Anda di halaman 1dari 7

MPU3092 (PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 2 : CIRI-CIRI KURSUS AGAMA ISLAM


“Huraikan matlamat dan tujuan hidup bertunjangkan ciri Rabbaniyyah”
Definisi Rabbaniah:
• Ketuhanan, iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai, dan prinsip yg terkandung dalam
Islam adalah bersumberkan wahyu Allah swt dan Hadis.

• Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-khashoish al-ammah lil Islam menyatakan bahawa
yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah itu adalah meliputi empat aspek :
– Rabbaniyyah al-ghoyah (tujuan/matlamat)
– Rabbaniyyah al-wijhah (persepsi)
– Rabbaniyyah al-masdar (sumber)
– Rabbaniyyah al-manhaj (sistem)
Rabbaniyyah al-ghoyah (tujuan/matlamat)
• Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan,
mengambarkan betapa setiap matlamat atau tujuan sesuatu
usaha, amal, cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan
halatuju kehidupan manusia haruslah dalam acuan dan kerangka
menuju dan mencapai keredhaan Allah.
• Firman Allah : Katakanlah : ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam,
tiada sekutu bagi Nya, dan demikian itulah aku diperintahkan dan
aku adalah orang yang pertama menyerah diri (kepada Allah) (al-
An’am 162-163)
Rabbaniyah: Matlamat Hidup
• Matlamat hidup manusia adalah untuk mendapat
keredhaan Allah SWT (Zamri dan Khairi, 2016).
• “ Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupkudan matiku hanyalah untuk Allah S.W.T., Tuhan
semestaalam” (Surah al- An’am 6: 162).
• Setiap tingkah laku yang dilakukan oleh manusia
bermatlamat hanyalah untuk Allah SWT.
Rabbaniyah : Tujuan Hidup
• 1. Beribadah kepadaAllah SWT
– “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusiamelainkan supaya
mereka mengabdi kepadaKu” (Surah Az-Zariyat: 56).
– Manusia mempunyai kewajiban menyembah kepada Allah dan
tidak boleh menyekutukanNya.
– Manusia dilahirkan kedunia atas kehendak Allah SWT.
– Kebaikan dan keburukan (berserta hikmah yang baik) yang
terjadi kepada kita juga ditentukanAllah SWT.
2. Mewujudkan hubunganyang baik dengan Allah
– Islam telah menjadikan matlamatnya yang terakhir serta
tujuannya yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah
hubunganyang baik dengan Allah SWT bagi mencapai
keredhaanNya.
– Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
RasulullahSAW mengatakan, “Jagalah Allah, nescaya Allah
akan menjagamu”.
Penutup
• Menjadikan umat Islam lebih mengenal Allah, serta dapat
melihat matlamat dan tujuan hidup dengan jelas dalam
usaha untuk mencapai keredhaan-Nya
• Sebagai orang Islam kita hendaklah menjalani hidup
mengikut ajaran Islam yang sebenar-benarnya untuk
mencapai matlamat dan tujuan hidup serta memperoleh
balasan kebaikan di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai