Anda di halaman 1dari 11

CONGKAK

Sejarah congkak
• berasal daripada dunia Afrika atau Arab
• bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kini Jordan.
• Di Asia Tenggara, congkak berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
• Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu
"congak" yang bermaksud pengiraan mental.
• Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak
dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba.
• Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak
dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
PENGENALAN
• Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu
tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.
• Permainan ini memerlukan dua orang pemain.
• Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil
"kampung".
• Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah".
• papan congkak

• batu-batu kecil
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau
dan sebagainya.Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari
kayu rambutan, nangka dan sebagainya,mengikut kemampuan si
tukang pembuat congkak.
• Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut
kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang
rumah yang dihasilkan kelak.
• Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu
bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
• Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan
kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk
melicinkan batang kayu tersebut.
• Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan
dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah
bilangan
tertentu.
• Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang
dikenali sebagai ‘rumah’.
• Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan
pelbagai hiasan seperti bentuk
• tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan
sebagainya.
• Papan congkak divarniskan dengan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
CARA-CARA BERMAIN CONGKAK
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain
serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada
tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
• Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di
dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak
di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir
jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan
itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.
• Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung
pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka
giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi
semula kampung dengan buah congkak dan jika ada
kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.
Walaupun permainan congkak kelihatan sama
dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan
buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan:
• Perbezaannya ialah semasa permulaan permainan di
mana permainan congkak bermula serentak antara
kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam
permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam
berbanding dengan permainan lain yang bergerak
secara melawan arah jam.