Anda di halaman 1dari 13

INTERAKSI 3 : ASAS VOKAL DAN

PENGUCAPAN DALAM DRAMA


OLEH :
SITI SALAMAH BINTI MOHAMAD YUSOF
JABATAN PERSURATAN MELAYU
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
PENGENALAN
 Dalam drama, vokal dan pengucapan merupakan aspek yang memainkan peranan
penting untuk memastikan drama tersebut menarik perhatian penonton.

 Pelakon bagi sesebuah drama memainkan peranan penting untuk menarik minat
dan perhatian penonton terhadap drama tersebut.

 Pelakon perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam aspek vokal dan pengucapan.

 Dengan menguasai aspek tersebut, pelakon dapat melontarkan suaranya dengan


baik.

 Lontaran suara yang baik juga memainkan peranan penting untuk membantu
pelakon menyampaikan emosinya kepada penonton.

 Secara umumnya, asas vokal dan pengucapan dalam drama dapat dibahagikan
kepada pernafasan, vokal dan variasi vokal.
ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN

Vokal

Vokal dan
Pengucapan

Variasi Vokal Pernafasan


Pernafasan
 Pernafasan memainkan peranan penting dalam drama.
 Menurut Mana Sikana (1985), penafasan yang baik
membolehkan pelakon menghidupkan watak yang
dillakonkan dengan baik.
 Secara amnya, terdapat empat jenis pernafasan yang sering
digunakan oleh pelakon untuk memastikan lakonannya
berkesan.
 Setiap perrnafasan tersebut mempunyai fungsi tertentu yang
membantu pelakon dalam lontaran vokal yang dianggap
sebagai aspek penting dalam drama.
Pernafasan
Jenis Pernafasan Huraian

• Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan mengeluarkan vokal.
Contohnya dalam latihan humming.
• Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan untuk melafazkan dialog
Pernafasan dada
kerana boleh menjejaskan lakonan.
• Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara yang diserap masuk ke
rongga.

• Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam perut dan
melepaskannya.
Pernafasan perut
• Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi lakonan. Malah suara yang
dikeluarkan daripada perut akan lebih jelas dan bulat.

• Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan dada dan perut untuk
menyimpan udara sehingga mencapai tahap minimum.
Pernafasan lengkap • Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika mengeluarkan vocal tanpa banyak
pergerakan.Perna fasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan pemanasan
vokal.

• Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut
udara.
Pernafasan diafragma • Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian.
• Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih
banyak berbanding pernafasan perut.
Latihan Lontaran Vokal
 Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke
perut dan tahan.
 Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke
posisi asal sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut
tadi.
 Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat
 Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan
melalui mulut dengan mendesis, mengumam atau cara-cara
lain tanpa melepaskannya terus.
Definisi Vokal
 Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya
udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga
mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan
yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.
 Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan iaitu
bunyi tersebut dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan
 bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami sebarang
gangguan pada arus udara.
 Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan, maka pita
suara merupakan alat yang memainkan peranan penting dalam
penghasilan bunyi vokal.
 Sekiranya bibir dan lidah berada dalam satu keadaan, rongga yang
dilalui oleh udara yang bergetar akan menyebabkan terbitnya
kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal.
Ciri – ciri Vokal
 Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.
 Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)
 Mesej dialog sampai kepada penonton.
 Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vokal
Latihan Vokal
 Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut
“wah….”, mengumam “mmm…mmm…”, mendesis “sss…”,
vokal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan berulang
kali.
 Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vokal
 Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang histeria
 Bersuara, berteriak, berbicara sambil berjalan, melompat,
membongkok, berguling, berlari dsbnya
Komponen dalam Vokal
Komponen Huraian
dalam Vokal
· Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog.
· Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan
kecacatan semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya).
Artikullasi
· Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi.
· Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan kepelbagaian nada sama
ada tinggi, rendah, sengau, kecil, besar dan sebagainya.
· Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan pada kata atau kalimat pada sebuah dialog.
· Sama seperti artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan dialog, namun berbeza dari segi fungsinya
Getikulasi sahaja yang berbeza.
· Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, “Tuan lambat. Pergi!”

· Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan membosankan.
· Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :
§ Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan
pada perkataan yang dihitamkan dalam frasa di bawah:
a. Saya tidak bersalah !
Intonasi
b. Saya tidak bersalah !
c. Saya tidak bersalah !
§ Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan bukannya seperti biasa.
§ Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara.

Cross Talk · Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih artikulasi dan intonasi vokal.

· Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza.


· Warna suara juga berbeza mengikut usia.
· Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak,
Warna Suara orang tua, pengemis dan sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang.
· Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
· Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititi beratkan.
Pengucapan
 Kelenturan alat-alat pengucapan merupakan perkara asas
yang perlu dikuasai dan dilatih dengan secukupnya
 Bentuk mulut dengan ruang gerak yang maksimum, otot
bibir berulang membentuk bunyi A-I-U-E-O.
 Pada bentuk O, bibir membuat bulatan dan jangan lupa tarik
bibir ke arah depan tetap diperhatikan.
 Ketika menyebut huruf A, bibir seolah-olah pada posisi
menguap membentuk lonjong maksimum.
 Ketika menyebut huruf I, bibir seolah-olah menarik pipi ke
bawah sehingga mulut nampak pipih.
Pengucapan
 Lakukan latihan ini berulang-ulang mulai dengan tempoh masa
untuk membentuk lambang-lambang bunyi, percepatkan
temponya semakin cepat dan cepat lagi.
 Lakukan latihan dengan menyuarakan gabungan huruf mati dengan
huruf di atas, menjadi MA-BA-PA, MI-BI-PI, MU-BU-PU. ME-
BE-PE, MO-BO-PO berulang-ulang dari lambat ke sedang dan
cepat.
 Tutup dan buka mulut selebar mungkin, berulang-ulang.
Doronglah rahang bawah ke muka lalu buka ke bawah lalu tarik ke
arah dalam/ leher lalu tutup mulut, rahang rapat, dorong ke muka
kembali dan lakukan seterusnya berulang-ulang semakin cepat.
Seterusnya, melakukan gerakan rahang bawah ke kanan dan kiri.
Pengucapan
 Pelakon perlu memastikan suaranya kedengaran dalam panggung teater.
 Suara adalah sesuatu yang amat bernilai bagi seseorang pelakon.
 Bagaimanapun, seseorang pelakon itu harus bercakap dengan lantang tanpa
menjerit.
 Justifikasinya agar penonton dapat memahami perkataan yang disebut oleh
pelakon terbabit.
 Pelakon hendaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan suara baik dari segi
vokal, artikulasi, ritma dan tempo suara.
 Bagi melontarkan suara, latihan pernafasan yang betul boleh membantu. seorang
pelakon yang baik suaranya dapat didengari di seluruh auditorium tanpa
menjerit.
 Kunci utamanya adalah ketenangan dari kerongkong dan rahang agar
menghasilkan suara yang bergema.
 Kelantangan suara harus disertakan dengan pengucapan yang jelas atau di sebut
artikulasi.