Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Mewujudkan Piawaian
Pelbagai institusi telah tumbuh dengan Bagi Program sistem pendidikan kita tidak
pesatnya dengan memperkenalkan Kemahiran dapat menanggung kos
pelbagai kursus & boleh dikatakan beban perubahan tanpa
semua institusi mengeluarkan Sijil dan bantuan dari pihak lain.
Diploma mengikut takrif mereka
sendiri tanpa merujuk kepada sesuatu
piawaian yang ditetapkan.
IMPLIKASI
• Walaupun sektor pendidikan dikatakan dapat membantu mengekalkan daya saing
negara melalui peningkatan tahap kemahiran, namun sekiranya perkembangan
sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi semasa,
maka peranan ini mungkin akan terjejas.
• Keperluan yang selalu berubah sejajar dengan perkembangan teknologi terkini
menyebabkan sistem pendidikan teknik dan vokasional memerlukan kaedah
penyelesaian yang lebih dinamik.
• Pembangunan pesat berlaku di dalam pelbagai bidang organisasi dan
perkhidmatan di Malaysia. Oleh itu, sistem pendidikan vokasional perlulah
dimantapkan lagi.
CADANGAN PENYELESAIAN
1. Memperkukuh tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik
• Menubuhkan sistem akreditasi tunggal
• Sektor TVET sedia ada yang tidak bersepadu akan diperkukuh melalui
penubuhan sistem tunggal yang akan diguna pakai oleh MQA dan JPK bagi
tujuan penyelarasan dan pemantauan TVET yang lebih baik.
• Mengharmonikan sistem penarafan institusi bagi memperbaiki
kebolehbandingan sistem penarafan sedia ada yang diguna pakai oleh JPK
bagi institusi TVET swasta dan Sistem Penarafan Politeknik (PolyRate) serta
Sistem Penarafan Kolej Komuniti (MySpeKK) bagi institusi TVET awam.
2. Memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah baik
kebolehpasaran graduan Menjayakan program yang diterajui industri bagi
mengurangkan jurang kemahiran.
• Modul pembelajaran berasaskan “masalah/projek/hasil” (PPP) yang
melibatkan pelajar dalam dunia pekerjaan sebenar akan juga diterapkan
dalam kurikulum.
• Mengarusperdana Sistem Latihan Dual Nasional untuk melahirkan graduan
TVET berkemahiran yang diperlukan oleh industri.
• Mengurangkan program berimpak rendah dan bertindan yang tidak
diperlukan oleh industri dan menghasilkan keupayaan mendapatkan
pekerjaan yang rendah bagi graduan akan dihentikan.
3. Meningkatkan penjenamaan untuk menarik minat terhadap TVET
• Mempromosi TVET sebagai laluan pilihan Skills Malaysia akan menyelaras
kempen media secara khusus dan berjadual untuk mendidik pelajar dan
keluarga berkenaan peluang kerjaya dan keusahawanan yang menarik
ditawarkan oleh TVET.
• Mengiktiraf teknologis sebagai professional MBOT akan menentukan dan
mentadbir urus etika dan tingkah laku kerjaya dan menyediakan panduan
serta program pembangunan professional untuk peningkatan kerjaya.
RUMUSAN
• Sebagai kesimpulan, pendidikan vokasional haruslah berhadapan dengan beberapa
cabaran agar dapat diperkasakan demi memastikan pengurusan organisasi dan
perkhidmatan di Malaysia dapat memenuhi matlamat negara menjelang wawasan
2020. Sikap masyarakat sendiri juga perlu diubah agar dapat memberi pandangan
yang lebih positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Walaupun perubahan
dari segi sikap dan nilai sesebuah masyarakat itu akan memakan masa yang lama,
namun usaha-usaha perlulah dijalankan mulai dari sekarang. Generasi muda
perlulah ditanam dengan sikap dan norma kehidupan yang baik agar mereka
mampu menjadi pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi.
• Cabaran untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional sememangnya
adalah besar sekiranya Negara ingin mencapai taraf negara maju dalam tahun
2020. Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan teknik dan
vokasional pada masa ini yang mana ia akan membolehkan semua pihak yang
berkepentingan untuk merancang menuju ke arah cita-cita tersebut. Namun begitu,
dengan persaingan yang akan dihadapi pada tahun-tahun akan datang khususnya
dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kini, tenaga manusia yang bakal
dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah mempunyai daya saingan
dan peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya. Mereka mestilah
mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pekerja yang terpelajar.
Penduduk yang terpelajar akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomi
terbinanya negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.
RUJUKAN
• Baharudin Ali Masrom A-Haj, 2015. Reformasi Pendidikan Vokasional Dan Teknikal Di
Malaysia. Yayasan Selangor.
• Falsafah Dan Dasar PTV Serta Perkaitannya Dengan RBT. Dicapai dalam
https://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasional-sinopsis [10 April
2018]
• Huang Jy. 2014. Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Isu, Cabaran Dan
Harapan Dalam Pengurusan Organisasi Dan Perkhidmatan Di malaysia.
• Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia KeSebelas 2016 – 2020.
• Nurhafiz Tamaldin. 2013. Kemahiran Mengajar Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional
berpandukan Elemen Pengajaran 5E, Penglibatan, Penerokaan, Penjelasan, Pnghuraian dan
Penilaian. Tesis Sarjana. FakultiPendidikan UniversitiTeknologi Malaysia.
• Othman, M., Kechik, A. A. & Ghazali, A. 2010. Rekabentuk universal kurikulum
pendidikan teknik dan vokasional. Edupress ….
• Saktirun, N. 2016. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan, Kemahiran Dan Sikap
Serta Hubungannya Dengan Aspirasi Kerjaya Dalam Mata Pelajaran
Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat. Tesis Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
• Falsafah Dan Dasar PTV Serta Perkaitannya Dengan RBT. Dicapai dalam
https://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasional-
sinopsis [10 April 2018]
SEKIAN
TERIMA KASIH