Anda di halaman 1dari 14

TAMADUN ISLAM &

TAMADUN ASIA
(TITAS)

MPU3123
Open University Malaysia
PERSOALAN MENGENAI TAMADUN
• Apakah tamadun?
• Apakah yang menjadi landasan dalam memahami
pengertian dan konsep tamadun?
• Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi
menentukan tahap pencapaian ketamadunan
bagi sesuatu Tamadun?
• apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan
suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu
bertamadun atau sebaliknya?
OBJEKTIF MPU3123
• Menjelaskan konsep, ciri dan keistimewaan
sesebuah tamadun.
• Mengaitkan sesebuah tamadun dengan hasil
pencapaiannya.
• Menyelesaikan masalah dan isu yang berkaitan
dengan pertembungan antara tamadun Melayu,
Cina dan India.
• Merancang startegi pembinaan amalan
peradaban ketamadunan.
• Membina watak sebagai individu dan bangsa
bertamadun.
TOPIK MPU3123
1. Pengenalan ilmu ketamadunan
2. Tamadun Islam & sumbangannya terhadap
kehidupan manusia sejagat
3. Tamadun Melayu & sumbangannya terhadap
peradaban dunia
4. Tamadun Cina & sumbangannya terhadap
peradaban dunia
5. Tamadun India & sumbangannya terhadap
peradaban dunia
6. Isu semasa dan masa hadapan tamadun
TAKRIF TAMADUN
• Perkataan ‘tamadun’ menggambarkan kemajuan
masyarakat - sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.
• Hari ini merujuk kepada pencapaian yang tinggi
dalam sains dan teknologi.
• Perkataan tamadun - bahasa Arab yang telah
diterima pakai dalam bahasa Melayu yang
bermaksud peradaban.
• Dalam Bahasa Inggeris digunakan perkataan
Civilization yang berasal daripada Bahasa Latin
Civitas yang bermaksud bandar atau proses
urbanisasi.
KONSEP TAMADUN
• Tamadun – pembangunan, perubahan, kemajuan
dan peradaban yang dicapai pleh sesuatu bangsa
atau kaum di dunia.
• Tamadun Barat – lebih bersifat material
(kebendaan) dan akal semata-mata mencakupi
aspek bahasa, adat resam, kepercayan, kesenian
dan agama.
• Tamadun Timur – bersifat material, akal dan
kerohanian mencakupi aspek kebudayaan,
keilmuan dan agama.
CIRI-CIRI TAMADUN
• Pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan
kota atau bandar
• Pembahagian kerja secara kolektif
• Stratifikasi dan organisasi social
• Tulisan dan komunikasi
• Sistem agama dan kepercayaan (naturalism,
animism, dinamism dan politeism)
• Kemajuan sains dan teknologi
• Kesenian dan estetika
PRINSIP TAMADUN
• Sosioekonomi
• Interaksi manusia dengan alam
• Daya kreativiti manusia
• Persaingan manusia
• Peminjaman/Perkongsian kepakaran
SUMBER TAMADUN
• Ilmu
• Pemikiran
• Material
• Agama
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat


dicirikan sebagai memiliki budaya yang tinggi dan
terpuji.
• Budaya merujuk kepada tatacara mereka
bertindak ke atas persekitarannya dalam
menguruskan kehidupan secara kolektif.
• Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada
kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
dipaparkan dalam kehidupan mereka.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Bagaimanapun tamadun berbeza daripada


budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut:

1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama


berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya.

2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan


wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan
negara atau wilayah tertentu.
PERSAMAAN ANTARA TAMADUN
• Dari sudut etika, kontrovesi dilihat agak kurang
berlaku malah berlaku persamaan antara tamadun
terhadap perkara-perkara seperti:
• Alam Sekitar.
• Keluarga.
• Komuniti.
• Kerajaan.
• Ekonomi.
• Pendidikan.
• Kesihatan.
PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
• Dari sudut teologi, sering perlaku perbezaan antara
tamadun.
• Contoh - konsep monoteisme Islam dan Kristian
begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme
yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta.
• Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep
Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya
berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi.
• Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum
merupakan agama-agama monoteistik, tetapi
kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara
satu sama lain.
KESIMPULAN
• TITAS adalah salah satu wahana dalam memberi
pengisian ke arah kesinambungan ketamadunan
dan negara bangsa Malaysia melalui pendedahan
terhadap latar belakang tamadun masing-masing
yang mampu memupuk rasa salingfaham dan sifat
saling hormat menghormati.

Anda mungkin juga menyukai