Anda di halaman 1dari 36

GWP1092

WACANA PENULISAN
Topik 5:
Penulisan Akademik
Fatimah Ismail
Raja Husna Mawardah Raja Abdul Halim

Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme


Keguruan
IPG Kampus Kota Bharu Kelantan
Perkara yang akan dibincangkan
5.1 Pengenalan kepada penulisan akademik
• Pengertian penulisan akademik
• Jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal,
kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain.
5.2 Kejelasan dan Gaya Penulisan
• Pengertian/ Konsep
• Penggunaan bahasa formal
• Penulisan secara objektif
• Penulisan ayat yang jelas
• Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif
• Langkah-langkah dalam penulisan
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Pengenalan
1. Dalam penulisan atau pengucapan ada yang
dikatogerikan sebagai formal dan tidak tidak
formal.
2. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah
formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999)
3. Penulisan akademik adalah penulisan yang
dijalankan secara ilmiah atau saintifik.
(bukannya khayalan atau rekaan)
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Pengenalan
4. Penulisan akademik melibatkan kajian secara
teratur dan teliti pada setiap persoalan yang
dibincangkan.
5. Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi
tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan
eksekutif, dan lain-lain.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Ciri-ciri penulisan akademik
Antaranya ialah;
1. Menyampaikan fakta secara sistematik atau
mengemukakan hukum alam kepada situasi
yang spesifik.
2. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak
membuat andaian.
3. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak
golongan-golongan tertentu.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Ciri-ciri penulisan akademik
Antaranya ialah;
4. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan
tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.
5. Penulisan menggunakan bahasa formal,
tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas.
6. Setiap pandangan yang dikemukakan
disokong dengan bukti.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Ciri-ciri penulisan akademik
Antaranya ialah;
7. Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu
kerana ia akan menunjukkan motif penulis
yang mementingkan diri sendiri.
8. Penulisan akademik selalunya disertakan
sumber rujukan daripada penulis lain yang
mempunyai autoriti dalam bidang yang
dibincangkan.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik
Antara langkah-langkahnya ialah;
a. Pengumpulan data dan fakta
b. Pengamatan data dan fakta
c. Pemilihan data dan fakta
d. Penggolongan data dan fakta
e. Penafsiran data dan fakta
f. Membuat kesimpulan umum
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik
Antara langkah-langkahnya ialah;
g. Membuat hipotesis
h. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian
dan percubaan empiris
i. Penilaian; menerima atau menolak hipotesis
j. Perumusan teori ilmu pengetahuan
k. Perumusan dalil atau hukum ilmu
pengetahuan
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
Antaranya ialah;
a. esei ilmiah
b. kertas kerja
c. laporan kajian
d. abstrak/ringkasan eksekutif/tesis/
e. disertasi
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
a. Esei ilmiah
 merujuk karangan ilmiah yang pendek
tentang topik atau permasalahan
berdasarkan data yang diperolehi melalui
rujukan perpustakaan dan / atau kerja
lapangan.
 Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan
objektif.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
b. Kertas kerja
 ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu
fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja
lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
 Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta
bersifat rasional-empiris dan objektif.
 Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam
jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan
ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan
sebagainya
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
c. Laporan kajian
 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan
ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta
tentang sesuatu kepada pihak lain.
 Penghuraiannya juga bersandarkan kepada
metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja
lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
d. Tesis
 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih
mendalam.
 Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh
daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri.
Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis
bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis
oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat
Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
e. Disertasi
 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi
dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk
mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).
 Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan
penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik
dan analisis yang terperinci.
 Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan
dan dipertahankan di hadapan panel.
Kejelasan Dan Gaya Penulisan
Apakah konsep kejelasan?
Konsep Kejelasan (Clarity)
1. Jelas bererti mudah difahami, mudah
dibaca, tidak memberi ruang untuk
disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar
dan tidak kabur,.
2. Menggunakan kata-kata yang pendek,
ringkas, tajam, daripada kata-kata yang
berbelit, dan panjang.
Gaya Penulisan
Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut:
a.penggunaan bahasa formal yang tepat,
b.bergaya formal dan bukan peribadi,
c.pembinaan ayat yang jelas dan tepat,
d.berhati-hati dengan pengunaan kata
singkatan dan akronim, dan
e.perkembangan idea / hujah secara logik
dan sistematik.
Bahasa Formal
1. Dalam penulisan akademik kita
menggunakan bahasa formal, dan elakkan
diri daripada mengguna slanga atau
bahasa sehari-hari.

2. Penulisan akademik yang mempunyai


kejelasan akan menggunakan bahasa
formal untuk menerangkan pendapat
sendiri dengan merujuk kepada pandangan
orang lain.
Bahasa Formal
Contoh:
Informal:
• Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan
untuk mengetahui sama ada tindakan
sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

Formal :
• Pekerja sosial mengkaji sejarah pelanggan
untuk menentukan sama ada intervensi
yang sebelumnya telah dilaksanakan atau
tidak.
Bahasa Formal
Secara umum, dalam penulisan akademik
perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian:
1. Meminimumkan penggunaan perkataan
‘saya’ dalam teks. Pendek kata, perlu elak
daripada menulis
"Apabila saya melihatnya semula, saya tidak
berfikir ini adalah pendekatan yang boleh
terima .” kecuali dalam pendekatan
kualitatif yang menggunakan gaya naratif....
Bahasa Formal
2. Menggunakan kata kerja formal, dan
kurangkan penggunaan frasa kata kerja
seperti ‘mempertimbangkan’ daripada
‘melihat kepada’
3. Menggunakan ekspresi impersonal seperti
‘Ini menimbulkan....’
Bahasa Formal
4. Menggunakan lebih banyak kata nama
daripada kata kerja seperti
‘keprihatinan’ daripada
‘membimbangkan’
5. Jangan mengguna ekspresi emosional,
seperti ‘Itu begitu jelas’ (lebih baik
menggunakan ‘nampaknya’), atau
‘hanya kerana’ (lebih baik
menggunakan ‘diberikan berdasarkan’)
Bahasa Formal
6. Menggunakan kata ringkas yang tepat dan
padat serta jelas maksudnya terutamanya
ekspresi abstrak, seperti perkataan ‘gender’
digunakan, daripada ‘lelaki atau
perempuan.’
Bahasa Formal
Informal Formal
Dengan kadar perletakan jawatan
Dengan begitu banyak doktor
doktor yang semakin tinggi, terdapat
meletak jawatan di wad kecemasan,
kebimbangan tentang kapasiti
saya bimbang tentang rawatan
hospital untuk memelihara nisbah
pesakit di wad tersebut kelak
doktor-pesakit yang mencukupi.

Sangat jelas bahawa pekerjaan telah


Adalah jelas bahawa terdapat
ditawarkan kepada pemohon
beberapa kes di mana pemilihan
berdasarkan sama ada mereka
pekerja adalah berdasarkan gender.
adalah lelaki atau perempuan. Saya
Dengan wujudnya undang-undang
berfikir bahawa pendekatan ini tidak
anti-diskriminasi gender, keadaan ini
boleh diterima bahkan ia melanggar
menimbulkan kebimbangan serius.
undang-undang.

25
Ekspresi/ Pernyataan Pendapat
Peribadi Penulisan Objektif
Menurut pendapat Telah dikatakan bahawa...
saya... Beberapa penulis mendakwa ...
Saya percaya bahawa... Jelasnya, ...
Dalam pandangan saya Jelas bahawa ...
... Tidak ada sedikit keraguan pun
bahawa ...
PENULISAN OBJEKTIF
Agen atau Pelaku Bukan Agen atau
Pelaku
Saya melakukan
Kajian ini dilakukan ...
kajian ...

Saya mencadangkan
Dicadangkan untuk ...
untuk ...

Dalam esei ini saya Tulisan ini membahas


akan membahas ... ...
27
Penulisan Ayat Yang Jelas
1. Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah
penting untuk menyemak semula panjang-
pendek ayat.
2. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan
nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan
jika ayat terlalu panjang, pembaca akan
kehilangan fokus.
3. Ayat pendek boleh membantu koheren
(kesinambungan) sementara ayat panjang
membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam
penulisan.
28
Perkembangan Idea Secara Logik
Koheren
1. Dalam penulisan yang koheren, idea-idea
dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan
dalam urutan logik, serta disokong dengan
bukti dan contoh.

2. Faktor-faktor ini memudahkan pembaca


untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis
dalam menulis artikel itu.
29
Perkembangan Idea Secara Logik
Kohesi
1. Dalam penulisan yang kohesif, terdapat
kesinambungan idea di mana satu idea
telah dihubungkan dengan idea lain secara
mantap pada:
• Tahap ayat
• Tahap perenggan
• Tahap keseluruhan teks

30
Perkembangan Idea Secara Logik
Kohesi
2. Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti
berikut:
• berbagai-bagai struktur ayat
• menggunakan tanda baca dengan betul
• perenggan dibina dengan baik
• penggunaan kata-kata kesinambungan
dengan berkesan
• peralihan antara perenggan-perenggan
dan bahagian-bahagian lain adalah licin.
31
Penggunaan Akronim Dan Kata
Singkatan
1. Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak
difahami atau diketahui oleh pembaca.
2. Selalu menulis nama penuh pada kali
pertama, tidak kira nama singkatan adalah
terkenal atau patut diketahui oleh pembaca.
3. Kata singkatan standard bagi kata nama khas
boleh digunakan dalam penulisan akademik.
Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus
digunakan dalam teks dengan kata singkatan
yang diletak dalam kurungan.
32
Penggunaan Akronim Dan Kata
Singkatan
 Selepas ini kata singkatan boleh digunakan
dalam seluruh teks. Walau bagaimanapun,
kata singkatan tidak boleh digunakan dalam
abstrak atau dalam tajuk.

Where the patient exhibits these symptoms it is appropriate for the doctor
to request an electrocardiagram (ECG). An ECG may help to establish…

Adapted from Peat, J et al, (2002) Scientific writing, London: BMJ.

33
Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan

Kata Singkatan Bentuk Penuh


Kependekan Perkataan
mau mahu
dlm dalam
dgn dengan
dr dari
drp daripada
dll dan lain-lain
kpd kepada
pd pada
sbg sebagai
spt seperti
yg yang

34
Langkah-langkah Dalam Penulisan
1. Pemilihan masalah / topik penulisan
2. Mengumpul maklumat atau data untuk
penulisan
3. Menyusun / mengorganisasi data untuk
menghasilkan penulisan yang baik
4. Meneliti hasil penulisan dengan membuat
penambahbaikan
5. Menyemak hasil penulisan untuk
memastikan tiada kesalahan tatabahasa
dan kesalahan teknikal
Sekian
Terima Kasih