Anda di halaman 1dari 57

‫سوسيولوڬي‬

‫‪1‬‬
Sosiologi

Sejarah Antropologi

Sains
Sosial
Sains
Ekonomi
Politik

Psikologi Falsafah
2
SOSIOLOGI DAN
PEMBELAJARAN
KPS3014 Kuliah 1
3
• Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte
(1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy
(1842).

• Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio”


bermaksud “berkongsi”.

• Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani


dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai
masyarakat”.

Pengertian Sosiologi 4
...sambungan

• Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi


(Vander Zanden 1996).

• Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif


seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary
1995).

• Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-


kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).

• Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial


hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).

…Pengertian Sosiologi 5
Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai …
…masyarakat dari segi
fungsi, bentuk organisasi
…interaksi sosial & sosial, & perkembangan
organisasi (Zanden, 1996) budaya
(Jary & Jary, 1993)

Sosiologi

..fenomena sosial yang


…kehidupan sosial
berfokuskan hubungan dan
manusia, kumpulan, &
interaksi antara manusia
masyarakat (Giddens, 1993)
(Water, 1994) 6
...sambungan

• Tisher, Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi


ialah:

“Sosiology is the scientific study of human society and


social interactions. The main focus of sociology is the
group, not the individual.”

Pengertian Sosiologi 7
...sambungan

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan


istilah sosiologi?

8
...sambungan

• Kajian yang sistematik dan saintifik


mengenai manusia dan interaksi sosial
mereka dalam masyarakat daripada
pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002)

Kesimpulan
9
...sambungan

• Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian,


pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran,
bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi
kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.

• Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang


membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial

• Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi,


politik dan sebagainya.

Pengertian Sosiologi
10
...sambungan

• Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur


asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-
tekanan utama yang melemahkan mereka dan
mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan
sosial mereka.

...Pengertian Sosiologi
11
Tokoh-tokoh
sosiologi 12
1. Lahir di Tunisia.

2. Menurutnya, sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri


dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban
manusia.

3. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi


serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.

4. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari


punca-punca fenomena sosial.

Ibnu Khaldun (1332-1406)

Tokoh-Tokoh Sosiologi 13
1. Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).

2. Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding


dengan sains lain.

3. Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada


kedudukan teratas (ratu).

4. Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan


sistematik.

Auguste Comte (1798-1857)

Tokoh-Tokoh Sosiologi 14
1. Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari
Jerman.

2. Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi


dipengaruhi oleh ekonomi.

3. Mengkritik sistem kapitalisme – pihak berkemampuan (borjuis)


mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja
dengan borjuis.

Karl Marx (1818-1883)

Tokoh-Tokoh Sosiologi 15
1. Berasal dari Perancis.

2. Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji


menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana
mengkaji benda (kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata).

3. Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih


tugas agama sebagai asas ikatan sosial.

4. Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu)


menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.

Emile Durkheim (1858-1917)

Tokoh-Tokoh Sosiologi 16
1. Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah
multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.

2. Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.

3. Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu


perkara atau fenomena.

4. Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada


perubahan sosial.

5. Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku (tidak sama
seperti mengkaji sains fizikal).

Max Weber (1864-1920)


Tokoh-Tokoh Sosiologi 17
1. Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi sosial di
University of Chicago.

2. Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang


lain secara langsung melalui simbol-simbol. Simbol boleh terdiri
daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa.

3. Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting.

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

Tokoh-Tokoh Sosiologi 18
Perspektif Sosiologi
19
• Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang
tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.

• Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku


masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok.

Perspektif Sosiologi
20
...sambungan

MIKRO
Bersifat kecil dan MAKRO
individu Bersifat besar, kompleks,
dan berfokuskan
masyarakat/organisasi

Perspektif Sosiologi 21
...sambungan

• Kajian yang sistematik dan saintifik


mengenai manusia dan interaksi sosial
mereka dalam masyarakat daripada
pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002)

Definisi Sosiologi
22
...sambungan

MIKRO MAKRO

• Penagihan dadah adalah • Kes jenayah


pilihan individu • Penyakit berjangkit
• Kesan kesihatan fizikal • Kualiti kerja dan
dan mental ke atas pengeluaran
individu • Pengabaian anak-anak
CONTOH PERSPEKTIF
SOSIOLOGI

Perspektif Sosiologi 23
...sambungan

• Berikan contoh yang dapat membezakan antara


perspektif sosiologi secara mikro dan makro.

...Perspektif Sosiologi 24
Teori Interaksionisme

Teori utama
sosiologi

Teori Fungsionalisme Teori Konflik

Teori Utama Sosiologi 25


Teori Fungsionalisme
• Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
• Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi
tersendiri.
• Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian
masyarakat.
• Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan
masyarakat.
• Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti
sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
• Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid,
peperiksaan, dsb.
• Perkembangan individu tidak diutamakan. 26
Fungsionalisme
27
Fungsionalisme/konsensus

• Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan


manusia, yang mempunyai beberapa bahagian
dengan fungsi-fungsi tersendiri.
• Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam
kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada
kestabilan dan penerusan/survival masyarakat.
• aka teori konsensus
• Menekankan kepentingan pengekalan status quo
dalam sistem masyarakat.
28
Konflik
29
ALIRAN KARL MARX

• Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan


diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
• Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif
konflik dan perubahan.
• Konflik boleh berlaku antara kelas sosial
berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga
atau kumpulan yang mahukan perubahan.
• Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada
perubahan sosial.

Teori Konflik 30
...sambungan

• Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan.


merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
• Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga, dan pendidikan
dikenali sebagai superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas
iaitu ekonomi.

ALIRAN WEBER

• Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata
tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat
(pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi (pengesahan).
• Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu
kumpulan status/kelas sosial.

…Teori Konflik 31
KONFLIK
Masyarakat memerlukan konflik bagi
membolehkan berlakunya perubahan.
Marx Weber
• Faktor ekonomi • Idea-idea keagamaan
sebagai punca sebagai punca
konflik yang berlaku konflik yang berlaku
dalam masyarakat dalam masyarakat

Sosiolisme Komunisme
• Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh
pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
• Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar
sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
• Perkembangan individu tidak diutamakan.

33
Interaksionisme
34
• Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-
1931).
• Interaksi simbolik melihat bagaimana individu
membentuk dan dibentuk oleh interaksinya
dengan orang lain.
• Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol
seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa
berguna semasa interaksi menyebabkan
hubungan bertambah mesra.

Teori Interaksionisme Simbolik 35


• Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).
• Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di
sekolah.
• Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan
dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang
dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap
dilakukan.
• Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa
mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.

36
7 prinsip asas interaksionisme

1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai


keupayaan berfikir
2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang
membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada
mereka.
4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan
interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian
baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat 37
38
PENDIDIKAN
39
• Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan
utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi
intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah
kesempurnaan.

• John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan


individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula
jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih
berguna dan lebih selamat lagi.

Pengertian Pendidikan 40
• Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi
ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir
Hasan 2006)

• Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu


‘produk’ (hasil).

• Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu


diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah
kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Pengertian pendidikan 41
• Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan
berbagai-bagai disiplin ilmu.
• Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut
perspektifnya.
• Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif
sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

Pendidikan 42
Sosiologi +
Pendidikan = ?
43
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
44
• Kajian yang sistematik dan
saintifik mengenai interaksi
Sosiologi manusia dengan masyarakat
dari pelbagai sudut

Sosiologi • ?
pendidikan
45
Sosiologi Pendidikan

• Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai


hubungan antara pendidikan dengan
masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi
matlamat, bentuk institusi, pentadbiran,
kurikulum, dan kaedah pdp.

46
Sosiologi & matlamat pendidikan

Sosialisasi

Perkembangan Pemilihan
potensi diri

Pendidikan
untuk…

Pembinaan Pembudayaan
negara bangsa

Pelaburan
47
• Majmuk bangsa
• Kebebasan beragama tetapi Islam sebagai agama
rasmi
• Gabungan 13 buah negeri
• Sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
• Pelbagai upaya
• Struktur ekonomi?
• Tenaga pekerja?
• Pendapatan isi rumah?

Struktur Masyarakat di
Malaysia 48
Bentuk
institusi
pendidikan

Struktur
Kaedah Pentadbiran
masyaraka
PdP pendidikan
t Malaysia

Kurikulum 49
1. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu
bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar
dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima
pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial,
kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks
sesuatu masyarakat itu.

2. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’


(selection) yang menentukan kedudukan atau status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu:
lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya
dalam masyarakat.

50
1. Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli
sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima
kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang
dianggap sesuai dalam masyarakat itu.

2. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang


menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang
‘baik’ dalam masyarakat itu.

3. Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh


sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan
kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza
dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama
dan tatasusila
51
1. Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau
sebagai satu ‘consumption’.

2. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang,


masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan.
Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan
membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan,
melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan
pendapatan yang lebih tinggi.

3. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap


proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah
untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.
52
1. Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya
mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang
hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

2. Negara kita Malaysia mendidik generasi muda supaya


memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun
Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.

53
1. Pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran
seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya
dan membentuk sahsiahnya.

2. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk


menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh
dididik.

3. Setiap individu mempunyai bakat dan gaya


pembelajarannya yang tersendiri.

4. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk


perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.
54
55
56
TERIMA KASIH
57

Anda mungkin juga menyukai