Anda di halaman 1dari 29

KURSUS: PERANCANGAN PENDIDIKAN

GC 6233

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

PENSYARAH: PROF MADYA DR. MOHD IZHAM BIN Hj. MOHD HAMZAH
KEPENTINGAN MATLAMAT DALAM
PERANCANGAN

 Manusia perlu memulakan kehidupan dengan menyedari TUJUAN


akhirnya (Covey dalam Haines & McKinlay 2007).

 Perancangan merupakan sebahagian dari kehidupan seseorang untuk


menghadapi Perubahan yang berlaku setiap hari.

 Menurut Richard L. Daft (2003), perancangan merupakan Blueprint


untuk mencapai MATLAMAT seseorang individu atau organisasi.

 Dalam MERANCANG sesuatu, FAKTOR UTAMA yang perlu diambil


kira ialah penetapan MATLAMAT.
 Penetapan MATLAMAT dalam sesebuah pelan perancangan
amatlah penting bagi sesebuah organisasi kerana tindakan
yang paling sesuai dapat diambil ke arah mencapai kejayaan.

 Ini kerana semua peringkat dalam organisasi akan bekerja


berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan.

 MATLAMAT mestilah :
1. Jelas
2. Rasional
3. Logik
4. Mempunyai Tempoh Masa
5. Mencabar
 PERANCANGAN berlaku apabila pengurus MENENTUKAN
MATLAMAT yang ingin dicapai dan MENENTUKAN TINDAKAN
yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi
untuk mencapai matlamat organisasi.

 Perlu diambil kira cara untuk mengawal masa depan supaya apa
dirancang itu tidak terpesong dari sasaran ( Mintzberg, 1994).

- Arah tuju sesebuah organisasi itu harus dipantau


supaya sasarannya tepat.

 Organisasi mestilah berusaha mengurangkan ketidakpastian


( Uncertainty ) dengan membuat PELAN YANG STRATEGIK
demi mencapai kejayaan yang maksimum.

 Fungsi Perancangan ialah :


- Meminimumkan Pembaziran
- Meminimumkan Pengulangan ( Redundancy )
TAHAP-TAHAP MATLAMAT

MISI

Matlamat Strategik

Matlamat Taktikal

Matlamat Operasional

Tahap-Tahap Matlamat oleh L.Daft (2003)


M  MISI menerangkan Nilai & Aspirasi di mana misi
I yang telah didefinisikan dengan baik adalah punca
S kepada penentuan matlamat & perancangan
I seterusnya.

 MATLAMAT STRATEGIK merujuk kepada


matlamat yang ditetapkan oleh/ dan untuk
M S Pengurusan Tertinggi Organisasi.
A T
T R  Di sekolah ia ditentukan oleh Pentadbir Sekolah
L A selepas mengambil kira kekuatan & kelamahan
A T sekolah.
M E
A G  Ia jangka masa panjang, jangkaan masa depan,
T I berorientasi masa depan atau penciptaan masa
K depan.

 Ia melihat bagaimana organisasi akan berubah


dalam 5 tahun dari sekarang
M T  MATLAMAT TAKTIKAL merujuk kepada
A A matlamat yang ditetapkan oleh / dan bagi
T K Pengurus Pertengahan
L T
A I  Di sekolah ia melibatkan Pentadbir Sekolah dan
M K Ketua Panitia.
A A  Ia matlamat Jangka Sederhana ( 1 hingga 3 Tahun).
T L
 Merupakan langkah untuk mencapai matlamat
Jangka Panjang.
M O
A P  MATLAMAT OPERASIONAL merujuk kepada
T E matlamat yang ditetapkan oleh pengurus bawahan
L R bagi menangani isu-isu semasa & selalu berubah
A A
mengikut keadaan semasa.
M S
A I  Ia bentuk Pragmatik & merupakan matlamat Jangka
T O pendek (Sehari/Seminggu/Sebulan/Kurang Setahun)
N
A  Melibatkan AJK Panitia, guru mata pelajaran.
L
CIRI-CIRI MATLAMAT BERKESAN

1. SPESIFIK
2. BOLEH DIUKUR
3. MELIPUTI BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
4. MENCABAR
5. REALISTIK
6. RASIONAL
7. MEMPUNYAI JANGKA MASA

 CIRI OBJEKTIF YANG BAIK mestilah SMART


1. Specific
2. Measurable
3. Attainable
4. Realistic
5. Time Bound
KEBAIKAN PENETAPAN MATLAMAT

1. Dalam proses perancangan, MATLAMAT perlu ditetapkan dan


dijana terlebih dahulu supaya segala pelaksanaan TIDAK TERSASAR
atau terkeluar dari kewujudan sesebuah.

2. Penetapan Matlamat membantu dalam menentukan ARAH & HALA


TUJU Organisasi menjadi lebih jelas.

3. Penetapan Matlamat membantu dalam merancang AKTIVITI


KHUSUS ke arah pencapaian matlamat tersebut bagi mengelak
PEMBAZIRAN SUMBER dalam Organisasi.

4. Penetapan Matlamat dapat MEMPERTINGKATKAN MOTIVASI


MOTIVASI Staf ( Lebih Yakin, Berdisplin & Menepati Masa )

5. Penetapan Matlamat dapat MELICINKAN PROSES PENGURUSAN

6. Penetapan Matlamat dapat MENANGANI SEGALA HALANGAN


yang timbul.
LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI MATLAMAT

TERDAPAT 10 LANGKAH :

1. LANGKAH PERTAMA :
“ MEMAHAMI VISI & MISI ORGANISASI ” secara mendalam.
 Dalam organisasi sekolah, Visi & Misi adalah menjadi asas bagi
menetapkan MATLAMAT sekolah.

 VISI bagi sesebuah organisasi adalah sesuatu pernyataan


memberi gambaran secara keseluruhan secara RINGKAS
dengan tidak melebihi 20 patah perkataan, PADAT, TEPAT
MAKNANYA & mampu MENARIK PERHATIAN supaya
dapat difahami oleh semua golongan dalam organisasi tersebut.

 MISI organisasi menerangkan tentang MATLAMAT UMUM


sesebuah organisasi. Dalam Misi sesebuah sekolah perlu
merangkumi 5 Bidang utama, iaitu : 1). Pengurusan, 2) Kurikulum
3). Hal Ehwal Murid, 4) Prasarana, & 5) Permuafakatan.
2. LANGKAH KEDUA :
“ MEMBUAT ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN & LUARAN ”

 Di peringkat sekolah, pihak pentadbir dan guru terlibat secara


langsung dalam membuat ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN
DAN ANALISIS LUARAN ORGANISASI.

 Di peringkat sekolah, pihak pentadbir dan guru terlibat secara


langsung dalam membuat ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN
DAN ANALISIS LUARAN ORGANISASI.

 Kaedah ANALISIS SWOC boleh digunakan untuk membuat


ANALISIS PERSEKITARAN SEKOLAH.
ANALISIS SWOC

i). KEKUATAN ( STRENGTH )

• Pihak sekolah perlu menggunakan aset dan sumber manusia secara


OPTIMUM supaya ia memberi kesan positif kepada perkembangan
organisasi sekolah.

• Perlu membuat ANALISIS KEKUATAN sekolah yang sedia ada


supaya digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi.

• Contohnya :
- Guru cemerlang adalah KEKUATAN organisasi sekolah yang boleh
meningkatkan pencapaian akademik sekolah.
* Apakah contoh lain ?
ii). KELEMAHAN ( WEAKNESS )

• Pihak sekolah perlu mengenal pasti KELEMAHAN organisasi yang


menyebabkan halangan kepada organisasi.

• Contohnya :
- Pengajaran yang tidak efektif menyebabkan murid tidak memberi
tumpuan semasa PdP dijalankan di bilik darjah.

* Apakah contoh lain ?

• Oleh itu, KELEMAHAN itu perlu diatasi dengan adanya kekuatan


dengan cara meminta bantuan guru cemerlang untuk pendekatan
yang sesuai untuk menarik minat pelajar untuk terlibat secara
aktif dalam Bilik Darjah.
iii). PELUANG ( OPPORTUNITY )

• Pihak pentadbir dan guru perlu mengenal pasti PELUANG-PELUANG


yang wujud di persekitaran sekolah supaya ia dapat membantu
meningkatkan keberkesanan organisasi.

• Contohnya :
- Pihak ibu bapa boleh dijadikan sebagai peluang bagi membantu
meningkatkan pengetahuan & kemahiran murid.

* Apakah contoh lain ?


iv). CABARAN ( CHALLENGE )

• Cabaran adalah FAKTOR LUARAN di mana pihak sekolah perlu


bersedia menghadapinya dengan baik supaya tidak memberi
kesan negatif terhadap pengurusan sekolah.

• Contohnya :
- Perkembangan Teknologi adalah cabaran kepada sekolah di mana
mampu menggunakan teknologi dalam Bilik Darjah supaya PdP
dijalankan secara berkesan serta dapat menarik minat murid

* Apakah contoh lain ?


3. LANGKAH KETIGA :
“ MEMBUAT ANALISIS JURANG TENTANG PENCAPAIAN KINI
DENGAN HASIL YANG INGIN DICAPAI ”

 Pihak sekolah perlu membuat penilaian pencapaian secara berkala


untuk mengenal pasti kedudukan TERKINI organisasi.
 Dengan adanya PENCAPAIAN KINI maka boleh dibuat
perbandingan dengan HASIL yang dicapai di masa hadapan.

 Jika PENCAPAIAN KINI mempunyai jurang perbezaan yang


besar maka organisasi perlu mengambil langkah mengurangkan
jurang tersebut.

 Sekolah perlu sentiasa membuat * PENANDAARASAN untuk


mengukur dan membandingkan operasi, amalan & pelaksanaan
dengan organisasi yang mempunyai pencapaian yang lebih baik

- * Dapat bantu mengenal pasti amalan terbaik.


- * Dapat mendorong membina idea baharu
4. LANGKAH KEEMPAT :
“ MENJANA MATLAMAT STRATEGIK ORGANISASI ”

 Dibuat mengikut jangka masa tertentu.

 Matlamat Strategik adalah ditetapkan berdasarkan kepada


KELEBIHAN & KELEMAHAN dalam organisasi.

 KELEBIHAN yang ada pada organisasi membantu ke arah


PENCAPAIAN MATLAMAT.

 KELEMAHAN yang didapati dalam organisasi perlu ditangani


supaya tidak menghalang PENCAPAIAN MATLAMAT
5. LANGKAH KELIMA :
“ MENJANA STRATEGI-STRATEGI YANG BERSESUAIAN ”

 STRATEGI merujuk kepada pendekatan / amalan yang tersusun


& sistematik untuk mencapai sesuatu sasaran yang ditetapkan.

 STRATEGI dapat dibina berdasarkan kepada ANALISIS SWOC


yang dilakukan dalam langkah sebelum ini (Langkah Kedua).

 STRATEGI yang dihasilkan boleh dikategorikan kepada TIGA


JENIS iaitu :
1. STRATEGI PERTUMBUHAN
2. STRATEGI PERTUMBUHAN SETARA
3. STRATEGI PEMULIHAN
i). STRATEGI PERTUMBUHAN

 Strategi ini merujuk kepada pendekatan/kaedah yang digunakan


untuk meningkatkan pencapaian sepanjang masa.

 Pengamalan strategi ini memberi kesan positif secara berperingkat


di mana mengalami pertumbuhan pada jangka masa tertentu.

 Tahap risiko dalam pelaksanaan Strategi ini adalah rendah.

 Misalnya, sesebuah sekolah menetapkan matlamat untuk menjadi


Sekolah Berpretasi Tinggi, perlu menggunakan Strategi
Pertumbuhan ini bagi mencapai matlamat tersebut.
ii). STRATEGI PERTUMBUHAN SETARA

 Strategi ini merujuk kepada amalan / pendekatan yang diambil


sentiasa atau hampir sama pada masa-masa akan datang.

 Sekolah yang mencatat pencapaian TINGGI setiap tahun akan


menggunakan strategi ini untuk mengekalkan pencapaian pada
masa hadapan.

 Pihak sekolah hanya membuat sedikit perubahan sahaja mengikut


kesesuaian persekitaran pada masa itu.
iii). STRATEGI PEMULIHAN

 Strategi ini merujuk kepada penjanaan amalan / pendekatan


baharu sepanjang masa

 Pada kebiasaannya, strategi ini digunakan apabila pencapaian berada


aras kritikal serta memerlukan tindakan segera untuk mengatasi
keadaan tersebut.

 Misalnya, keputusan pencapaian peperiksaan sekolah berada


di bawah paras sederhana atau rendah, maka pihak
sekolah perlu menjana strategi pemulihan bagi
mengatasi keadaan tersebut.
6. LANGKAH KEENAM :
“ MENJANA OBJEKTIF KHUSUS ”

 OBJEKTIF KHUSUS merupakan langkah spesifik cara untuk


mencapai MATLAMAT STRATEGIK.

 Apabila menjana OBJEKTIF KHUSUS ia seharusnya menjawab


persoalan bagaimana untuk merealisasikan MATLAMAT SPESIFIK.

 OBJEKTIF KHUSUS mestilah mempunyai SMART.


7. LANGKAH TUJUH :
“ MERANGKA PELAN TINDAKAN ”

 PELAN TINDAKAN membantu menjelaskan ke mana arah tuju dan


seterusnya akan membawa kepada PENCAPAIAN MATLAMAT
STRATEGIK.

 PELAN TINDAKAN juga menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu


diambil mengikut urutan secara terperinci tempoh masa, indikator
pencapaian dll.
8. LANGKAH LAPAN :
“ PENILAIAN TERHADAP STRATEGI-STRATEGI ”

 Perlu membuat PENILAIAN terhadap Strategi-Strategi yang


telah diambil.

 Perlu dibuat PENILAIAN sama ada telah mencapai MATLAMAT


yang telah ditetapkan.

 PENILAIAN boleh dibuat secara BERKALA supaya penilaian dapat


dilaksanakan beberapa kali dalam suatu tem[oh masa.

 Rowley, Lujan & Dolence (1997), menyatakan bahawa PENILAIAN


perlu dilakukan sekurang-kurangnya SETIAP TAHUN untuk
menilai kesan tindakan tertentu terhadap keputusan jangka panjang.
9. LANGKAH SEMBILAN :
“ KAJIAN SEMULA ”

 Setelah selesai PENILAIAN dibuat & apabila didapati ada


kekurangan maka KAJIAN SEMULA terhadap Pelan Strategik
perlu dilakukan untuk membuat PENAMBAHBAIKAN terhadap
strategi-strategi lama.
10. LANGKAH SEPULUH :
“ MENGUBAHSUAI MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA ”

 Sekiranya memerlukan perubahan terhadap STRATEGI maka pihak


yang terlibat perlu MENGUBAHSUAI MENGIKUT KEPERLUAN
SEMASA.

 Dalam langkah ini perlu dikaji KEKUATAN & KELEMAHAN terhadap


strategi yang telah dilaksanakan bagi membantu menjana strategi
yang lebih sesuai.
SUBSISTEM

 SISTEM adalah sebuah struktur konseptual yang tersusun dari


fungsi-fungsi yang saling berhubung serta bekerja sebagai suatu
kesatuan organik untuk tujuan mencapai suatu hasil yang
diinginkan secacara efektif & efisien (John McManama , 2010).

 Suatu SISTEM itu terdiri dari sejumlah komponen yang saling


berinteraksi, bekerjasama untuk membentuk kesatuan.

 Komponen –komponen sistem terdiri dari suatu SUBSISTEM atau


bahagian-bahagian dari sistem.
 Setiap SISTEM walaupun kecil mempunyai komponen – komponen
atau SUBSISTEM – SUBSISTEM berperanan sebagai sokongan
kepada sistem.

 SUBSISTEM adalah komponen yang koheren dan agak bebas dari


sistem yang lebih besar.

 SUBSISTEM juga merupakan komponen atau bahagian dari suatu


SISTEM iaitu SUBSISTEM ini biasanya abstrak.

 SUBSISTEM boleh diertikan sebagai sistem dalam suatu sistem yang


berada pada lebih dari satu tingkat,

- KPM
- JPN
- PPD
- Sekolah.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai