Anda di halaman 1dari 14

GEMBALA KAMBING BIRI-BIRI

DENGAN SERIGALA

Diceritakan oleh :
IRDINA SAFIYYA BT IDRIS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hai kawan-kawan..

Nama saya Irdina Safiyya bt Idris.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang


bertajuk GEMBALA KAMBING BIRI-BIRI DENGAN
SERIGALA.

Dengar ya!
Pada satu waktu dahulu, dalam sebuah
kampung, tinggal seorang remaja nakal yang
bernama Mamat.

Mamat berkerja mengambil upah menjaga


kambing biri-biri di sebuah ladang.

Oleh kerana kerjanya itu, Mamat lebih dikenali


sebagai Mamat Biri-biri.
Setiap hari Mamat akan membawa biri-biri itu ke
padang rumput di hujung kampung untuk
meragut rumput.

Mamat akan menunggu biri-biri itu meragur


rumput dari pagi hingga ke petang.

Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu


akan dibawa pulang ke kandangnya.

Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari.


Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya
itu.
Mengembala biri-biri tidaklah susah dan tidak
perlukan tenaga yang banyak.
Mamat boleh berehat atau melakukan apa saja
yang dia suka ketika menunggu biri-biri meragut
rumput.
Saban hari, Mamat menghabiskan masanya
dengan tidur di bawah pokok dan berangan-
angan.
Lama-kelamaan, Mamat menjadi bosan.

Dia tidak ada kawan-kawanuntuk berbual atau


bercerita.

Kebosanan Mamat semakin menjadi-jadi dari


sehari ke sehari.

Saban hari Mamat termenung dan merungut


sendirian mengenangkan nasibnya.

Pada suatu petang, mamat mendapat akal


untuk menghilangkan kebosanannya itu.
“Tolong! Tolong! Serigala menyerang!”

“Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!”

Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan


peladang yang sedang bercucuk tanam.

Peladang-peladang itu bergegas ke tempat Mamat


untuk membantunya.

Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat


sedang ketawa terbahak-bahak.
“hahahaha….! Semua dah kena tipu. Hahaha…!”

“Aku berjaya memperdayakan kamu! Hahaha..”

Kata Mamat bersulam dengan ketawanya.

“cis! Kamu sudah mempermainkan kami.”

Marah peladang-peladang itu sambil berlalu pergi.

Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu.

Perasaan bosan yang menguasai diri Mamat sebelum


ini hilang ditiup angin petang.
Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi
perbuatannya menipu orang kampung.
Timbul rasa seronok apabila setiap kali mengulangi
perbuatannya itu.
Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah
tersebar luas.
Biarpun ada di antara penduduk kampung menasihati
Mamat, tetapi dia tetap dengan hobi baharunya itu.
Nasihat demi nasihat diberikan tidak pernah diambil
peduli.
Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali
dengan kerenah Mamat.

Mereka hanya membiarkan sahaja Mamat


menjerit dalam penipuannya.

Akhirnya , Mamat juga menjadi bosan kerana


helahnya sudah tidak dipeduli orang.
Tiba-tiba……

Pada suatu hari, sedang mamat termenung,


semua biri-biri jagaanya berlari ke sana dan ke
sini tanpa arah dalam ketakutan.

Mamat terperanjat apabila melihat kehadiran


sekumpulan serigala yang sedang mengejar biri-
birinya.
“Tolong! Tolong!!! Aku diserang serigala….”

“Tolong! Tolong!! Tolong!!! Selamatkan biri-biriku..”

Mamat menjerit berulang kali tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-biri telah mati dikerjakan oleh


kawanan serigala itu.

Serigala itu berlalu meninggalkan mamat setelah


kekenyangan.

Mamat yang terperanjat dan ketakutan itu, menangis


semahu-mahunya.
Mamat sedar akan kesilapannya yang lalu telah
menyebabkan orang kampung tidak datang
menolongnya.

Akibatnya…. Biri-biri jagaannya telah menjadi


habuan kepada serigala.

Mamat menyesali perbuatannya itu.


Pengajarannya…

Kawan-kawan janganlah suka menipu dan


memperdayakan orang lain.

Perbuatan itu akan menyusahkan diri di


kemudian hari.

Sekian, terima kasih.