Anda di halaman 1dari 24

BMM 3163

GENRE KESUSASTERAAN
MELAYU DALAM BM

Di sediakan oleh:
HEMANANTHINI A/P KRISHNAN
( 940902-08-5884 )
UNIT Q1 BM (SJK T )
( PISMP SEMESTER 8)
AMBILAN JAN 2014.
Sastera & Kurikulum BM SR
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur
pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan
berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat
secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran
kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,
membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan
kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran
menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui
karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
Sastera dan ilmu dalam
Sukatan Pelajaran

 Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin .


Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan
lain-lain yang dapat digunakan untuk
memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa.
 Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang
boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran. (pengertahuan tentang kancer
dalam novel Jangan Ambil Nyawaku, sejarah perang
dunia ke 2 dan kesannya dalam novel Salina.
Sastera dan Nilai dalam
Sukatan Pelajaran
 Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa
Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta
memiliki akhlak mulia. Teladan dalam karya sastera
contoh cerpen pensel sebatang dan cerpen Beruk
 Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berperibadi mulia. contoh lagu Budi Bahasa Budaya Kita
 Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah
negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung
dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada
pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan
keperluan globalisasi.
Sastera dan
kewarganegaraan
 Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan
taat akan tanah air.
 Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.
 Unsur patriotisme dalam sajak Bunga Popi, dalam
novel Pulanglah Perantau.
Peraturan sosio budaya dan
sastera
 Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa
Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa ,
dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia.
 Kesantunan berbahasa – sistem panggilan
- bahasa kecil
- kiasan – contoh berbadan dua
Laras bahasa sastera. Penggunaan unsur bahasa sastera,
personifikasi, simili, hiperbola, bombastik, inversi, imejan
dan sebagainya.
Peribahasa . Kehalusan budi dan indah.
Sastera dan Kemahiran
Bernilai Tambah
 Kemahiran berfikir – cerita orang tua dan sirih
 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
 Kemahiran belajar cara belajar – mencatat nota
 Kajian masa depan -
 Kecerdasan pelbagai (verbal-linguistik,
logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang,
interpersonal, intrapersonal, dan naturalis)
 Pembelajaran konstruktivisme
 Pembelajaran kontekstual
Pendekatan pemahaman
teks
 Kaedah Struktural
 Kaedah Mengalami Menghayati
 Kaedah Berfokus
 Kaedah Global
Kaedah struktural

 Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan


struktur dan fungsi.
 Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-
elemen yang membina objek.
Kaedah struktural-samb

 Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-


elemen yang membangun karya sastera.

 Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen
diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan
perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis,
antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita
seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis
sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan
pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut
pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu
terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik
penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi,
anti-kronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya
sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.

 Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun
tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin
melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus
digunakan.
Kaedah Mengalami
 Kaedah Menghayati
ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati
karya sastera.

 Mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan


menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.

 Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara
mendeklamasinya.

 Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan,


drama atau improvisasi.

 Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti


berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu
seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.
Kaedah Berfokus

 Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera


secara terperinci.
 Kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam
dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama
manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh
dijadikan fokus sampingan.
 Pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama;
satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu
fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
Kaedah Global

 Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah


seperti simulasi khasnya berdrama.
 Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi
kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak.
 Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Contoh pelaksanaan

 Pelaksanaan Kaedah Global


1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan
oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik
dalam karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan
melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
 lakonan berasaskan skrip
• lakonan guna topeng
 lakonan guna cerita berlagu
Teknik dan Aktiviti P&P

 Pantomin, Mestamu
 Deklamasi
 Khat
 Pemaduan seni
 Adaptasi
 Kerusi panas
 Teater pembaca
 Teater bercerita
 Improvisasi
 Boneka
Sastera bandingan

 Interteks/ Parodi
Kajian perbandingan karya karya sastera; Antara
penulis dalam negara atau luar negara,
Cth; Bagaimana Siti Zainon Ismail (Malaysia) dan Angela
Carter (Barat) menggarap isu-isu wanita dalam karya
mereka.
Konsep interteks

 Kajian hubungan antara dua kesusastraan atau lebih


(Wellek dan Warren, 1990 :49).
 Secara luas interteks diertikan sebagai jaringan
hubungan antara satu teks dengan teks yang lain.
 Penelitian dilakukan dengan cara melakukan
hubungan-hubungan bermakna di antara dua teks
atau lebih.
 Hubungan yang dimaksudkan tidak semata-mata
sebagai persamaan, melainkan juga sebaliknya
sebagai pertentangan.
 Secara praktikalnya aktiviti interteks terjadi melalui
dua cara :
(a) membaca dua teks atau lebih secara
serentak pada masa yang sama,
(b) hanya membaca sebuah teks tetapi
dilatarbelakangi oleh teks-teks yang lain yang
sudah pernah dibaca sebelumnya.
 Julia Kristeva (dalam Culler, 1977:139) menegaskan
bahwa setiap teks itu merupakan penyerapan atau
transformasi teks-teks lain.
 masuknya teks ke dalam teks lain adalah perkara
biasa terjadi dalam karya sastra, sebab pada
hakikatnya suatu teks merupakan bentuk serapan
dan transformasi dari sejumlah teks lain, sehingga
terlihat sebagai suatu mozik (Ali Imron: 2005:80).
cth

 Beberapa sajak Chairil Anwar(Dalam Matamu)


mempunyai hubungan intertekstual dengan sajak-
sajak Amir Hamzah (Berdiri Aku). Hubungan
intertekstual itu menunjukan adanya persamaan dan
pertentangannya dalam hal konsep estetik dan
pandangan hidup yang berlawanan
 Zaman penjajahan dan pasca merdeka di Malaysia
Sastera kanak-kanak

 Karya sastera prosa dan puisi, samada secara lisan


atau bertulis yang digubah khusus untuk kanak-kanak.
Sastera kanak-kanak dari
perspektif pendidikan?
 Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja
memainkan peranan besar bagi membangunkan
masyarakat yang gemar membaca.
 Nilai-nilai murni dan pengajaran dalam karya sastera
kanak-kanak dapat membentuk sikap dan sahsiah
kanak-kanak.
Anak Sunda bermata kuyu
Orang Daik pulang ke Daik
Sematkan diminda Sastera
Melayu
Belajar yang baik ambil
yang baik