Anda di halaman 1dari 19

AL-MATURIDIYAH

•12/28/2018 ©Copyright http://www.ppd.utm.my/~wanali •1


PENGENALAN
Latar belakang
Diasaskan oleh Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al-Maturidy. Dikenali sebagai Abu Mansur
al-Maturidi. Dilahirkan di Samarkand. Wafat pada
333H.
- Mempelajari ilmu fiqh mazhab Hanafi dan ilmu
kalam dari Nasr bin Yahya al-Balkhi.
- Banyak persamaan dengan Asy’ari dalam
kesimpulan tetapi dekat kepada Muktazilah dari segi
metode.

•12/28/2018 •2
Karya
• Di antara karya beliau:
– Kitab ta’wil al-Quran
– Kitab Ma’khuz al-Syara’
– Kitab al-Jadal
– Kitab al-Usul fi usul al-Din
– Kitab al-Maqalat fi al-Kalam
– Kitab al-Tauhid
– Kitab Radd awa’il al-Adillah li al-Ka’bi
– Kitab Radd al-Tahzib li al-jadal li al-Ka’bi
– Dan Lain-lain.

•12/28/2018 •3
Metode Berfikir
• Memberikan peranan yang besar kepada
akal dalam mengithbatkan akidah.
• Akal merupakan sumber makrifah selain
nakli.
• Berpegang kepada keputusan akal dalam
perkara yang tidak bertentangan dengan
syarak. Apabila keputusan itu
bertentangan dengan syarak akal mesti
tunduk kepada syarak.
•12/28/2018 •4
• Dalam mentafsir al-Quran al-Maturidi
membawakan ayat-ayat mutasyabihah
pada makna yang muhkam.
• Ia mentakwilkan yang mutasyabih
berdasarkan maksud yang ditunjukkan
oleh yang muhkam.
• Bagi mereka yang tidak berkemampuan
untuk mentakwilnya, sikap berserah
adalah lebih utama.

•12/28/2018 •5
• Semampu mungkin berusaha mentafsir al-
Quran dengan al-Quran kerana ia pasti
tidak saling bertentangan.
‫ولو كان من عند غير هللا لوجدوا فيه اختالفا كثيرا‬
Maksudnya:
“…Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari
sisi Allah nescaya mereka akan mendapati
pertentangan yang banyak di dalamnya.”
(al-Nisa’:82)

•12/28/2018 •6
• Dengan prinsip di atas al-Maturidi
mempunyai kesesuaian dengan
Muktazilah dalam sebahagian metode
rasional, meskipun banyak perbezaan
pendapat dengan Muktazilah.
• Al-Maturidi sependapat dengan
Muktazilah tentang kewajipan
menggunakan akal dalam memikir dan
mengenal Allah serta menetukan baik dan
buruk.

•12/28/2018 •7
Pemikiran-pemikiran al-Matutridi
• Akal jika digunakan secara keonsisten dan bebas
daripada hawa nafsu dan taklid, akan menyampaikan
manusia kepada iman dan makrifat.
• Segala sesuatu dapat dinilai baik dan buruknya dengan
akal. Dalam hal ini al-Maturidi mengkatogorikan kepada
3 bahagian:
– Sesuatu yang akal dapat tahu kebaikannya
– Sesuatu yang akal dapat tahu keburukannya.
– Sesuatu yang akal samar-samar tentang baik buruknya.
Penilaiannya hanya dapat diketahui melalui syarak.

•12/28/2018 •8
• Penetuan baik Buruk:
• Muktazilah: akal boleh tahu keburukan
sesuatu dan pentaklifan larangan berlaku
kerana akal
– Asy’ari: baik dan buruk tidak boleh dicapai oleh
akal tetapi kerana perintah Allah.
– Al-Maturidi: Walaupun keburukan boleh dijangkau
melalui akal, namun tidak ada pentaklifan untuk
meninggalkannya melainkan oleh syarak.

•12/28/2018 •9
• Perbuatan Allah:
– Muktazilah: Allah melakukan perbuatan
disebabkan oleh berbagai maksud dan
tujuan kerana Allah Maha bijaksana.”wujub
al-Shalah wa al-aslah” (Tuhan wajib
melakukan yang baik dan terbaik).
– Asy’ari: Perbuatan Allah tidak nterikat
dengan sebab, kerana Allah tidak diminta
bertanggunjawab atas perbuatannya.

•12/28/2018 •10
– Al-Maturidi:Allah Maha Suci dari
berbuat main-main.Allah bebas
melakukan mengikut kehendak-Nya.
Oleh sebab itu tidak patut mengatakan
Allah melakukan yang baik yang terbaik
sahaja seperti pendapat Muktazilah.
Bagaimanapun dalam penciptaan itu
Allah melakukan kerana ada hikmat
tertentu. Ini berbeza dengan Asy’ari.

•12/28/2018 •11
• Prinsip tersebut bersandarkan kepada
firman Allah mengenai pencuri yang
dihukumkan potong tangan iaitu “nakalan
min Allah”.(al-Maidah,5:38)
• Asy’ariyah membolehkan Allah
memungkiri janji-Nya berdasrkan
pemikiran akal, bukan berdasarkan syara’.
Al-Maturidiyah menolak hal itu kerana
janji Allah adalah berdasarkan
kebijaksanaan-Nya.

•12/28/2018 •12
• Kebebasan Dan keterpaksaan:
– Muktazilah: Hamba bebas bertindak tanpa
campur tangan Allah. Oleh itu mereka berhak
dipertanggungjawabkan.
– Asy’ariyah: Perbuatn hamba dicipta Allah,
sedangkan kasab dari hamba. Maka dengan
kasab tersebut mereka ditaklifkan.
– Al-maturidi: Tidak ada satupun yang wujud
melainkan dicipta oleh Allah. Kebijaksanaan
Allah menghendaki tiada pahala dan
melainkan dengan ikhtiar.

•12/28/2018 •13
• Sifat Allah:
– Muktazilah: nafikan Allah ada sifat melainkan
sifat zat.
– Asy’ari: meyakini sifat Allah yang lain dan
terpisah dengan sifat zat.
– Al-maturidi: Menetapkan sifat bagi Allah,
tetapi sifat itu bukanlah yang terpisah dari
zat-Nya kerana jika terpisah membawa
maksud berbilangnya yang qadim.
– Menerima segala sifat yang disifati sendiri
oleh Allah tetapi tidak menyamakan dengan
sifat-sifat manusia.

•12/28/2018 •14
• Kalam Allah:
– Muktazilah: kalam dan al-Quran adalah makhluk.
– Asy’ari: merupakn firman Allah yang tidak
diciptalkan
– Al-Maturidi: kalam Allah merupakan makna yang
berdiri pada zat-Nya. Ia merupakan salah satu sifat
yang bersatu dengan Zat, ia kekal bersama
kekalnya Zat dan tidak tersusun dari huruf-huruf.
Sementara huruf dan kalimah merupakan yang
baru, diciptakan dan tidak dapat mengambil
tempat yang kekal. Ini bermakna al-Maturidi
menyamai Muktazilah dari segi al-Quran adalah
baru tetapi tidak mengatakan al-Quran sebagai
makhluk
•12/28/2018 •15
• Mengenai ayat mutasyabihat, al-Maturidi
mentakwilnya dengan mengikut rasional
akal agar tidak menyamakan sifat tersebut
dengan manusia. Seperti mentafsir ayat
istiwa’ dengan: “Allah menuju arsy dan
menciptakannya dalam keadaan rata,
lurus dan teratur.”
Dan ayat “kami lebih dekat dengannya
dari urat lehernya”. Dengan tafsiran
bahwa Allah menunjukkan isyarat
kekuasan dan kesempurnaan-Nya.
•12/28/2018 •16
• Ru’yah Allah:
– Allah dapat dilihat di hari kiamat. Dan ini
merupakan satu keadaan khusus hari kiamat, dan
hanya allah yang mengetahui dari segi bentuk dan
sifatnya.
– Firman Allah:
‫وجوه يومئذ ناضرة إلى ربها ناظرة‬
– Maksudnya:
“Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari kiamat berseri-
seri. Kepada Tuhannya mereka melihat”. (al-Qiyamah,
75:22-23)

•12/28/2018 •17
• Pelaku dosa besar:
– Pelaku dosa besar tidak terkeluar dari iman,
sekalipun amalnya dihisab dan mereka akan
disiksa, namun Allah dapat mencurahkan
rahmatn-Nya dengan kehendak-Nya.

– Oleh seba itu pelaku dosa besar tidak kekal


dalam neraka sekalipun mereka meninggal
dunia tanpa bertaubat.

– Orang mukmin yang berdosa terserah kepada


Allah. Jika Dia menghendaki, Dia akan
mengampuninya dan sebaliknya.
•12/28/2018 •18
• Tuhan menjadikan alam ini dalam
berjuta warna, tetapi bayangnya satu –
HITAM.

•12/28/2018 •19

Anda mungkin juga menyukai