Anda di halaman 1dari 34

NOTA KULIAH STPD 2213

KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGI


TAJUK : PEMASARAN PERNIAGAAN
PENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL

Apa itu Pemasaran ?

Untuk kebanyakan orang pemasaran bererti iklan, atau lebih umum sebagai
promosi dan membuat jualan. Namun semua itu merupakan sebahagian kecil
dari pemasaran.Pemasaran merupakan falsafah perniagaan.

Termasuk dalam tugas Pemasaran adalah bagaimana kita dapat menyelami


keinginan pengguna ataupun calon pengguna dan bekerjasama dengan
bahagian jualan, bagaimana produk atau perkhidmatan sampai dan dibeli oleh
pengguna dan bagaimana mempromosikan sehingga dapat dipakai, dihargai dan
mendapat posisi khusus dalam masyarakat secara meluas.

1
Definisi Pemasaran

Ibrahim Abdul Hamid


Persatuan Pemasaran
Prinsip Pemasaran
Amerika (AMA)
“satu aktiviti pembangunan
Satu sistem aktiviti dan pengagihan barangan serta
perniagaan yang dibentuk utk perkhidmatan yang berkesan
merancang dan melaksanakan dan diusahakan untuk segmen
konsepsi,penentuan harga, pengguna terpilih”
promosi dan pengedaran produk
untuk menggalakkan berlaku
pertukaran yg dapat memenuhi
keperluan pengguna dan pada
Philip Kotler (1991)
masa yg sama mencapai objektif
organisasi  “satu proses sosial ataupun
pengurusan di mana individu
atau kumpulan memperolehi apa
yang dikehendaki dan diperlukan
sama ada dengan menciptakannya
The common theme is meeting sendiri ataupun melalui
needs and providing pertukaran produk atau nilai
benefits. dengan pihak lain.”
2
KEPERLUAN

KONSEP ASAS KEHENDAK


PEMASARAN
PERMINTAAN

PERTUKARAN

TRANSAKSI/
URUSNIAGA

3
1. Keperluan

• Keperluan merujuk kepada keperluan manusia yang terhasil


secara semula jadi dalam diri manusia tetapi boleh
dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.

• Keperluan tidak dibentuk oleh pemasar kerana ia adalah


perkara asas yang sangat dikehendaki bagi setiap manusia.
Bila keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang akan mencari
untuk mendapatkan keperluan tersebut atau cuba untuk
mengurangkan keperluan tersebut.

• Contoh – Keperluan fisiologi (makanan, minuman, pakaian)


keperluan keselamatan (ubat, tempat tinggal, kesihatan),
keperluan sosial (kasih sayang dan kawan), keperluan
penghargaan diri (perasaan ingin dihormati, mempunyai
reputasi yang baik dan status dalam masyarakat), dan
keperluan pencapaian diri (sesuatu yang dapat memenuhi
hasrat hati).

4
2. Kehendak

• Ia terhasil daripada keperluan asas manusia dan


terbentuk dari persekitaran budaya atau
personaliti seseorang melalui proses
pembelajaran.

• Kehendak manusia hampir tiada hadnya tetapi ia


dibataskan melalui sumber yang dimiliki yang
selalunya terhad

5
3. Permintaan

• Definisi - Kemahuan atau kesediaan seseorang untuk


memiliki/membeli sesuatu barang atau perkhidmatan
yang disertai dengan kemampuan untuk memilikinya.

• Kehendak dapat ditukar kepada permintaan bila


disokong oleh kemampuan untuk memiliki

• Sumber kemampuan – contohnya wang.

6
4. Pertukaran
• Definisi – Tindakan untuk memperolehi objek yang diingini
daripada pihak lain dengan menawarkan sesuatu sebagai
balasan.
• Definisi - Merupakan satu aktiviti di mana satu produk yang
diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran
oleh satu pihak yang lain

7
5. Transaksi/Urusniaga

• Wujud apabila berlaku pertukaran dua


barangan antara pihak samada
pertukaran wang dengan produk atau
pertukaran antara barang dengan
barangan lain (sistem barter)

8
EVOLUSI KONSEP PEMASARAN
1. Konsep Pengeluaran

* konsep ini menyatakan pengguna akan menggemari keluaran


sedia ada dan termampu dibeli mereka

* pengguna akan menerima apa sahaja produk yang


dikeluarkan/penawaran akan menyebabkan permintaan

* apabila keperluan tersebut melebihi daripada jumlah yang


boleh dikeluarkan firma, ini mendorong firma untuk
meningkatkan pengeluarannya

* apa yang lebih penting kepada pengilang ialah pengeluaran


bukan pemasaran

9
2. Konsep Produk

- Pengguna akan menggemari produk-produk


yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri
inovatif yang terbaik.
- Pengeluar menumpukan usaha ke arah
penambahbaikan produk secara berterusan.

10
3. Konsep Jualan

* Falsafah berpegang kepada pengguna tidak akan membeli


keluaran organisasi kecuali ia melakukan usaha jualan dan
promosi secara besar-besaran

* Apabila semua pengilang meningkatkan pengeluaran, bekalan


dan inventori turut meningkat melebihi permintaan sebenar
daripada pengguna. Persaingan menjadi semakin sengit dan
masalah untuk mendapatkan pasaran semakin kompleks.

* Pengusaha ingin meningkatkan volum jualan melalui


usaha jualan dan promosi secara besar-besaran dilakukan.
Syarikat mengambil jurujual (jualan peribadi) utk mencari
pasaran dan pengguna baru, serta membentuk iklan yang
kreatif.

11
4. Konsep Pemasaran

Konsep ini menyatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi


bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan
kehendak pengguna dan memberikan kepuasan yang
dikehendaki dengan lebih efektif dan efisyen berbanding pesaing.

Pemasaran menjadi faktor penting dalam penjualan produk

Syarikat akan mengeluarkan produk yang dikehendaki oleh


pengguna bagi memuaskan keperluan pelanggan dan mmperolehi
keuntungan.

Produk yang berjaya adalah berasaskan kepada pemasaran yang


efektif

12
5. Konsep Pemasaran Moden
(Pemasaran Kemasyarakatan)
• Menyatakan bahawa organisasi patut menentukan
keperluan, kehendak dan kepentingan pasaran
sasar (pengguna) dengan memberikan nilai yang
lebih baik melalui pengekalan atau memperbaiki
kesejahteraan penguna dan masyarakat.
• Pemasar perlu menyeimbangkan antara
keuntungan syarikat, kehendak pengguna dan
kepentingan masyarakat.
• Pemasar tidak hanya mementingakan keuntungan
jangka pendek tetapi juga keuntungan j/panjang.

13
Fungsi / Peranan Pemasaran
dalam Organisasi

1)Fungsi Urusniaga (Transactional Functions)

Melibatkan aktiviti
i) Pembelian
• Pembelian melibatkan proses mencari dan menilai pilihan
produk

ii) Penjualan
• Jualan melibatkan proses mempromosikan produk melalui
pengiklanan, jualan peribadi, publisiti dan promosi jualan

14
2. Fungsi Logistik (logistical functions)

Melibatkan aktiviti:
i) Penyimpanan (penstoran)
• Membantu pengguna mendapatkan produk di tempat dan masa
yang mereka kehendaki

ii) Pengangkutan produk utk diagihkan


• Saluran pengedaran yang ekstensif diperlukan bagi
menjalankan fungsi ini

15
3.Fungsi Pemudahcara (Facilitating Functions)

Melibatkan Aktiviti:

i) Pembiayaan – Setiap syarikat harus membiaya pengeluaran


termasuk bahan mentah, inventori dan pembelian barangan
sebelum mendapat bayaran drp pelanggan

ii) Mengambil Risiko – risiko yg dihadapi oleh pengurus


pemasaran apabila barang rosak atau tidak dapat dijual

iii) Mengumpul Maklumat Pasaran – termasuk kajian kelakuan


pengguna, sistem maklumat jualan dan inventori

iv) Pempiawaian& Penggredan – memiawaikan penerangan


terhadap ciri, saiz dan kualiti produk supaya elak kekeliruan
pengguna dan memudahkan urusniaga

Penggredan membolehkan pengguna mengetahui kualiti produk


tanpa melakukan pemeriksaan terhadap produk tersebut 16
Aktiviti Pemasaran

1) Pembelian - mendapatkan bahan yang diperlukan bagi


pengeluaran produk atau perkhidmatan

2) Penjualan-syarikat menjual produk kepada pengedar


atau pembeli akhir

3) Pembiayaan/kewangan-untuk tujuan aktiviti


pemasaran, pembelian dan penjualan

4) Pengangkutan-mengangkut/menghantar produk ke
tempat pengeluaran dan kepada pengguna

17
Aktiviti Pemasaran

5. Penyelidikan - kenalpasti pengguna, pasaran, corak DD dan


strategi penentuan paduan pemasaran
6. Pergudangan - penyimpanan barangan utk pengeluaran dan
barangan siap
7. Khidmat selepas jualan- perkhidmatan yang diberikan
kepada pengguna seperti menawarkan waranti, khidmat
pemasangan, servis percuma dan lain-lain lagi
8. Penyeragaman/Pempiawaian - proses dan produk mesti
menepati ciri/piawaian

18
Definisi Utiliti:
Kuasa pemuasan kehendak terhadap produk yang digunakan

UTILITI BENTUK
UTILITI TEMPAT

ELEMEN-
ELEMEN
UTILITI

UTILITI MASA UTILITI


PEMILIKAN
19
ELEMEN-ELEMEN UTILITI

1. Utiliti tempat
• Keupayaan sesuatu barangan untuk memuaskan
kehendak pengguna pada tempat-tempat tertentu
• Produk yang dikehendaki oleh pengguna boleh
diperolehi di tempat yang pengguna itu kehendaki.
• Contoh - Jika pembeli ingin membeli kereta mereka
tidak perlu ke Michigan, Detroit, Kyushu atau ke
Stuttgart. Pengeluar kereta atau pengedarnya akan
membawa kereta ke bilik-bilik pameran di bandar yang
berhampiran dengan pelanggan

20
ii. Utiliti Bentuk
• Pengguna boleh memperolehi produk dalam ciri-ciri yang
mereka kehendaki
• Contoh – gandum dapat memberikan utiliti yang rendah
kepada pengguna yang sedang lapar berbanding kuih
yang dihasilkan daripada gandum yang dikisar dan
diadun supaya menjadi makanan.

21
iii. Utiliti Masa
• Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki
pada masa ia diperlukan
• Contoh - Payung – diperlukan pada masa hujan dan
ubat – ketika sakit

22
iv. Utiliti Pemilikan

• Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendakinya.


• Contoh – Jika pasaraya memberikan kemudahan kredit
kepada pelanggan, mereka boleh membeli dan memiliki
barangan walaupun tidak mempunyai wang tunai.

23
KEPENTINGAN PEMASARAN
a) Kepada Individu
1. Pemenuhan utiliti
– Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

ii. Kehidupan yang lebih baik


– Pemasaran sentiasa menkaji keperluan,kehendak dan kemampuan
pengguna menurut aliran semasa

iii. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran


– Memberikan persaingan yang sihat melalui pelbagai alternatif yang boleh
dipilih oleh pengguna
– Menjadikan sesuatu produk kompetitif dari segi mutu dan harga

iv. Memperbanyakkan peluang pekerjaan


- pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti profesional,
separa profesional dan tidak profesional dengan peluang pekerjaan
kepada anggota masyarakat.
24
b. Kepada Organisasi

i. Mempercepatkan Proses Pertukaran


Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses
pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang
atau sebarang faedah.

ii. Memantapkan dan Memanjangkan Usia


perniagaan
Sentiasa mengadakan pengubahsuaian produk untuk
memenuhi kehendak pelanggan

iii. Peluang Perniagaan Dalam Industri berkaitan


Menambah peluang pekerjaan dan perniagaan dalam
aktiviti serta industri yang berkaitan dengan
pemasaran. 25
Persekitaran Pemasaran

KOTLER & ARMSTRONG (1989) mendefinisikan persekitaran


pemasaran;
sebagai mengandungi pihak dan kuasa di luar pemasaran yang
mempengaruhi keupayaan pengurusan untuk membentuk
dan
mengekalkan kejayaan urusniaga dengan pengguna sasaran.

Persekitaran
MIKRO/DALAMAN
Persekitaran
MAKRO/LUARAN

26
Persekitaran Pemasaran
sesebuah syarikat

KUASA-KUASA DALAM PERSEKITARAN MIKRO/DALAM

Syarikat Pembekal Perantara Pemasaran Pengguna Pesaing dan Jaringan


Masyarakat

PROGRAM PEMASARAN
SYARIKAT

KUASA-KUASA DALAM PERSEKITARAN MaKRO/LUARAN

Demografi ekonomi teknologi sumber semulajadi politik & perundangan


sosiobudaya

27
Persekitaran Mikro
- Merangkumi pihak yang rapat dengan syarikat yang
mempengaruhi keupayaannya dalam melayan pelanggan syarikat,
pembekal, syarikat saluran pemasaran pelanggan, pesaing dan
masyarakat.

• Syarikat- Dlm merekabentuk rancangan pemasaran pengurus akan


mengambil kira kumpulan syarikat yang lain seperti pengurus atasn,
kewangan, penyelidikan dan pembangunan, pembelian, pengeluaran
dan perakaunan

• Pembekal- menyediakan sumber-sumber yang diperlukan untuk


mengeluarkan produk dan merupakan hubungan penting dlm’sistem
menyampaikan nilai’

• Pengguna- individu atau organisasi yang menerima manfaat drp


penggunaan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Kejayaan
syarikat bergantung kepada kejayaan memenuhi kehendak mereka
28
• Perantara pemasaran- membantu syarikat mempromosi, menjual
dan mengagih produk kepada pengguna akhir, contoh Peruncit,
pemborong, agen dsg.

• Pesaing- syarikat pesaing yang menyediakan produk yang serupa


kepada pengguna sasaran di mana syarikat mesti bersaing
mendapatkan kelebihan strategik.

• Masyarakat- mana-mana kumpulan yang menganggap mereka


mempunyai kepentingan terhadap kemampuan syarikat untuk
mencapai objektifnya.

29
Persekitaran Makro
- Terdiri dari pihak luar yang akan mempengaruhi persekitaran mikro
iaitu:

• Demografik - kajian tentang populasi dari segi saiz, kepadatan, lokasi, umur,
jantina, bangsa, pekerjaan dan lain-lain statistik.

• Ekonomi - keadaan ekonomi menentukan tren permintaan dan perbelanjaan


pengguna dan seterusnya mempengaruhi pelan pemasaran syarikat

• Teknologi - syarikat perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini


utk terus berdaya saing

• Sumber Semulajadi- sumber yang diperlukan sebagai input oleh pemasar


atau yang dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran

• Politik dan Perundangan- aktiviti politik sama ada dalaman atau luaran
mempunyai kesan kuat terhadap perniagaan. Peraturan dan kawalan terhadap
penggunaan satu barang memberi kesan kepada arah dan halatuju perniagaan

• Sosiobudaya - tren, gaya dan kaedah pemikiran sesuatu masyarakat serta


tindakan mereka mempunyai kesan yang besar terhadap pengurusan dan
pemsaran
30
PADUAN PEMASARAN (Marketing Mix)

Definisi- kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, perletakan


harga, promosi dan pengedaran.

1. Produk
• Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian,
perolehan, kegunaan atau belian bagi memenuhi keperluan dan
kehendak manusia (kotler 1996)

• Produk merangkumi barangan, perkhidmatan atau idea yang


ditawarkan dan dapat memenuhi keperluan pengguna. (nyata dan
tidak nyata)

• Pemasar harus mengambilkira faktor perubahan iaitu teknologi,


keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran
ekonomi.
31
2. PENENTUAN HARGA

• Harga adalah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu


barangan ataupun servis yang dijual
• Pemilihan harga yang sesuai dengan sesuatu produk
perlu mengambilkira semua kos yang terlibat.
• Faktor-faktor pengaruhi penentuan harga:
pelanggan, kos, persekitaran, persaingan, keadaan
pasaran dan permintaan, objektif pemasaran, strategi
campuran pemasaran, ciri-ciri produk dan lain-lain.

32
3. PROMOSI

• DEFINISI - Merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan


untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna
mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh
sesebuah syarikat

– Objektif promosi:
i) Menyampaikan maklumat
ii) Meningkatkan jualan
iii) Menstabilkan jualan
iv) Memposisikan jualan
v) Membina imej

Alat-alat promosi termasuklah


1. Pengiklanan
2. Jualan terus/peribadi
3. Promosi jualan
4. Publisiti
5. Perhubungan awam 33
4. Pengedaran

• Definisi - Proses memindahkan produk dari pusat


pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan pada masa
yang dikehendaki mereka.
• mengelolakan sistem pengangkutan yg cekap supaya
barangan keluaran dapat sampai kepada bakal
pengguna tepat pada masa, tempat, dan jumlah yg
dikehendaki.
• sistem yg digunakan mestilah pada tingkat kos yg paling
minimum.
• Melibatkan saluran-saluran pengedaran, pengangkutan
dan pergudangan

34

Anda mungkin juga menyukai