Anda di halaman 1dari 20

Tasawwur Islam

Minggu 7

1
Pandangan Hidup Islam (Bhg.1)

Matlamat topik ini:


 Memahami maksud Al-Islam.
 Memahami asas pemikiran Muslim terhadap hidup,
nilai, & tingkahlakunya.
 Membina keupayaan untuk mengaitkan pemikiran
berkenaan dengan realiti kehidupan hari ini &
cabaran-cabarannya.

2
Pengertian Islam

Al-Islam berasal dari kata dasar “Aslama” yang


bererti menyerah diri. “Aslama” berasal dari kata
dasar “salima” yang bererti aman, selamat, sejahtera.
Ini bermakna Al-Islam ialah penyerahan diri kepada
Allah dengan cara mewujudkan kesejahteraan di bumi
Allah utk mencapai kesejahteraan & keamanan di
dunia & akhirat.
Ad-Din Al-Islami bererti agama Islam yang Allah
wahyukan kpd Nabi Muhammad s.a.w. sebagai agama
terakhir yg diredhaiNya, memiliki ciri-ciri khusus yg
membuktikan kesempurnaannya. 3
Dasar-Dasar Al-Islam

Al-Islam memiliki 3 komponen utama: Aqidah-Syari’at-Akhlaq.


Perlaksanaan Al-Islam mencakupi aspek Sosial, Politik,
Ekonomi, Pendidikan, Agama dll Perlaksanaan Al-Islam
mencakupi aspek Sosial, Politik, Ekonomi, Pendidikan, Agama
dll.
Pembangunan Al-Islam memberi tumpuan kpd 5 sudut utama:
Individu-Keluarga-Masyarakat-Negara-Alam.
Syari’at Al-Islam menjaga 5 tujuan utama kehidupan: Agama-
Nyawa(diri)-Akal-Keturunan/Marwah-Harta.
Sumber utama perlembagaan Al-Islam ada 4 perkara: Al-
Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak & Al-Qiyas.
Ciri-ciri pandangan hidup Al-Islam ada 5: Rabbaniyyah,
Syumuliyyah, ‘Alamiyyah, Wasatiyyah, Waaqi’iyyah.
Al-Islam ialah sistem kehidupan yg indah & sempurna! 4
3 Komponen
Utama
1) Aqidah
2) Syariah
Perlaksanaan Al-
3) Akhlaq Islam
Sistem 1) Sosial
Kehidupan 2) Politik
1) Indah 3) Ekonomi
2) Sempurna 4) Pendidikan
5) Agama
6) dll

Dasar-
Ciri-ciri Pandangan
Hidup
dasar Pembangunan Al-
Islam
1) Rabbaniyyah 1) Individu
2)
3)
Syumuliyyah
‘Alamiyyah
Islam 2)
3)
Keluarga
Masyarakat
4) Wasatiyyah 4) Negara
5) Waaqi’iyyah 5) Alam

Perlembagaan Al- Syariat (Perundangan)


Islam 1) Agama
2) Nyawa(diri)
1) Al-Quran
3) Akal
2) As-Sunnah
4) Keturunan/Marw
3) Al-Ijmak ah
4) Al-Qiyas 5) Harta

5
3 Komponen Al-Islam

Al-Islam memiliki 3 komponen utama:


 Aqidah: Iaitu aqidah “at-tauhid”. Mengesakan Allah
dlm RububiyyahNya, UluhiyyahNya dan Asma
waSifatNya.
 Syari’at: Taat & tunduk melaksanakan undang-
undang Allah & RasulNya.
 Akhlaq: Berusaha menyucikan diri agar dapat
melaksanakan perintah Allah dengan baik dan
mencapai ketaqwaan & keihsanan dlm beribadah.
6
Aspek Perlaksanaan Al-Islam
Perlaksanaan Al-Islam mencakupi aspek:
 Sosial: sprt, hormat jiran, pekerjaan, persaudaraan dll.
Islam mempromosi konsep persaudaraan & kehormatan
individu.
 Politik: sprt, pemerintahan, pentadbiran dalaman & luaran.
Islam mengajak kpd kedamaian.
 Ekonomi: sprt, perniagaan, sistem zakat, baitul mal,
peluang pekerjaan dll. Islam juga mengingatkan umatnya agar
mengelakkan kemiskinan.
 Pendidikan: sprt, mengutamakan ilmu pengetahuan pada
semua peringkat umur.
 Agama: sprt, melarang drpd fahaman & amalan syirik,
bid’ah dan fisiq.
 dll.
7
Sudut Pembangunan Al-Islam
Pembangunan Al-Islam memberi tumpuan kpd 5 sudut utama:
 Individu: Individu adalah aset utama yg mesti dididik dan
dibangunkan dgn sebaiknya. Utk tujuan ini, tingkahlakunya
mestilah baik. Tingkahlaku tdk akan baik kecuali setelah cara
pemikiran atau tasawwurnya baik. Tasawwur tdk akan baik
kecuali setelah individu itu mendapat ilmu yg baik. Ilmu yg
baik hanya akan diperoleh melalui bahasa yg baik. Bahasa
baik itu akan timbul dlm suasana komunikasi yg sihat.
Komunikasi yg sihat bermula drpd rasa cinta & maaf.
 Keluarga
 Masyarakat
 Negara
 Alam
8
5 tujuan utama kehidupan
Syari’at Al-Islam menjaga 5 tujuan utama kehidupan:
 Agama: Islam mengharamkan Syirik, Bid’ah & Fisiq.
 Nyawa(diri): Islam mengharamkan pembunuhan &
penganiayaan dll.
 Akal: Islam mengharamkan ideologi yg merosakkan
dan minuman atau makanan yg memabukkan dll.
 Keturunan/Marwah: Islam mengharamkan zina dan
sikap suka menghina atau mencela orang lain atau diri
sendiri dll.
 Harta: Islam mengharamkan pencurian, perjudian, riba
dll.
9
Sumber Perlembagaan Al-Islam

Sumber utama perlembagaan Al-Islam ada 4 perkara:


 Al-Quran: Kalaamullah. Sumber paling utama.
 As-Sunnah: Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber
kedua terbesar. Al-Quran & As-Sunnah merupakan
wahyu Allah yg mesti dipatuhi.
 Al-Ijmak: Kesepakatan para ulama.
 Al-Qiyas: Penilaian & Perbandingan yg
berpandukan kpd Al-Quran & As-Sunnah.
10
Ciri-Ciri Pandangan Hidup Al-Islam

Ciri-ciri pandangan hidup Al-Islam ada 5:


 Rabbaniyyah
 Syumuliyyah
 ‘Alamiyyah
 Wasatiyyah
 Waaqi’iyyah

Ini akan dibahaskan dlm bahagian kedua.


11
Al-Islam Sistem Kehidupan
Al-Islam ialah sistem kehidupan yg indah &
sempurna! Adalah salah tanggapan sebahagian orang
yg menyangka bhw Islam hanyalah pengamalan
ibadah yg sempit seperti solat, puasa, zakat & haji
shj.
Al-Islam lebih luas drpd itu. Sebab itu ia merupakan
sistem kehidupan yang lengkap dlm semua aspek
kehidupan, utk semua lapisan masyarakat, sesuai utk
setiap zaman di mana sahaja ia dilaksanakan.
Bahagian kedua akan menjelaskan lebih lanjut dlm
hal ini.
12
Pandangan Hidup Islam

Topik ini akan membincangkan 5 ciri pandangan


hidup Al-Islam, iaitu:
 Rabbaniyyah
 Syumuliyyah
 ‘Alamiyyah
 Wasatiyyah
 Waaqi’iyyah

13
Rabbaniyyah
Rabbaniyyah dipetik drpd kata dasar Rabb yg
bermakna “Tuhan Pemelihara, Pentadbir, Pencipta,
Menghidupkan & Mematikan, Pemberi rezeki, Tempat
Mengadu & Bergantung”.
Ulama Rabbaniy ialah seorang yg berilmu tinggi,
beriman, bertaqwa, berakhlaq mulia, berwawasan
jauh, mendidik dengan sabar bermula drpd ilmu yg
mudah sehingga kpd ilmu yg susah. Hidup,
perjuangan dan matinya hanya utk Allah.
Rujuk surah Ali Imran: 79.
14
Prinsip Rabbaniyyah

Prinsip Rabbaniyyah 5 perkara:


 MinAllah (daripada Allah) – Asal usul.
 IlAllah (kepada Allah) – Matlamat & Tujuan
 Billah (dengan Allah) – Sumber kekuatan,
mengharap bantuan Allah.
 Fillah (pada jalan Allah) – Sumber rujukan, beramal
dan berdakwah menurut wahyu Allah (Al-Quran & As-
Sunnah)
 ‘AlAllah (bergantung kpd Allah) – Tawakkal,
Perlindungan, penyerahan diri kpd Allah setelah
berusaha krn Dia Maha Berkuasa & Maha Mengetahui. 15
Insan Rabbaniy
Rabbaniy ada dua, khusus dan umum. Rabbaniy
khusus ialah ulama yg kita jelaskan sebelum ini.
Rabbaniy umum ialah setiap mukmin yg
melaksanakan prinsip rabbaniyyah.
Mukmin yg melaksanakan prinsip Rabbaniyyah dlm
kehidupannya, pada dirinya, keluarganya, masyarakat
dan negaranya adalah seorang Insan Rabbaniy.

16
Syumuliyyah
Syumul bermakna menyeluruh.
Ini bermakna Al-Islam ialah sebuah agama yg
mencakupi semua aspek kehidupan; sosial, politik,
ekonomi, pendidikan, agama dll. Yg sesuai
dilaksanakan ke atas individu dan jama’ah seperti yg
dijelaskan sebelum ini.
Al-Islam bukan ibadah semata. Al-Islam bukan agama
yg sempit, keras, ganas, zalim seperti yg didakwa
oleh Orientalis dan musuh Islam.

17
‘Alamiyyah

‘Alamiyyah bermakna kesejagatan / Global.


Al-Islam bukan khusus utk satu bangsa atau satu
tempat shj. Bukan utk orang Arab atau Melayu shj.
Bukan utk di Mekah & Madinah shj.
Al-Islam juga menggalak umatnya agar sentiasa
berpadangan luas, terbuka tanpa menggadai
sebarang prinsip Islam atau menghinanya.
Al-Islam sesuai utk setiap tempat dan zaman. Sudah
lebih 1400 thn Islam menjadi agama yg terunggul
walaupun mungkin sebahagian umatnya tidak begitu.
Al-Islam “rahmah lil ‘alamin”. Rujuk Al-Anbiya: 107
18
Wasatiyyah
Wasatiyyah bermakna kesederhanaan / pertengahan.
Allah & Nabi s.a.w. melarang “al-ghuluw” (melampau batas)
dalam perlaksanaan ibadah.
Yg penting dalam beribadah ialah:
Ia menepati syarat penerimaannya iaitu:
1. Ikhlas
2. Mutaaba’atus Sunnah (mengikuti sunnah Nabi s.a.w.)
Ia dilakukan secara berterusan (istiqamah) menurut
kemampuan pelakunya tanpa melampau batas-batas sunnah
Nabi s.a.w.
•Wasatiyyah merupakan kayuukur pertama dlm beribadah.
19
Waaqi’iyyah
Waaqi’iyyah ialah “realistik” sesuai dengan keadaan, tempat,
orang dan segala keperluan keadaan itu.
Waaqi’iyyah merupakan kayuukur kedua dlm beribadah.
Setelah seorang Mukmin itu mengenakan konsep
Rabbaniyyah, Syumuliyyah & ‘Alamiyyah pada dirinya atau
persatuannya, dia mesti menilai semula apakah penerapan
konsep itu Wasatiyyah? Kemudian dia harus mengukur lagi
sama ada kesemuanya itu Waaqi’iyyah atau tidak?
Contoh: Seorang ketua yg berwawasan tinggi bersemangat
hendak mendirikan sebuah “Daulah Islamiyyah” (kerajaan
Islam) tetapi dia belum lagi memiliki kekuasaan, ketenteraan,
ilmu pengetahuan, sokongan yg cukup utk merealisasikan
cita-citanya. Maka pandangannya itu tidak Waqi’iyyah. Dengan
itu, dia hanya melakukan sesuatu yg sia-sia shj. 20

Anda mungkin juga menyukai