Bahan Multimedia Umar bin Ahmad Pensyarah Cemerlang Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang Pengenalan • Perkembangan teknologi maklumat telah merangsang peralihan proses pembelajaran cara lama ke proses pembelajaran yang berbantukan komputer. • Bahan bantu pembelajaran dibentuk dengan aplikasi multimedia • Kadar pembelajaran dikatakan berlaku dengan lebih baik • Teori Kognitif yang menyatakan pembelajaran lebih mudah berlaku melalui pengamatan dan pengecaman objek-objek (visual, bunyi dan lain-lain) yang merujuk kepada elemen-elemen multimedia, berbanding pembelajaran cara lama yang bergantung kepada pembacaan bahan bertulis semata-mata seperti buku amnya (Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif, 2002). • Sesuatu pengajaran akan lebih menarik dan kefahaman akan meningkat sekiranya penjelasan dibuat menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. • Kita tahu tidak semua orang menerima dan menyerap pembelajaran dengan cara yang sama. • Ada orang boleh menumpukan perhatian dengan cara pendengaran sementara yang lain perlu melihat gambar dan contoh. • Para pengajar perlu mempelbagaikan penggunaan kaedah penyampaian dengan BBM yang pelbagai juga atau menggabungkan beberapa kaedah supaya tahap kefahaman menjadi lebih tinggi bukannya nota berbentuk teks semata-mata. • Zarina Abd Malek, (2004) pemikiran guru perlu diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat melalui penggunaan BBM berbentuk multimedia. • Kebanyakkan pelajar kurang berminat dengan teknik pengajaran yang hanya menggunakan Buku Teks, papan putih semata-mata tanpa ada elemen-elemen yang lebih menarik seperti animasi, grafik, bunyi dan sebagainya. • Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, para guru perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan BBM berbentuk multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar dan memudahkan menerimaan ilmu oleh pelajar • Menurut Sifoo (2003), tenaga pengajar patut menyelitkan multimedia dalam setiap subjek yang diajar oleh mereka dan kesemua subjek di sekolah boleh disampaikan menggunakan produk multimedia. • Daripada pendapat ini jelas menunjukkan bahawa semua tenaga pengajar perlu memberi komitmen dan kerjasama dengan memaksimumkan penggunaan multimedia sebagai alat bantu mengajar dalam setiap subjek yang diajarnya. • Peranan BBM multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya kerana ia memberi manfaat kepada semua guru-guru dan pelajarnya. Definisi Bahan Multimedia • Satu pakej bahan yang mengandungi kombinasi teks, grafik, animasi, audio dan video (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). • Sifoo, (2003) pula, mengatakan bahawa multimedia, jika dilihat daripada segi bahasa membawa maksud banyak media atau pelbagai media yang biasanya terdiri daripada teks, grafik, audio, video, dan animasi. • Kamus Dewan (2002) memberi makna multimedia sebagai kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi ataupun perhubungan. • Kesimpulannya, multimedia adalah penggunaan beberapa media digital contohnya teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat serta penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. • Ia juga merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur-unsur media dalam persembahan informasi sebagai bahan pengajaran. • Dengan perkembangan teknologi multimedia ini, para guru perlu memahirkan diri dengan teknologi ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar dapat menerima ilmu daripada guru dengan mudah. • Memahirkan guru-guru membina dan menggunakan pelbagai BBM berasakan teknologi yang lebih canggih dan menarik kepada murid-murid. • Daya tarikan BBM melalui animasi dan multimedia interaktif boleh menarik minat kanak-kanak dan memikiat mereka untuk kekal dan bertumpu mengikuti persembahan guru dalam proses penyampaian ilmu dan maklumat kepada mereka. Objektif Pemilihan BBM Multimedia
• Bahan bantu belajar yang menarik minat murid
• Mudah untuk disediakan. • Banyak bahan untuk digunakan. Kebaikan Menggunakan BBM Multimedia Kepada Murid • Pembelajaran berbantu bahan multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid. • Membantu pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). • BBM berbantu multimedia dapat diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. • Pelajar tidak seharusnya terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran menggunakan BBM multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah, 1987). • Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. • Penggunaan BBM multimedia berbentuk animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. • Secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut. Kelebihan Penggunaan BBM Multimedia Kepada Guru • Penggunaan BBM multimedia memudahkan untuk guru membuat pengulangan. • Guru boleh menggulang bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan. • Menurut kajian yang dilakukan oleh Pedretti (1999) telah menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar multimedia mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. • Cox (1999), telah menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar berbentuk multimedia dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat nultimedia dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok Kelemahan Penggunaan Multimedia • Guru terpaksa meluangkan masa dalam mempersiapkan bahan- bahan tersebut sebelum digunakan kepada pelajar. • kebanyakkan bahan multimedia ini memerlukan sumber elektrik. • Masalah akan berlaku sekirannya sumber elektrik tidak ada Rumusan • Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar multimedia banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada pelajar secara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan computer. • Rumusannya bahan bantu multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan salah satu bahan bantu belajar yang sangat membantu dalam memberikan kefahaman kepada murid tentang sesuatu topik yang ingin diajar kepada murid. • Oleh itu, guru seharusnya lebih bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran mereka dengan menggunakan BBM multimedia agar dapat membantu murid dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.