Anda di halaman 1dari 12

Membincangkan Peranan

Kaunselor dan Klien


Berdasarkan Kes Dzul
(Teori Tingkah Laku)
HANINAZIRAH BT ROSLI
FASHIHAH BINTI MOHAMMAD ROZI
CHONG SIN HUI
 Dzul (bukan nama sebenar) berumur 16 tahun terlibat dengan pelbagai masalah vendalisme, mencuri
dan perlanggaran disiplin di sekolah apabila bermula dengan kegiatan melepak. Antara punca-punca
utama dia melepak ialah apabila dia gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.. Dzul
berasa sangat kecewa kerana kegagalannya dia dimarahi oleh kedua ibu bapanya.

 Ibu bapa Dzul hanya mementingkan perniagaan mereka daripada mengetahui perkembangan anak-
anak di rumah. Semasa dalam proses untuk mengambil PMR, keluarga langsung tidak mengambil berat
tentang akademiknya. Begitu juga dengan perhubungan adik-beradiknya yang agak renggang
menjadikan Dzul lebih selesa bergaul dengan rakan-rakan di luar. Apabila sentiasa dileter, Dzul sering
mencari ketenangan dengan melepak bersama rakan-rakannya di pusat-pusat membeli belah untuk
melepaskan kebosanannya dan mengelak daripada dileteri.

 Kesan melepak, Dzul sudah pandai merokok dan mula balik lewat malam. Ibu dan bapanya tidak
menghiraukan kelakuan Dzul kerana mereka juga sering pulang lewat untuk menghabiskan kerja
mereka. Oleh yang demikian tiada tempat untuk Dzul meluahkan masalahnya melainkan rakan-
rakannya yang tidak tentu arah juga kehidupannya.

 Bermula dengan melepak, Dzul mula merokok atas ajakan dan cabaran kawan- kawan. Kemudian Dzul
mula berlumba haram dengan menggunakan motor kawan- kawannya yang sudah pun bekerja. Dzul
mula terjebak dengan pelbagai masalah lain seperti Dzul pernah ditangkap polis ketika sedang
berlumba haram dan kegiatan ini apabila diketahui oleh ibu dan ayah menjadikan perhubungan mereka
anak beranak semakin tegang. Ketegangan yang timbul menyebabkan Dzul semakin tidak senang hati
berada di rumah dan sering melepaskan tekanannya di sekolah dengan melakukan vendalisme,
perlanggaran displin dan juga sering ponteng kelas.
APA MASALAH DZUL ?

Mengamalkan
tabiat tingkah
laku maladaptive
TINGKAH LAKU MALADAPTIVE

 Tingkahlaku yang tidak sesuai di dalam


sesuatu masyarakat .
 Tingkah
laku ini bersifat bertentangan
dengan semula jadi.
 Tingkahlaku maladaptive adalah satu
perbuatan yang telah dipelajari oleh
seseorang individu.
APAKAH PERANAN
KAUNSELOR?
Peranan Kaunselor

Penerimaan yang positif


Contoh:
GBK tidak memilih murid yang
cemerlang sahaja sebaliknya juga
menerima Dzul yang gagal dalam
PMR 、
Peranan Kaunselor

Memahami diri klien


Contoh:
GBK berbual mesra dengan Dzul
dan tidak mewujudkan persepsi
yang buruk terhadap Dzul dalam
minda.
Peranan Kaunselor

Mempunyai kepercayaan bahawa


klien boleh berubah
Contoh:
GBK perlulah cuba sedaya upaya
untuk mengubahsuaikan tingkah laku
Dzul yang negatif seperti merokok,
mencuri,vandalisma.
Peranan Kaunselor

Menjadi model dan contoh untuk


diteladani oleh klien
Contoh:
GBK tidak sewajarnya merokok agar
Dzul dapat menjadikan GBK sebagai
teladan.
Peranan Kaunselor

Menguasai teknik-teknik yang


terdapat dalam terapi
(Teknik pelaziman Operan)
Contoh:
GBK menggunakan peneguhan
positif dengan memuji Dzul.
Peranan Kaunselor
 Mengatur strategi pelaksanaan tingkah laku
klien
Contoh:
GBK menggunakan tingkah laku kognitif iaitu
penggunaan kaedah self-instructional
Self-instructional
Merupakan satu cara untuk individu mengajar
diri mereka bagaimana berhadapan dengan
tekanan secara berkesan.
Peranan Klien

Aktif dalam
terapi Dzul memberikan jawapan bagi setiap soalan yang
diajukan oleh GBK

Mengaplikasikan
teknik dalam Dzul mengaplikasikan teknik yang dirasakan sesuai
kehidupan dengan dirinya sebagai satu usaha mengubah
seharian tingkah lakunya