik disamping pada masa yang sama
mentadbir negara.
 Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih
lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat
pentadbiran Nabi SAW.
 Pada zaman ini para sahabat nabi seperti
Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-
lain masih aktif menyambung perjuangan
Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam
khasnya Fekah dan Tauhid.
 Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah
Nabawi, para sahabat meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran kepada kaum
muslimin.
 Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-
Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran
seperti masalah arridah, ancaman Quraisy
Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum
Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam
yang dibuat oleh kaum munafikin.
 Semua masalah itu dapat diatasi bahkan
proses pendidikan Islam semakin berkembang
luas ke serata alam dalam pelbagai bidang
serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang
terbilang pada zamannya.
 Parasahabat yang terdiri daripada Sayidina
Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah
orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW.
 Mereka bukan sahaja menyambung usaha-
usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW
bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran
pertambahan umat Islam dan keluasan
wilayah Islam.
 Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq (11H – 13H) di samping memelihara
keutuhan negara dari berlakunya kehancuran,
akibat tindakan liar orang-orang munafik dan
musuh-musuh Islam, beliau amat memberi
perhatian berat terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan.
 Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam
supaya mempelajari dan menghayati al-Quran
dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan
menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam
sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-
Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam
yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran
kerajaan Islam Madinah.
 Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan
Mesir serta beberapa wilayah Islam yang
ditakluki tidak terdapat sebuah kampung pun
di daerah tersebut melainkan dibangunkan
masjid sebagai tempat ibadat di samping
menjadi pusat pelajaran dan pendidikan
Islam.
 Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang
sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan
pendidikan Islam.
 Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung
Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah
kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Beliau
memberi penekanan yang serius terhadap ilmu
pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani
kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu
pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani
seperti berenang, menunggang kuda memanah,
matematik dan kemahiran berfikir (mantik).
 Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya
kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan
menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang,
menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan
syair-syair yang indah
 Begitu juga berlaku pada masa khalifah
Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan
penulisan.
 Beliau telah melantik sahabat-sahabat untuk
menulis dan membukukan al-Quran. Dengan
usaha beliau itu, dapat menyelamatkan
pembacaan al-Quran mengikut Rasm
Uthmani.
 Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah
Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin
darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan
dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut
bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang
berbangsa Arab Quraisy.
 Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan
pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu
sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn
Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin
Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman
Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin
Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin
Abdullah(Nabi SAW).
 Jibrilmemasukkan ke dalam hati Baginda
dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-
apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu
berada dalam hatinya. Mengenainya baginda
menyatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke
dalam kalbulku”. Hal ini boleh dirujuk
melalui ayat 51, surah Asy-Syura.
 Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai
seorang lelaki dengan mengucapkan ayat
kepada Baginda sehingga Baginda benar-
benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan
itu.
 Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini
adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda
sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun
ketika itu cuaca sangat sejuk. Kadang-kadang pada
kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu
turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta
baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk
kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu
diturunkan, baginda sedang menunggang unta.

 Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar


sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu
turunnya ayat surah al-Muzammil. Hal ini terkandung
dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang
bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah
melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia
berada) di Sidratulmuntaha)
 Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali
gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam
surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa
yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia,
yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”

 Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga


diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-
Dukhan ayat 3 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah
menurunkan al-Quran di malam yang penuh
keberkatan.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1
yang bermaksud:“ Sesungguhnya Kami menurunkan al-
Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah
al-Baqarah ayat 185 maksudnya:“Bulan Ramadan yang
diturunkan padanya al-Quran.”

 Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui


perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
 Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-
195 maksudnya:
 “Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-
benar diturunkan oleh Tuhan semesta
alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin
(Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw)
supaya kamu menjadi salah seorang di
antara orang yang memberi peringatan
dengan bahasa Arab yang jelas.”
 Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz
oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan
kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya
betul-betul bimbang jika tertinggal
perkataan tertentu atau huruf tertentu.
 Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail
dan solat. Setahun sekali Nabi SAW ditasmi’
oleh Jibril dalam bulan Ramadan secara
bertadarus.
 Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya
sebanyak dua kali.
 Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh
menghafaz dan mempelajari serta
memahaminya dengan menjauhi kenikmatan
tidur dan rehat.
 Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut
memanfaatkan masa malam mereka untuk
memantapkan hafalan mereka.
 Empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq,
Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib),
 Talhah,
 Ibnu Mas’ud,
 Huzaifah,
 Abu Hurairah,
 Ibnu Omar, Ibnu Abbas,
 (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah).
 Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota
Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin
Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Pada masa sama,
Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis
wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori
pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai
tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.
 Termasuk daripada orang-orang
Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti
Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin
Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.
 Pada masa sama, Nabi SAW melantik
beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori
pembelajaran berkesan setiap kali wahyu
turun sebagai tambahan dalam hafalan
supaya tidak hilang begitu saja.
1. Keempat-empat Khulafa’ Ar-Rasyidin,
2. Muawiyah bin Abu Sufian,
3. Khalid bin al-Walid,
4. Ubai bin Kaab
5. Zaid bin Thabit.
 Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas
kulit kayu,batu,kulit haiwan dan kain-kain
sahaja berikutan kertas belum wujud.
 Sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-
Quran tidak dihimpunkan dalam satu
mashaf(teks lengkap yang berbuku).
 Tidak ada faktor yang membolehkan untuk
dikumpul satu mashaf daripada kemudahan
penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai
huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca
Al-Quran).
 Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh
dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar
disebabkan perkara tertentu) .
 Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi
beransur-ansur.
 Setiap ayat yang diturunkan adalah atas satu-
satu faktor, sebab dan peristiwa.
 Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah
ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah
iaitu hampir 70 orang.
 Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu
Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-
Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana
bimbang akan kehilangannya dengan sebab
kematian huffaz dan qurra’.
 Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW
tidak pernah melakukannya dan takut
seandainya berlaku perubahan ayat atau
pertukaran ayat al-Quran.
 Setelah perbincangan dilakukan dengan teliti,
atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia
adalah satu wasilah yang paling agung untuk
memudahkan menghafaznya serta mengelakkan
daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu
Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-
Quran itu.
 Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis
wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup
antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan
usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian
ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada
lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas,
tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang
ditetapkan oleh Rasulullah SAW.
 Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada
Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya,
diserahkan pula kepada Saidina Umar al-
Khattab.
 Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan
ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang
juga anak Saidina Umar sehingga ke saat
pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada
zaman Khalifah Uthman.
 Apabila berlaku pertentangan dari sudut
bacaan ayat Al-Quran (disebabkan
kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan
Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya
memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman
untuk membukukan Al-Quran.
 Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras
dalam usaha membukukannya.
 Pada peringkat awal,jawatan kuasa
penyelaras Al-Quran itu telah membukukan
sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu:
1. Naskhah dipegang sendiri oleh Khalifah
Uthman bin Affan
2. Naskhah dihantar ke Kota Basrah,
3. Naskhah kepada kota Kufah dan
4. Naskhah kepada kota Syam
5. naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah
6. Naskhah kota Makkah Al-Mukarramah
 Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah
naskah khas yang disalin terus dari naskhah
Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk
pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu
Daud Sulaiman bin Najah.
 Dua salinan baharu itu hanya digunakan
tatkala timbulnya perselisihan berkenaan
teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran,
serta memperbetulkan keraguan dalam
mashaf Al-Quran yang terdapat pada enam
buah naskhah seperti yang dinyatakan diatas,
akibat timbul dari perbezaan sebutan dan
periwayatan imam-imam Qiraat.
 Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah
Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin
darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan
dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut
bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang
berbangsa Arab Quraisy.
 Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan
pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu
sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn
Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin
Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi Abdil
Rahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman
bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai
bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin
Abdullah(Nabi SAW).
 Manakala cara membarisnya pula adalah diambil
daripada apa yang telah diakui kesahihannya
oleh para Ulama seperti yang dibandingkan
dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi”
karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil
tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para
pengikut daripada kalangan(Masyariqah)
Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-
tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di
Sepanyol) dan orang-orang Maghribi.
 Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf
Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid
bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair,
Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin
Hisyam.
 Al-Quran diturunkan secara beransur-
ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22
hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di
Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:
 Lebih mudah dimengerti dan dilaksanakan penyebaran dan
penghafalannya. Orang akan enggan melaksanakan
suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu
dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan
membebankan.
 Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang
mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat
dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.
 Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan
peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih
mengesankan dan lebih meresap ke
dalam sanubari.
 Memudahkan penghafalan.
 Di antara ayat-ayat itu ada yang
merupakan jawapan daripada pertanyaan
atau penolakan sesuatu pendapat atau
perbuatan.
 Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat
iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.

Ayat Makiyyah : diturunkan di Mekah

Ayat Madaniyyah : diturunkan di Madinah.

Beza antara keduanya adalah:

Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-


pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula
panjang-panjang.
 Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30
juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456
ayat.
 Ayat Makiyyah yang merupakan 19/30
juzuk daripada isi kandungan al-Quran
berjumlah 4,780 ayat.
o Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236
ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.
 Dalam bentuk surah sebanyak 114 surah dan
juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-
Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu
huruf.

Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat


ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang
beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya
ayyuhanass (Wahai manusia), manakala
dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah
sebaliknya.
 Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya
mengandungi hal-hal yang berhubung dengan
keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah
umat terdahulu yang mengandungi pengajaran
dan budi pekerti.

 Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-


hukum sama ada yang berhubungan dengan
hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti
hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan,
hukum perang, hukum antara bangsa, hukum
antara agama dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai