Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan Teori Psikoanalitik Bordin

• Berbeza daripada teori-teori pemilihan kerjaya yang lain kerana ia


mengambil kira ataupun memberi tumpuan kepada proses psikologikal
yang berlaku dalam diri individu di sebalik pilihan kerjaya yang dibuatnya.
• Teori ini mengambil kira faktor perkembangan hidup yang pernah dilami
oleh individu dalam menentukan kerjaya berbanding teori lain yang melihat
personaliti diri individu.
• Bordin percaya bahawa pengalaman kanak-kanak dengan ibu bapa dan juga
identifikasi ibu bapa mempengaruhi pemilihan kerjaya individu pada masa
depan.
• Bordin menggunakan model
pokok sebagai metafora untuk
pilihan kerjaya. Dia melihat
bahawa aktiviti bermain,
usaha, dan paksaan semasa
zaman kanak-kanak sebagai
akar dari mana ranting
tumbuh dalam arah yang
berbeza. Ranting mewakili
pilihan kerjaya individu
sepanjang hidup mereka, yang
mencerminkan kesesuaian
antara diri mereka dan kerjaya
yang dipilih.
Kelemahan Teori Psikoanalitik Bordin
• Gagasan-gagasan (buah fikiran) yang terkandung dalam
teori ini adalah tidak jelas.
• Tidak memberi banyak sumbangan dalam membantu
kaunselor kerjaya berbanding dengan teori-teori lain.
• Bukanlah teori yang heuristic, menyebabkan teori ini tidak
mempunyai ramai pengikut dan penyokong.