0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
377 tayangan9 halaman
Sajak ini membincangkan tentang pentingnya berbuat jasa dan bakti kepada makhluk lain serta mengingatkan agar manusia tidak bersikap tamak dan angkuh kerana keupayaan manusia itu bersifat sementara seperti daun yang akan kering suatu hari nanti.

MAKSUD SAJAK RANGKAP MAKSUD 1 Penyajak menyatakan dirinya dan orang lain sebagai daun yang segar di hujung ranting. Daun itu akan semakin rimbun sehingga menjadi tempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan gembira. 2 Penyajak mengatakan bahawa sekiranya manusia tamak serta tidak mahu berbuat jasa dan bakti, tentunya unggas yang kecil dan tiada kudrat itu tidak mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari. MAKSUD SAJAK RANGKAP MAKSUD 3 Penyajak mengatakan dirinya dan orang lain seperti sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, penyajak mengatakan agar semua orang tidak angkuh dengan keupayaan diri yang hanya bersifat sementara sehingga tidak mempunyai belas kasihan terhadap makhluk duafa yang ingin menumpang hidup di muka bumi ini. 4 Penyajak meminta agar semua orang menjadi seperti sehelai daun yang bertunas hijau dan menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja. Cari maksud bagi perkataan berikut : • Rimbun : _______________________ • Unggas : _______________________ • Tamak : ________________________ • Kudrat : ________________________ • Angkuh : _______________________ • Duafa : _________________________ • Baja : __________________________ TEMA Amalan yang baik dalam kehidupan.
Contohnya : berbuat jasa dan bakti
kepada makhluk lain untuk menumpang hidup. Kita juga memberikan kebaikan sewaktu kita hidup dan selepas kita meninggal dunia. PERSOALAN
• Kebaikan diri yang sanggup memberikan makhluk
lain menumpang untuk hidup. • Kesedaran bahawa sifat tamak akan membuatkan pihak lain menghadapi kesukaran untuk hidup. • Insaf akan keupayaan diri yang bersifat sementara. Oleh sebab itu, tidak sewajarnya kita bersikap sombong kepada makhluk lain. GAYA BAHASA PENGULANGAN KATA CONTOH Asonansi •Kita umpama sehelai daun (perulangan vokal a) •Di bawah redup bebayang mentari (perulangan vokal e) •Sehingga lupa makhluk duafa (perulangan vokal u) Aliterasi •Hijau menunas menyegar mata (perulangan konsonan m)
Asonansi : Vokal Aliterasi : Konsonan LATIHAN 1. Apakah kepentingan daun kepada unggas? (3m)
2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak
tersebut? (3m)
3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada