Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

• Abad ke-19 menyaksikan masyarakat Melayu telah mengalami satu


proses peralihan/transisi dalam aspek ekonomi.
• Proses peralihan ini melibatkan transisi daripada ekonomi tradisional
kepada ekonomi moden yang berasaskan komersialisme yang
didasarkan kepada kapitalisme.
• Perkataan transisi ini mengambarkan masyarakat melayu pada ketika
itu mengalami satu perubahan ekonomi sara diri kepada komersial
yang tidak drastik.
• Unsur utama dalam orientasi perubahan ekonomi sara diri kepada
pengkomersialan ialah “surplus”.
KEADAAN EKONOMI DI TANAH MELAYU
SEBELUM KEDATANGAN KOLONIALISME
• Bergantung kepada sector pertanian dan perikanan
• Mengamalkan ekonomi tradisional yang hanya cukup untuk menyara
keperluan diri dan keluarga.
• Mengamalkan sistem barter untuk pertukaran barang
• Tiada pengkhususan pekerjaan dalam ekonomi sara diri dan tiada
pembahagian kerja.
• Menggunakan peralatan tradisional untuk kegiatan ekonomi.
• Kegiatan ekonomi berkait rapat dengan Kawasan petempatan.
• Mengamalkan amalan gotong royong
• Mengalami masalah untuk lebihan pengeluaran atau “surplus” kerana
kekurangan tenaga buruh.
AMALAN DAN KESAN KOMERSIAL/KAPITALISME
TERHADAP KEGIATAN EKONOMI PERTANIAN
1. Amalan Ekonomi Wang
 Semasa zaman pra-kapitalisme, amalan ekonomi wang adalah sangat terhad dalam kalangan rakyat.
 Aspek ekonomi wang lazimnya dikaitkan dengan golongan pedagang, peruncit, penjaja dan tukang.
 Kebanyakan urusniaga di Kawasan kampung adalah menggunakan sistem barter.
 Urus niaga yang melibatkan pertukaran kain dengan beras biasanya akan menguntungkan peniaga kerana nilai sehelai kain pada ketika itu
memerlukan kuantiti beras yang banyak.
 Pada pertengahan abad ke-19, terdapat satu kecenderungan bahawa kebanyakan barangan tersebut lebih mudah diperolehi melalui urus niaga
wang
 Penggunaan sistem mata wang pada asalnya hanya melibatkan golongan atasan/pemerintah
 Golongan atasan pada ketika itu lebih berminat menjalinkan usaha sama dengan golongan imigran yang telah terlibat kepada ekonomi wang
berbanding golongan rakyat Melayu.
 Misalnya, kes penglibatan golongan imigran Cina dalam sector penanaman padi secara komersial telah diberikan kepada orang Cina oleh Sultan
Kedah pada akhir abad ke-19
 Hal ini kerana, golongan pemodal cina mampu menawarkan bayaran pajakan hasil kepada Sultan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
 Hal ini menjadikan negeri Kedah sebagai pengeksport padi semasa zaman kolonialisme
 Oleh itu, ia memberi kesan langsung terhadap masyarakat Melayu pada ketika itu yang menjalankan pertanian penanaman padi yang
berorientasikan ekonomi sara diri.
 Penanaman pada yang sudah sebati dengan kehidupan sosioekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu hanya menghasilkan lebihan ekonomi
yang kecil sebagaimana yang diperolehi oleh imigran Cina
 Keadaan ini tidak mendorong kepada peluang untuk melibatkan golongan rakyat melayu Khususnya dalam ekonomi wang.
 Kesimpulannya, pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sektoe penanaman padi dalam kalangan masyarakat Melayu secara keseluruhannya
masih berada di tahap sara diri dan tidak boleh dianggap telah mencapai tahap komersial.
2. AMALAN KEMUDAHAN KREDIT PERTANIAN
 Sumber kemudahan kredit pertanian yang diharapkan oleh kaum tani ialah skim pinjaman kerajaan.
 Sumber ini tidak pernah disediakan oleh pihak kerajaan pada zaman prapenjajahan.
 Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, pihak pentadbiran British telah menyediakan skim kemudahan kredit kepada para petani.
 Misalnya pada tahun 1884, kerajaan Selangor telah memperuntukkan kepada pegawai daerah di negeri itu dana tahunan sebanyak $1000 bagi tujuan pinjaman kepada
petani.
 Pada tahun 1895, satu dana pinjaman pertanian di bawah bidang kuasa residen telah diwartakan di Selangor dan Perak.
 Skim ini memperuntukan pinjaman sehingga $1,000 kepada seseorang petani tetapi dana tahunannya hanya berjumlah $5,000
 Di negeri Sembilan pula, jumlah pinjaman individu kepada petani dihadkan kepada $200 dan dana peruntukan tahunan sebanyak $1,000
 Dana pinjaman tersebut merupakan satu jumlah yang kecil dan tidak dapat dinikmati oleh bilangan petani yang ramai.
 Pada tahun 1907, Residen Perak, E. W. Birch, mencadangkan penubuhan sebuah bank pertanian dengan dana berjumlah $25,000 di negeri itu.
 Sehubungan itu, Skim kemudahan kredit pertanian telah diwujudkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1908 yang memperuntukkan pinjaman bagi membiayai
pembinaan perparitan bagi saliran pengairan, pembelian kerbau untuk pembajakkan dan tujuan lain yang berkaitan dengan pemajuan tanah pertanian.
 Pinjaman juga boleh digunakan untuk menebus semula tanah yang dicagar untuk mendapatkan pinjaman.
 Kadar faedah pinjaman adalah antara empat dan enam peratus setahun yang dikatakan paling rendah.
 Namun begitu, skim pinjaman ini tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani.
 Hal ini kerana kerumitan prosedur untuk memohon pinjaman dan juga kebayakkan petani gagal untuk melunaskan pinjaman termasuk kadar bunga
 Selanjutnya, Kerajaan NNMB telah memperluas skim pinjaman pertanian bagi membiayai tanaman padi kerana tanaman padi merupakan makanan ruji di Tanah Melayu.
 Namun begitu, dikatakan para petani masih tidak dapat menikmati kemudahan pinjaman pertanian kerajaan tersebut.
 Kesannya kebanyakkan mereka terus meminjam daripada ceti walaupun kadar bunganya jauh lebih tinggi iaitu dua hingga lapan peratus sebulan.
 Kewujudan skim-skim ini tidak menggambarkan perkembangan yang positif malahan menimbulkan masalah kewangan lain
 Kebanyakan petani terjerumus ke dalam masalah hutang dan bertambah runcing apabila sesuatu bidang tanah terpaksa dipajak dan digadai kepada ceti.
 Akhirnya Tanah Orang Melayu ini bertukar milik kepada orang bukan Melayu sehingga menyebabkan keluasan milikan tanah orang Melayu berkurangan
RUJUKAN
• A Rahman Tang Abdullah. 2015. Transisi Ekonomi Dalam Masyarakat
Melayu: Ekonomi Wang Era Permulaan Kapitalisme Di Tanah Melayu.
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan: Universiti Malaysia Sabah.
• Rosmiza Mohd Zainol & Et. Al. 2009. Mengungkap Kelestarian
Pertanian Kecil Melayu Pada Zaman Penjajahan British. Pusat
Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai