Anda di halaman 1dari 5

NOVEL

JUSTERU IMPIAN DI
JARING

KARYA
ZAID AKHTAR
Soalan Bentuk Tema Teknik Menulis Jawapan Markah
Ayat pendahuluan Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Justeru Impian
(wajib) di Jaring karya Zaid Akhtar,
Ayat soalan Tema novel ini ialah

Tema ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan Isi - 2
rintangan sebelum bergelar juara dunia.

Contoh 1 Hal ini dibuktikan melalui peristiwa Syahir tabah menerima Isi - 2
pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya
menutup aurat semasa bermain badminton kerana dia masih
berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya.

Contoh 2 Selain itu, Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa Isi - 2
kejohanan Terbuka Johor juga membuktikan bahawa dia seorang yang
tabah apabila dia meneruskan latihan seperti biasa walaupun
menyedari dirinya tidak layak menyertai Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta.
Soalan Bentuk Sinopsis Teknik Menulis Jawapan Markah
Ayat pendahuluan (wajib) Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid
Akhtar,

Ayat soalan Sinopsis novel ini ialah

Sinopsis permulaan Pada bahagian permulaan menceritakan seorang remaja bernama Syahir yang baru sahaja Isi - 2
menghabiskan sesi wawancara bersama seorang wartawan. Selepas wawancara Syahir segera
menyertai rakan-rakannya yang lain untuk mendengar taklimat daripada Engku Aiman Dalam
taklimatnya, Engku Aiman (ketua jurulatih) mengingatkan anak buahnya agar tidak
mencampuradukkan hal peribadi ataupun publisiti semasa sesi latihan. Syahir terkesan dengan
kata-kata tersebut. Syahir sempat meminta maaf kepada Engku Aiman atas kelewatannya dalam
sesi taklimat pada petang itu. Namun Syahir menerima sindiran daripada Engku Aiman dan Syed
Amiri.

Sinopsis perkembangan Pada Bahaian perkembangan pula menceritakan Syahir menentang Syed Amiri, namun Isi - 2
konsentrasinya terganggu dengan gosip liar dan keputusan berat sebelah semasa pertandingan.
Walaupun Syahir cuba membantah tetapi pengadil pertandingan tetap dengan keputusannya
yang berat sebelah. Kekecewaannya menjadikan permainannya bertambah hambar dan Syed
Amiri akhirnya berjaya menewaskan Syahir. Oleh itu, Syed Amiri layak ke Jakarta manakala Syahir
sebaliknya.
Sinopsis peleraian Manakala, pada bahagian peleraian menceritakan Syahir berjaya menentang pemain Isi - 2
Indonesia iaiu Andri Minarwan dan dinobatkan sebagai juara kategori lelaki. Setelah kembali ke
Malaysia Syahir terus memeluk emaknya dan memberikan pingat kemenangan kepada emaknya.
Soalan Bentuk Teknik Menulis Jawapan Markah
Persoalan
Ayat pendahuluan Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Justeru Impian
(wajib) di Jaring karya Zaid Akhtar,
Ayat soalan Persoalan novel ini ialah

Persoalan 1 + Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kasih sayang Isi - 2
Contoh seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Syahir kerap pulang ke rumah
keluarganya di Bandar Baru Bangi apabila tiada latihan badminton.
Persoalan 2 + Selain itu, persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran. Isi - 2
contoh Contohnya, Syahir sentiasa sabar menerima kritikan daripada ketua
jurulatihnya dan tentangan daripada Syed Amiri
sehingga akhirnya dia menjadi juara di Kejohanan Badminton terbuka
dunia.
Persoalan 3 + Akhir sekali, persoalan pendirian yang teguh dalam melakukan Isi - 2
contoh sesuatu. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk
berpakaian menutup aurat semasa bermain badminton. Walaupun dia
menerima kritikan namun Syahir tetap berpegang pada prinsipnya itu
Soalan Bentuk Watak Teknik Menulis Jawapan Markah

Ayat pendahuluan Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Novel Justeru Impian di
(wajib) Jaring karya Zaid Akhtar,

Ayat soalan Watak utama novel ini ialah Syahir

Perwatakan 1 + Dia seorang yang penyabar. Sebagai contoh, tindakan Syed Amiri yang Isi - 2
contoh mengejeknya sebagai ‘Ustaz selebriti’ dan mempertikaikan kemampuannya
untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan
hati yang sabar.
Perwatakan 2 + Selain itu, dia merupakan seorang yang penyayang. Dalam novel ini, sifat Isi - 2
contoh penyayang Syahir jelas terbukti apabila dia pulang ke Bandar Baru Bangi
semata-mata untuk menjenguk emaknya walaupun tempat kediamannya
terletak agak jauh. Syahir juga melawat emaknya yang menghidap penyakit
strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta.

Perwatakan 3 + Akhir sekali, dia seorang yang taat akan pesanan. Contohnya, Syahir Isi - 2
contoh sentiasa ingat akan pesanan arwah ayahnya yang mengharapkan agar Syahir
mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa dan
negara, serta memelihara syariat Islam dalam sukan.