Anda di halaman 1dari 9

Disediakan oleh : Hazwan Bin Lamjad dan Nur Kholisatun Binti Budi

 Kurikulum Standard Sekolah Rendah menggunakan konsep “Tunjang”


 Apa itu “Tunjang”
 Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai.
 Fokus  pembentukan modal insan yang seimbang JERIS.
 Oleh itu, KSSR bagi mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam
tunjang.
 Setiap tunjang adalah saling berhubung kait dan bersepadu yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif.
KSSR bagi mata pelajaran Sejarah membolehkan murid :
• Memahami tingkah laku manusia (Tema Sejarah Awal Negara 2. Zaman
Prasejarah)
• Sebab dan akibat (Topik Kerajaan Melayu Awal)
• Keunikan sejarah tanah air (Tema Kedaulatan Negara  7. Perjuangan
Kemerdekaan Negara)
• Kegemilangan negara (Tema Kemakmuran Negara Kita)

Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung


amalan demokrasi di Malaysia.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
SEJARAH

Membolehkan murid memahami tingkah laku manusia,


sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara

Membolehkan murid memahami peristiwa masa lalu

Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah


OBJEKTIF MATA PELAJARAN
SEJARAH

Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang


mempengaruhi kehidupan masyarakat

Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin


negara

Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan


pembentukan kaum
FOKUS MATA PELAJARAN
SEJARAH
Fokus utama Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah ialah
menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di
samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang
masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut,
murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu
peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat
perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya
memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam
sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat
melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia.