Anda di halaman 1dari 45

LAPORAN KABINET

KERAJAAN
MALAYSIA 1979
Disediakan: KHOR YU JIE CHONG CHIAO AN
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KABINET 1979
Yang Berhormat Dato’ Lee San Choon
(MENTERI KERJARAYA & KEMUDAHAN AWAM)

Yang Berhormat Tan Sri V. Manickavasagam


(MENTERI PENGANGKUTAN)

PENGERUSI Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Asri B. Haji Muda


(MENTERI KEMAJUAN TANAH & WILAYAH)
Yang Amat
Berhormat Tun Yang Berhormat Datuk Amar Abdul Taib Bin Mahmud
Dr. Mahathir b. (MENTERI PERTAHANAN)
Mohamed
Yang Berhormat Datuk Ali Bin Haji Ahmad
(MENTERI PERTANIAN)

Yang Berhormat Dato’ Michael Cheng Win Sum


(MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN)

Yang Berhormat Dato’ Musa bin Hitam


(MENTERI PELAJARAN)
Pengenalan
• laporan yang mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan
pendidikan termasuklah prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

• Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah


tercetus setelah laporan Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran diterbitkan pada tahun 1979.
• Hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa
Kabinet yang ditubuhkan pada September 1974 dan
dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu
merupakan Menteri Pelajaran.
• dikemukakan pada November 1979 dan jawatankuasa laporan
tersebut telah mendapati bahawa terdapat pelbagai kelemahan
yang menghalang untuk mencapai matlamat pendidikan yang
bermutu dalam sistem pendidikan ketika itu.
• Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah
kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969,
pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar
Ekonomi Baru 1970.
• Mendorong kerajaan mengkaji semula dasar Pendidikan
kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan
perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan
politik untuk membangunkan bangsa dan negara.
• KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum bermula dengan subjek Alam& Manusia bagi
pelajar tahun 4 hingga 6.
• Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga
dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam.
• Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah membina
satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu
buku bertajuk “Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar
Merentas Kurikulum KBSR”pada tahun 1998.
Tujuan-tujuan
• Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem
pendidikan yang diamalkan ketika itu.

• Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang


sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan
oleh negara.

• Mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat


melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Ciri-ciri
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan
mengira.

• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan


unsur-unsur disiplin yang diingini.

• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.


Ciri-ciri
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan
vokasional.

• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.

• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran

• Meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.


Objektif
• Menghasilkan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik

• Memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu


dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan lain-lain.
Strategi Perlaksanaan

Sistem
Kurikulum
Pendidikan
SISTEM
PENDIDIKAN
Pendidikan Menengah Rendah
• Menggunakan BM atau BI sebagai bahasa pengantar.

• 1965, pendidikan menengah rendah berubah kepada corak


pelbagai aneka jurusan
• -memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia.
• -memenuhi tenaga rakyat bagi semua bidang.

• Menawarkan mata pelajaran elektif.


Pendidikan Menengah Atas
• Pendidikan 2 tahun dimana murid-murid memasuki tingkatan 3
setelah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran.
• Terdapat 3 jenis sekolah
• Sekolah menengah biasa (jurusan sastera dan sains)
• Sekolah menengah teknik
• Sekolah menengah vokesional
• Pendidikan menengah atas berakhir dengan sijil pelajaran
Malaysia.
Pendidikan Tingkatan 6
• Pendidikan lanjutan menengah atas selama 2 tahun.
• Pelajar dimasukkan ke tingkatan 6 berdasarkan pencapaian sijil
pelajaran Malaysia.
• Di penghujung tahun kedua pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia yang menjadi asas pemilihan kemasukan
ke universiti tempatan.
• Tingkatan 6 juga bertujuan sebagai persediaan calon-calon menduduki
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi mengikuti kursus
ijazah di university tempatan
Pelajaran Lanjutan
• “Pelajaran untuk orang yang umurnya melebihi dari yang ditetapkan bagi mengulangi
pelajarannya di sekola rendah.”(bahagian I, akta pelajaran 1961)
• Dimulakan pada 1957,bertujuan membasmi buta huruf tetapi telah berubah corak
kepada memberikan pelajaran akademik kepada mereka yang tercicir dari system
persekolahan.
• Pada 1967,pelajaran akademik dari dari darjah 1 hingga tingkatan 2 diberhentikan.
• Mulai 1968,kemudahan disediakan bagi tingkatan 3 hingga tingkatan 6
• Pelajaran lanjutan memain peranan penting dalam menyediakan sebahagian daripada
tenaga rakyat.
Sekolah Swasta
• perlu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan mengikuti syarat-syarat yang
telah ditetapkan.
• Boleh dibatalkan pendaftaran jika sekolah tersebut merosakkan kepentingan
pendidikan, murid-murid,orang awam atau melanggari syarat pendaftaran yang telah
ditetapkan.
• Peperiksaan tambahan yang dijalankan adalah peperiksaan Junior Middle 3, Senior
Middle 3, Sijil Perdagangan Malaysia dan peperiksaan lain-lain.
• Terdapat pelbagai kelemahan dalam syarat-syarat pendaftaran terutamanya apabila
menjalankan peperiksaan yang tidak berfaedah kepada pelajar yang hanya
mementingkan keuntungan semata-mata, maka syarat pendaftaran telah
diperkemaskan.
Pendidikan Peringkat Maktab
1. Maktab Perguruan
• Kelayakan minimum untuk menjadi seorang guru ialah dengan adanya SPM DAN
STPM.
• Mengendalikan kursus-kursus latihan perguruan.
• Universiti-universiti yang terlibat dalam melatih guru dengan tempoh-tempoh yang
tertentu, antaranya adalah UM,UKM,UPM dan UiTM.
2. Politeknik
• Mengeluarkan tenaga mahir di peringkat pertengahan.
3. Institut Teknologi MARA
• Ditubuh oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA)
• Melatih bumiputera
KURIKULUM
Pengenalan Kurikulum
• Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan

Sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran

Pendidikan luar bilik darjah


Kurikulum Menguatkan Perpaduan
• Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan
peperiksaan yang seragam
• Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan
kurikulum di sekolah-sekolah
• wujudkan sistem peperiksaan awam yang sama
Pendidikan Agama
• mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam adalah diwajibkan
kepada semua murid beragama Islam

Pendidikan Sivik
• Untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat cintakan
negara, sifat bertimbang rasa dan toleransi dan lain-lain.
Pendidikan Sosial
• Diajar dalam kedua-dua peringkat (rendah dan menengah)
• Contoh : Ilmu Alam dan Sains
Sains
• Pada tahun 1969, sukatan pelajaran baru iaitu sains panduan telah
diperkenalkan oleh beberapa buah sekolah menengah rendah pada
peringkat Tingkatan sebagai satu program perintis.
• isi kandungan sains panduan di Tingkatan 1hingga 3 tidak banyak
beza dengan sukatan lama (dari segi perdekatan dan kaedah
mengajar).
• Hal ini kerana sains panduan dan sains moden menitikberatkan
fahaman dan proses penyampaian mengikut tertib daripada senang
kepada susah.
• Untuk menjayakan pendidikan sains panduan dan moden, guru-guru dilatih khas
untuk subjek ini sangat diperlukan.
• Walaupun ramai guru dilatih untuk mengajar namun, mutu pendidikan secara
keseluruhannya belum lagi dikatakan berada di tahap yang memuaskan.
• Langkah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah-
sekolah luar bandar ialah:
1. Guru Sains perlu dihantar lebih ramai lagi untuk berkhidmat di sekolah-sekolah
menengah luar bandar.
2. Taraf latihan ikhtisas guru-guru sains perlu ditingkatkan.
3. Menyediakan kemudahan yang cukup di semua sekolah menengah.
4. Satu penilaian menyeluruh ke atas program sains moden hendaklah dilakukan pada
masa yang sesuai.
Kebudayaan dan Pendidikan Muzik
• Kebudayaan kebangsaan adalah berasaskan kepada kebudayaan Melayu.
• Banyak unsur-unsur kebudayaan kaum-kaum pendatang. Buktinya ialah
tarian, nyanyian, muzik Melayu dan alat-alat muzik.
• Tujuan : untuk mendedahkan mereka kepada unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan dan memupuk perasaan seni.
• Kebanyakan sekolah tidak mempunyai guru muzik dan jika ada pun, guru
itu tidak berkelayakan.
• Tambahan pula, sekolah tidak mempunyai bahan dan alatan muzik yang
cukup.
• Kegiatan muzik, nyanyian dan tarian murid-murid yang berbagai kaum ini
membuatkan mereka mengetahui asas kebudayaan kebangsaan di samping
menghayati kebudayaan kebangsaan mereka sendiri. Ini akan
menggalakkan perpaduan.
• Langkah peningkatan:
1. dipupuk dan digalakkan di sekolah dan menjadikannya sebagai satu
kegiatan sekolah.
2. Bahan-bahan alat membantu mengajar perlu disediakan.
3. Siaran televisyen pedidikan hendaklah digunakan untuk memperkenal
dan mengajar tarian kebangsaan.
4. Calon guru yang berkelayakan dalam bidang muzik hendaklah mengikuti
kursus latihan perguruan.
5. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama Kementerian
Pelajaran perlu mengadakan pesta kebudayaan untuk para pelajar.
Bahasa Melayu
• diajar untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
• bersesuaian dengan matlamat BM untuk dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan
dalam mata pelajaran sebagai syarat utama untuk mendapat kelulusan
dalam peperiksaan awam.
• Isi kandungan dan sukatan pelajaran serta pnp BM di sekolah bagi
mencapai matlamat perpaduan kurang diperincikan.
• Pengajaran BM tidak keseluruhannya dikendalikan oleh guru-guru yang
telah dilatih khas untuk mengajar mata pelajaran ini.
• Cara untuk memastikan pendidikan BM terus memainkan peranan yang
penting di sekolah dan masyarakat :
1. Matlamat BM sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa
perhubungan utama hendaklah dijelaskan secara terperinci.
2. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu diberikan latihan
khas.
3. Kursus BM untuk guru-guru dalam perkhidmatan perlu dikaji semula.
Bahasa-bahasa lain
1)Bahasa Inggeris
• Sebelum merdeka, ia merupakan bahasa pengantar di semua peringkat
persekolahan aliran sekolah Inggeris.
• Malah, menjadi bahasa perantaraan bagi golongan menengah dan
atasan.
• Objektifnya sebagai bahasa kedua adalah bertujuan memberikan
kemahiran dan pengetahuan asas kepada murid-murid
• Oleh itu, mata pelajaran ini wajib di sekolah dan semua
peperiksaan awam di samping, ia merupakan bahasa penting
dalam bidang sains dan teknologi.
• Mutu pengajaran dan pembelajaran BI di sk terutamanya
didapati kurang memuaskan kerana ada di kalangan murid itu
tidak tahu membaca dan menulis walaupun dalam bentuk
mudah.
• Guru yang mengajar mata pelajaran ini juga tidak berkelayakan
dan tidak berpengalaman dalam mengajar BI ini.
• Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:

1. Kementerian Pelajaran hendaklah menubuhkan pusat-pusat


sumber Bahasa Inggeris di peringkat negeri untuk
membekalkan sumber dan bahan kepada sekolah.

2. Guru yang berkelayakan hendaklah dihantar untuk berkhidmat


ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.
2)Bahasa Cina
• bahasa pengantara di SRJK (Cina).
• Ia akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa atau lebih
yang memohon untuk diajarkan bahasa ini.
• Namun, peruntukan untuk belajar BC tidak dapat dipenuhi kerana
kekurangan guru.
• Oleh itu, langkah mengatasinya ialah bersesuaian dalam
peruntukan dalam Akta Pelajaran 1961, maka pengajaran bahasa
Cina hendaklah diikhtiarkan dan guru-guru untuknya perlu
disediakan.
3)Bahasa Tamil
• bahasa pengantara SRJK(Tamil).
• Ia akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa atau lebih
yang memohon untuk diajarkan bahasa ini.
• bahasa Tamil ini diajar kepada pelajar-pelajar India sahaja. Oleh
itu cadangan untuk membuka peluang kepada murid-murid bukan
India untuk belajar mata pelajaran ini perlu dibuka dan sekiranya
mereka memohon bantuan pengajaran,kerajaan perlu
menyediakan kemudahan untuk mempelajari mata pelajaran
tersebut.
Kegiatan Kokurikulum
• penting di sekolah. Ia terbahagi kepada 3 kumpulan.
• Pasukan pakaian seragam
• Kelab dan Persatuan
• Sukan
• Semua murid sekolah diwajibkan sekurang-kurangnya mengambil
bahagian dalam sesebuah kelab atau persatuan dan digalakkan
mengambil bahagian mengambil sekurang-kurangnya satu jenis
permainan atau sukan.
• dijalankan di luar kelas untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan
kekitaan di antara murid-murid yang pelbagai keturunan yang mempunyai
latar belakang dan cara hidup yang berbeza.
• berperanan untuk melatih murid-murid bersikap bertanggungjawab,
berdisiplin dan berkemahiran dalam semua bidang yang diceburi.
• kurang dijalankan di sekolah-sekolah kecil terutamanya di kawasan luar
bandar kerana kekurangan kemudahan, kewangan dan galakan daripada
sekolah itu sendiri.
• persekitaran fizikal dan sosial yang tidak seimbang juga menghalang
perkembangan murid dalam kegiatan kokurikulum.
• Langkah untuk meningkatkan kegiatan kokurikulum ini
ialah:
1.Semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian secara lebih
aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.Guru-guru hendaklah mendedahkan pendekatan yang menarik
dalam pengendalian kegiatan kokurikulum apabila mereka
menjalani kursus latihan perguruan.
3.Guru-guru yang banyak berjasa dalam kegiatan kokurikulum
wajar diberikan pengiktirafan.
Kelemahan yang dilaporkan
1) Menurut Jawatankuasa Kabinet, kelemahan khusus dalam
kurikulum sekolah rendah ialah penekanan penguasaan isi
kandungan pelajaran tanpa menekankan penguasaan kemahiran asas
3M.
2) Kaedah pengajaran yang berpusat kepada guru iaitu kaedah
pengajaran yang tidak memberi tumpuan kepada mengatasi
kelemahan pembelajaran dan perkembangan psikologi murid juga
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mutu pembelajaran
yang rendah. (Sufean Hussin,1993)
3) Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak
ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan
pelajarannya juga mengandungi butiran yang terlalu banyak
sehingga membebankan serta membosankan murid untuk belajar.
Akibatnya guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan
sukatan pelajaran terutamanya apabila ada peperiksaan.
4) PnP juga terlalu bergantung kepada buku teks. Ini menghadkan
penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik
dan berkesan. (Mok Soon Sang, 2010)
5) Bagi kurikulum sekolah menengah pula, Jawatankuasa Kabinet
mendapati bahawa kelemahan utama kurikulum tersebut adalah
tidak memberi tumpuan kepada bakat dan minat murid-murid
kerana wujudnya pengaliran yang membelakangkan
kecenderungan dan minat murid-murid. Pengaliran kepada sastera
dan sains secara tertutup dan ketat telah menyekat mobiliti
pembelajaran.
Kesan Pelaksanaan
• Rakyat daripada semua bangsa disatukan dengan memakai
satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bahasa
pengantar yang besar
• Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
• Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua
murid atau pelajar telah diwujudkan
• Menjadikan BM dan BI sebagai mata pelajaran wajib bagi
semua sekolah.

• Penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di


sekolah jenis kebangsaan

• Penggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa Arab,Jepun dan


Perancis

Anda mungkin juga menyukai